20. KYRA? HAREZ? KISAH SILAM?

6.1K 515 45
                                    

Dia merempuh masuk ke dalam bilik kelab Elite. Nyea diletakan pada sofa empuk. Tidak lama kemudian Keith tiba dengan termegah-mengah. Pintu bilik ditutup rapat.

"Mr ...."

"Tak perlu formal Keith."

"Ha, macam mana dengan Nyea?"

"Dia okay ... cuma sekarang ni sayap dia dah kekal warna hitam dan putih. Keith, kau tahu dekat mana dia tinggal? Tahu penjaga dia?"

"Aku tahu." balas Keith sambil mengangguk laju.  Derapan tapak kaki memaksa mereka berdua menoleh ke arah pintu. Pintu bilik ditolak perlahan dan Dell tersembul disebalik pintu.

"Lah, dekat sini!"

"Dellson! boleh tak cepat masuk!" marah Anne dibelakang. Belakang badan dipukul sekuat hati. Dellson mendesis sakit.

Keith kembali memandang Nyea. Pipi kanan gadis itu terlakar garis panjang tetapi pendarahan sudah berhenti. Kemudian pandangannya beralih pada baju Nyea yang penuh dengan darah. Perlahan tangannya menyisir rambut depan Nyea ke sisi.

"Dah padam memori mereka?"

"Sudah, aku dan Anne dah buat." balas Dellson.

"Victoria macam mana?" soal Harez lagi.

"Dia dekat bilik rawatan," balas Anne laju. Dia memegang dagu. "Aku tertanya-tanya siapa Victoria ni? Macam mana dia tahu identiti Nyea?"

Suasana menjadi hening. Sunyi tanpa sepatah kata. Masing-masing dilanda persoalan siapa Victoria? Gadis itu nampak bahaya!

"Tak apa, kita boleh siasat." Harez kembali mengendong Nyea. Keith hanya diam memerhati. "Mari kita hantar dia balik." sambungnya lagi.

KYRA duduk sambil menongkat dagu di dapur. Air kopi hitam pekat sudah pun menjadi sejuk. Dia hanya memandang sepi. Dia termenung sambil mengeluh beberapa kali.

Risau hatinya! Entah mengapa dia asyik terfikirkan Nyea saja. Gadis yang memerlukan perlindungan dan harus dilindungi oleh semua pari-pari hitam. Pintu utama diketuk telah mengejutkan dirinya. Kyra mengerut dahi seraya memandang jam dinding kayu tergantung pada dinding.

"Siapa pula datang?" omelnya sendirian. Pelik, selama ini memang tak ada yang datang ke rumahnya melainkan Violet dan Fyira. Penduduk di situ? Tak mungkin kerana rumah ni jauh di pendalaman dan agak terasing.

Pintu sekali lagi diketuk kuat bagai mahu roboh bertalu-talu tidak berhenti! "Woi, sabarlah jap!" pekik Kyra geram. Pintu rosak sapa nak tanggung!  Sudahlah Nyea selalu jahanamkan pintu! Dia bangun dan berjalan ke ruang tamu. Tombol pintu dipulas dan membuka sedikit.

"Nyea? Kenapa dengan Nyea?" terus pintu terbuka luas. Mata Kyra tertacap pada lelaki bermata biru pekat. Dia terdiam sebelum mengalihkan pandangan ke tempat lain. Riak wajahnya terus berubah.

"Hmm ... Masuklah." pelawanya sedikit dingin. Nak tak nak je dia bercakap. Tengok saja wajah Harez terus moodnya jatuh merundum, berubah tiga ratus enam puluh darjah! Dia memusingkan badan lalu berjalan kedepan.

"Kyra! Dah lama tak jumpa!" jerit Anne di belakang. Dia berlari anak mengejar Kyra lalu merangkul leher dari sisi. Kyra terkejut.

"Anne! Wah, rindunya!" Kyra terus melompat. Anne dipeluk erat seraya menjerit teruja. Harez mengeleng kepala dan Dellson menepuk dahi. Keith hanya mengaru kepala yang tidak gatal. Apakah ini pertemuan sahabat lama yang telah terpisah?

"SAYA nak cakap sesuatu dengan awak." kata Harez kepada Kyra sebaik sahaja meletak Nyea ke atas katil. Kyra tidak menjawab, dia berjalan ke almari pakaian. Sehelai baju digapai laju.

"Yang berlainan jantina sila keluar!" jerit Kyra sambil menunding jari ke arah pintu. Kelam-kabut mereka semua keluar sampaikan Keith hampir tergelincir di hadapan pintu!

Anne tercegat sambil bercekak pingang. Lagak sahabat lama diperhati. Kyra membuka riben merah yang terikat rapi di kolar Nyea.

"Kyra, kau marah lagi dekat dia?" soal Anne memecah kesunyian sekaligus tangan Kyra berhenti membuka butang baju Nyea. Anne dipandang sekilas.

Dia mengeluh perlahan. "Aku sakit hati dengan dia. Ah, sudahlah Anne. Kau boleh tolong aku tak?"

"Tolong apa?"

"Tolong jangan buka cerita lama tu lagi."

"Tapi Harez ...."

"Nah, ambil baju Nyea ni bawak turun ke dapur. Aku nak basuh kejap lagi," laju Kyra menukar topik. Malas mahu berbicara dengan kawan yang satu ni. Anne mencebik dan membawa keluar baju dari bilik itu. Setelah siap menguruskan Nyea, Kyra terus keluar dari bilik.

"Saya nak tengok Nyea boleh" pinta Keith. Belakang kepala digosok. Kyra memusingkan badan sebaik sahaja menutup rapat pintu.

"Sebelum tu nak tanya dulu. Apa yang jadi dekat Nyea? Kamu tak jaga dia?"

"Oh, tadi dia ...."

"Keith, tak apa. Biar aku yang jelaskan. Kau pergilah tengok Nyea dulu."

Kyra menyilangkan tangan ke dada. Mata mencerlung tajam kepada lelaki bermata biru "Aku tak tanya kau, Harez."

"Come on, tolonglah ... Dengar dulu apa yang aku nak terangkan ni. Identiti Nyea terbongkar! Sayap dia dah bertukar sebelah hitam dan sebelah putih."

Mendengar ayat itu, mata Kyra terus membulat. Jelas memaparkan yang mukanya tidak percaya dengan kata-kata Harez. "Macam mana boleh jadi? Kamu semua tak jaga dia ke? Kumpulan Alpha ni bukan ke tanggungjawab kamu semua? Apa ni! Dia dalam masalah besar tahu?!" Kyra meninggikan suara. Dellson hanya diam sambil menggaru kepala, tak tahu mahu mencelah apa.

"Ya, aku tahu Kyra. Jangan risau kami dah uruskan yang itu. Masalah sekarang ni. Sayap dia. Kau kena buat posyen. Tutup warna hitam itu." ujar Harez serius.

"Itu aku tahulah!" marah Kyra tak tentu pasal. Anne baru tiba terus berhenti dari melangkah.  Kyra menarik nafas dalam sebelum berkata. "Sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi Harez. Pergi dari sini!"

"Kyra, aku tak habis cakap lagi ni."

"Diam! Dan kau boleh berambus dari sini!" bentak Kyra.

"Sudah, Jom Harez kita pergi." Dellson menarik tangan Harez namun dia tidak berganjak. Lama dia berdiri. Akhirnya dia akur, sebelum dia keluar sempat lagi dia berkata sayu

"Aku minta maaf sebab pernah lukakan hati kau,"

SEMANGKUK bubur diletak perlahan pada meja kayu. Punggung dilabuhkan di sisi Nyea. Rambut gadis itu disisirkan ke cuping telinga. Dada Nyea berombak perlahan. Baru saja Keith dan Anne pulang sebentar tadi. Nyea dah mencelikan mata tapi tidur balik selepas dia menyuapkan tiga sudu bubur. Letih agaknya.

Anne, sahabat baiknya sejak dari kecil lagi. Mereka rapat bagai pasangan kembar. Semasa peristiwa yang penuh tragis itu, dia diarahkan untuk menjaga Nyea di sini. Jadi mereka terpisah sehinggalah kini.

Harez, kisah silam yang pernah hadir dalam hidup Kyra. Kehadiran lelaki itu buat pertama kali telah menyemai perasaan cinta dalam dirinya. Entah, mengapa Harez berubah hati dan terus meninggalkan dirinya. Sejak itu, Kyra terus tidak menerima lelaki lain dan benci teramat sangat terhadap lelaki itu. Kalau boleh dia mahu lupakan terus memori-memori terindah mereka bersama!

Kyra menarik nafas dalam. Kepala Nyea diusap perlahan. "Nyea, kenapalah boleh jadi macam ni?" garis luka disentuh. Kemudian dia mencapai sebotol ubat di atas meja. Kyra melekapkan pada kain sebelum sapu dipipi Nyea.

"Nampaknya kena buat posyen barulah ni," omelnya sendirian.


Maaf kalau rasa part ni bosan😂












Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now