65. KAWAN KE?

4.9K 422 83
                                        

Dia terbang berpusing ke udara. Mata mencerlung ke bawah menatap bangunan konkrit yang sedang membangun. Kagum melihat kerajaan manusia. Mereka juga agak maju ke depan! Dari atas dia dapat lihat manusia-manusia berjalan seperti semut. 

Dia tidak sepatutnya berada di sini. Hal ini kerana, kehadirannya ke sini mungkin akan berisiko membahayakan dirinya! Tetapi apa yang membuatkan Nyea tukar laluan ke sini? Gadis itu hanya ikut gerak hati sahaja. Memamg asalnya dia mahu ke kerajaan pari-pari putih, bila hampir sahaja sampai hatinya terus berubah arah dan membawanya ke sini. Mesti Keith sedang risau saat ini.

Nyea mendarat pada bumbung istana sekaligus sayapnya hilang disimpan. Dia merangkak di atas bumbung dengan berhati-hati. Lagaknya tidak ubah seperti pencuri! Terhendap-hendap menacari jalan masuk. Tiba-tiba dia berhenti dari bergerak.

"Aish, macam mana nak masuk dalam ni?" Nyea mengetuk dahi. Menyesal turun atas bumbung, kenapalah dia tak turun terus dekat balkoni ataupun pintu masuk? Ha bukankah senang?

Dengan gerak-geri perlahan, dia bergerak mendekati tebing bumbung yang agak sedikit curam. Nyea menyiarap di situ. Kepala dijengahkan ke bawah seraya menolak tubuhnya ke kedepan.

Kepala Nyea terlunjur ke bawah. Bebola mata hitam bergerak ke kiri dan kanan. Kawasan itu adalah balkoni di  sebuah bilik.

Nyea mengecilkan sedikit mata memandang bilik bertema warna 'peach' itu. "Cantik. Mesti pemiliknya seorang yang ...."  

Derapan tapak kasut dapat ditangkap oleh, Nyea. Mata terbuntang! Gadis itu mula tidak keruan. Dia mengelabah tidak tentu hala! Kelam-kabut dia menarik kembali kepalanya.

Namun, malang tidak berbau Nyea jatuh terlentang ke bawah. Kepala terhentak pada lantai balkoni. Nyea mengeliat kesakitan di situ. Bergolek-golek dia sambil mengosok kepala. Terus lupa ada seseorang yang sedang mendekati.

"Apa kau buat dekat sini!" 

Mendengar soalan tersebut gadis berambut kuning terus tersentak. Terkedu dia bila pandangannya naik ke atas. Gadis berambut merah jambu sedang bercekak pingang. Wajah pelik dipamerkan pada, Nyea.

"Vi ... Vi ...Victoria? Apa ... apa kau buat dekat sini?"

"Aku? Eh, kau itu apa kau buat dekat sini? Ini bilik aku, Nyea."

"Pula ... Ini bilik kau ke?" soal Nyea balik seperti tidak berpuas hati. Victoria mengangkat kening kanan.

"Bangun Nyea. Aku ulang lagi sekali kau buat apa datang ke sini?" Victoria menyoal dengan nada suara yang menekan. Nyea berdiri tegak seraya menelan kelat air liur.

Tujuan tepat dia hendak cari Raja Willys atau lebih tepat ayah kandungnya itu. Ya, itu sebenarnya dia berada di sini. Nyea rasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Raja Willys juga ke sini tetapi bersendirian. Dia dapat tahu pun kerana tongkat magisnya yang memberi petunjuk.

"Aku ... aku ... datang nak melawat kau. Hahaha aku rindu! Ya, rindu! Lagi pun Calvin suruh melawat kau. Dia nak ikut tapi dia sibuk uruskan hal dekat sana." tipu, Nyea. Gila nak beritahu hal sebenar? Nak mampus ke!

"Calvin?"  terus nada suaranya berubah. Dia tersenyum sesaat sebelum wajahnya berubah lagi. " Kau tak tipukan, Nyea?" soalnya serius. Setahu dia Calvin mana pernah nak ambil kisah pasal dia.

"Tipu? Aku tak tipulah, Victoria. Kau pandang muka aku ni ... selit mana pula baka penipu?" gadis berambut kuning menunding jari telunjuk pada hidungnya sendiri. Victoria mengecilkan mata, mencari kebenaran disebalik kata-kata itu.

"Bagi aku muka kau mana boleh percaya." Victoria memeluk tubuh dengan gaya angkuh. Nyea menjeling sekilas. Sabar je dengan seterunya yang satu ini. Nak sahaja dia belasah dekat sini! tapi bila difikirkan balik itu bukan tujuan utama.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang