Pergerakan sayap semakin perlahan. Dia kini agak jauh sedikit ke belakang. Dellson, Anne, Harez dan Fyira sudah maju ke depan. Hanya dia, Keith dan Kyra sahaja menemani di belakang. Menyedari pergerakan Nyea semakin perlahan, Keith toleh ke belakang.
Kelajuan sayap dikurangkan sedikit bagi menyayingi gadis itu. Wajah Nyea kelihatan sedikit letih.
"Kau penat ke?"
"Tak, aku mengantuk." Nyea menjeling sekilas.
"Main-main pula kau."
Dahi Nyea ditunjal dari sisi.
"Keith, jauh sangat ke tempat kita nak pergi tu?" rengeknya seperti budak kecil. Keith menjungkit kening ke atas seraya pandangan tidak lepas dari Nyea.
"Jauh. Ambil masa dua, tiga hari jugalah. Kalau kau penat cakap sajalah. Kita boleh berehat sekejap."
"Hmm ...."
Tidak lama kemudian, mereka semua berehat di satu tempat iaitu sebuah gunung Voorse. Gunung Voorse terletak pada hujung peta, atau lebih tepat sebagai sempadan.
Nyea duduk bersandar pada pokok, ditemani Fyira di sebelahnya. Kyra dan Anne sudah lesap dari pandangan mata. Katanya mahu pergi cari sungai berhampiran untuk menyegarkan muka.
Harez dan Dellson pula sedang duduk berbual rancak di hadapan mereka, entah apa butir bicaranya Nyea pun tidak tahu. Keith? Tak tahulah tiba-tiba hilang.
"Ibu bapa kau tahu tak ni?" soalan Nyea memecah kesunyian yang melanda. Fyira toleh ke sisi. Dia tersenyum hambar.
"Tak. Kalau aku bagitahu, mati aku kena pukul!"
"Ibu kau pukul kau lagi ke?"
Ujar Nyea risau. Memang dia sudah sedia maklum tentang Fyira. Segala apa yang jadi semua dia tahu kerana Fyira akan mengadu bila setiap kali kena.
"Hampir. Kau nak tahu tak pihak akademi datang jumpa ibu aku?"
"Hah? Betul ke?"
Si mata kuning keemasan membulatkan mata. Fyira membalas tenungannya. Tenang.
"Aku hampir kena pukul mujur ayah aku ada. Aku keluar ni secara senyap-senyap." Fyira mengeluh. Rambut pendeknya dia usap ke belakang.
"Tak sangka sampai macam itu sekali. Fyira, aku minta maaf kerana aku ...."
"Ah, aku memang berkali-kali rancang nak lari rumah sebab ibu aku tapi gagal. Sekarang aku berjaya. Hahahaha!" potong Fyira laju.
Bahu Nyea ditepuk berkali-kali. Dia ketawa kecil. Meskipun begitu dari mata Nyea dapat lihat yang gadis berambut pendek dihadapannya ini juga sedang menahan rasa sedih. Gadis itu menyiman kesedihan dengan senyuman.
"Kau sedih sebab tinggalkan ayah kau kan?"
Tawa Fyira semakin pudar. Pandangan Nyea dia balas sebelum dia tunduk ke bawah. Gadis berambut kuning hanya melemparkan pandangan sayu.
"Maaf, Fyira ...."
Derapan kasut memijak ranting kedengaran sayup-sayup. Perbualan dua sahabat termati begitu sahaja. Harez dan Dellson tidak menyedari bunyi itu. Mereka masih rancak berbual.
"Harez! Kita mesti pergi dari sini!" suara Kyra bergema kuat.
Kemudian, wanita berambut hitam melompat keluar dari semak! Wajahnya kaget. Dia seperti dikejar oleh sesuatu! Menerpa pada dua lelaki. Harez terkejut dikala Kyra menarik lengannya.
"Kenapa? Anne mana?" Dellson menyoal pelik. Dua gadis sudah terpingga-pingga melihat Kyra.
Tidak sempat Kyra mahu menjawab, Anne pula keluar dari semak. Dia terjatuh melutut tetapi tidak kemas. Anne bergolek di atas tanah.
Nyea melihat dengan muka pelik. Tak faham apa yang jadi pada mereka berdua. Macam dikejar hantu saja lagaknya!
"Adui! Tercegat buat apa! Lari! Lari! Aku cepuk sekor-sekor jap lagi! " Anne berdiri tegak. Muka putih bertukar merah kemerahan seperti Kyra. Penat!
"Kita kena kejar!" sambungnya sedikit marah kerana tidak ada yang bergerak.
Barulah, Harez dan Dellson berganjak dari tempatnya. Kyra sudah tidak tentu arah mengemas barang mereka yang bersepah.
Nyea masih tercengang melihat situasi kelam kabut mereka. Fyira menoleh. Lengan gadis berambut kuning dicapai. Namun begitu, Nyea tidak beralih.
"Nyea!"
"Keith mana?"
"Tak tahu! Ah, pandai-pandailah dia nak hidup!"
"Eh! Mana boleh!" Nyea pusing ke belakang. Lengan dia rentap sehingga pegangan sahabatnya terlerai.
"Nyea! Tunggu! "
BAAM!
Kepala bertemu kepala. Bagai dihentak tukul besi rasanya. Kepala Nyea berdenyut-denyut. Berpinar. Pandangan mata berpusing-pusing. Terasa ada bintang putar di atas kepala! Tidak semena-mena tubuh melayang jatuh. Nyea terus pengsan tidak sedarkan diri.
DIA berlari keriangan sebaik sahaja menerembus masuk ke dalam rumah. Riben merah terikat pada leher, dileraikan segera. Sambil itu kaki melompat-lompat di atas tangga. Senyuman tidak putus- putus dari wajah.
"Haih, kalau jatuh ni ... Sia-sia hidup kau Victoria." Nana menampak satu anak tangga.l di bawah. Gadis berambut merah jambu sudah berlalu naik ke bilik.
Pintu bilik ditendang. Dia melangkah masuk dengan gaya berpusing-pusing seperti tarian balet. Riben merah dilempar sesuka hati.
Terlampau gembira nampak!
Ada beberapa sebab kenapa dia jadi macam ni. Yang pasti sudah tentu pasal seterunya. Musuh sejati sampai mati! Nyea automatik dah dibuang dari akademi. Tak nampak batang hidung Nyea tu yang gembira!
Oh, tidak lupa juga tentang identiti Nyea. Dia macam tahu tetapi itulah ingatannya seakan lupa. Tapi kenapa? Ah, itu tak penting dah! Yang penting perempuan itu dah berambus! Hahahaha.
Tubuh mendarat kemas pada permukaan katil. Muka diraup naik ke atas. Dia tersenyum hingga ke telingga. Terbayang wajah Nyea ketika di Colloseo. Nampak sangat takut!
"Nyea ... Nyea ... Nyea .... Rasakan. Kau memang patut kena macam ni."
Mengekek Victoria ketawa.
Ketukan pintu menyapa halwa telingga. Tawanya terhenti. Victoria dalam keadaan berbaring melirikan pandangan ke sisi. Pintu. Nana bersandar pada birai pintu.
"Seronok nampak?" bisiknya perlahan. Cukup untuk Victoria dengar.
" Suka hatilah ...."
"Hmm ... Esok malam ibu bapa kamu nak jumpa."
"Kenapa Nana?" tanyanya malas.
"Ada majlis makan malam."
"Huh? Untuk apa?" Victoria terus duduk dari pembaringan. Rambut merah jambu yang serabai dibetulkan sedikit.
Majlis makan malam? Aik, macam pelik saja bunyinya. Apahal pula tetiba nak buat bagai ni. Dia sangka macam ada benda tak kena je.
Batang hidung digosok perlahan. Nana memerhati gelagatnya di muka pintu dengan terjungkit kening. Maaf, gadis itu pelik. Nak buat macam mana dia sendiri pun tidak tahu kenapa majlis itu tiba-tiba dibuat.
"Jadi bersedialah. Kita akan dijemput nanti. Oh, ya ... pergi bersihkan diri dulu lepas itu turun makan." pesan Nana sebelum pergi dari situ.
Ok tak cahapter ni? 😵
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...