Dia mengeliat kecil. Tempat alas dia berbaring amat sejuk. Ia seakan akan tidak berlapik. Tubuh meringkuk sedikit lalu punggung digaru perlahan. Terpisat-pisat dia membuka mata. Dia bangkit dari pembaringan.
Mata tersembul tatkala dibuka luas. Peluh dingin mulai mencabah ditepi dahi seiring dengan air liur diteguk melepasi kerongkong. Dia duduk bersimpuh.
Putih.
Itu yang dapat dikatakan. Dia berada diruangan putih. Sekelilingnya putih tanpa ada titik hitam mahupun sebarang pintu. Kaki terikat dengan cahaya lutsinar mankala tangannya bebas.
"Dekat mana ni?" tanyanya sendirian sambil mengerut dahi. Terpinga-pinga dia melihat dinding putih.
Nyea berguling ke sisi sehingga tubuhnya berlangar dinding. Tubuh disandarkan pada dinding. Cahaya lutsinar yang melekap pada kaki disentuh. Keras. Keras seperti besi.
Pelbagai persoalan yang menerjah ke minda. Tertanya-tanya di mana keberadaan dia sekarang. Kenapa kaki diikat? Kenapa semua ruang putih? Dia tak faham. Apa jadi sebenarnya ni?
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu dikala melihat pakaian yang dipakai. Bukankah baju ni untuk dia keluar bersama Keith? Ya, sepatutnya dia keluar dengan Keith tetapi Calvin datang .... dan terus di sini!
Nyea seboleh-boleh bagun dengan bantuan dua tangan, dia memaut dinding. Sepenuh tenaga dia digunakan. Perutnya kosong tidak berisi. Dia langsung tidak sempat menjamah makanan!
"Ah, macam mana nak jalan ni?" rungutnya perlahan. Tiada pilihan dia terpaksa melompat-lompat. Setiap sudut dia jelajah. Namun dia hampa. Mana ada pintu atau lubang!
Bertambah resah dia ketika ini. Setelah puas dia melompat, Nyea kembali duduk. Nafas panjang dihela. Penat. Rambut pun sudah serabai. Peluh tidak berhenti keluar melalui kulit.
"Lapar, adui aku dekat mana?" lirih dia bersuara. Dari posisi duduk dia bertukar kepada baring pula. Perut sudah berbunyi. Bosan pun ada.
"Kenapa Calvin culik aku? Adakah aku berada di kerajaan pari-pari putih? Hmm boleh jadi?"
Garis hitam tiba-tiba muncul di tengah-tengah ruang. Lama kelamaan ia terbuka luas. Terpacul Raja Willys dan dua pari-pari putih berpakaian merah. Si gadis sedang berguling-guling terhenti. Dia berbaring telentang. Mata dilirikan ke sisi.
"Tuanku Willys?" ujar Nyea susah payah duduk bersandar pada dinding.
"Hmm ...." Willys menyilang tangan ke dada. Wajah Nyea direnung tidak lepas. Setiap inci diperhatikan dengan teliti.
Dari kening turun ke bulu mata, beralih ke biji mata ... kemudian turun lagi ke hidung, dan bibir milik si gadis. Nyea menahan debaran diiringi tegukan air liur. Takut pula direnung sedemikian rupa!
"Boleh tak saya ... minta ...."
"Minta apa?"
"Ma ... Makanan? saya lapar. Dari semalam belum makan."
Willys diam membisu. Dia masih lagi memandang Nyea. Wajah Nyea mengingatkan dia terhadap masa lampau beberapa tahun lalu.
Cinta hatinya ketika dia masih muda dan berlajar di akademi lagi. Entah bagaimana hatinya terpaut dengan pari-pari berlainan puak. Meskipun dia tahu itu benda dilarang!
Andora. Gadis seindah nama telah menawan hati batunya. Wajahnya membuatkan dia tergila-gila pada ketika itu. Dia tidak peduli walaupun dia sudah berkahwin dengan pilihan ayahandanya. Willys tetap mahukan Andora. Ternyata cinta tidak bertepuk sebelah tangan, Andora juga meluahkan rasa cinta. Akhirnya, mereka menjalinkan hubungan dan melangsungkan perkhawinan secara senyap.
Ya, hanya beberapa pihak sahaja yang tahu. Itu pun setelah dia puas memujuk!
Setelah selang dua minggu bersama, Willys terpaksa meninggalkan Andora. Hal ini kerana, bimbang tentang ketiadaan dia di istana. Seisi istana sudah mula bising dan mencarinya. Ditambah lagi dengan berita gembira yang baru didengari. Isteri pertama telah berbadan dua.
Andora dibiarkan begitu sahaja. Gantung tidak bertali. Hidupnya seperti kera sumbang. Dia juga tidak berani kembali ke pangkuan keluarga. Dia takut dimarahi!
Willys tinggalkannya tanpa beritahu. Setiap hari dia menanti dengan rasa sabar. Sehinggalah dia jatuh sakit disebabkan kehadiran nyawa kecil dalam tubuhnya.
Andora berasa gembira dan pada masa yang sama dia juga sedih. Sudah tentu dia gembira dengan anugerah yang bernilai ini. Tetapi sedih memikirkan masa depan anaknya nanti.
Usia kandungan semakin meningkat sampailah harinya semakin tiba. Nyea lahir melihat dunia. Andora memberanikan diri balik ke sisi keluarga dan peristiwa itu berlaku ....
Willys mengeleng kecil. Adakah itu anak Andora? wajah mereka hampir iras! Warna rambut gadis itu seperti rambutnya. Hasil dari benihnya? Ish, itu tidak mungkin baginya. Tidak! Andora tidak membunting kerana baru sekali dia sentuh!
"Saya la ... lapar ." Nyea merayu minta simpati. Perut sudah sakit kerana masuk angin.
"Oh, boleh ... Sebentar lagi beta akan suruh pengawal bawakan makanan lazat. Makanlah sepuas-puasnya sebelum hari esok." Willys berkata dengan nada mendatar. Tubuh dipusingkan lalu meninggalkan gadis itu sendirian.
Nyea menghantar pemergian Raja Willys dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Gembira kerana permintaannya dilayan. Tapi bila terkenangkan ayat terakhir Raja Willys, Nyea tiba-tiba rungsing tanpa sebab. Terlupa mahu tanya dia di mana.
RAJA puak manusia mencicip secawan air kopi yang masih berwap. Dia menghirup perlahan di ruang istirehat. Waktu petang begini memang sesuai untuk menikmati kopi. Sang Raja pari-pari putih muncul setelah lama menghilangkan diri. Dia tersenyum menunggu.
"Bagaimana?"
"Ha, dia sudah sedar." ujarnya kendur. Raja Virl mengerut dahi. Willys kelihatan sedang memikirkan sesuatu. Dia duduk disebelah.
"Hei, kenapa ni? Ada yang tak kena?"
"Aku rasa tak sanggup mahu lakukan hukuman terhadap dia."
Virl tersedak mendengar butir bicara dari rakannya. Cawan diletakan pada meja. Willys hanya diam memerhati.
"Mengapa pula?"
"Entahlah ... Aku tak sampai hati pula. Tadi dia lapar jadi aku pun biarlah dia makan." terang Willys. Virl membuntangkan mata. Tidak percaya dengan kata-kata Willys.
"Hohoho! Wow ... kau gila ke?"
"Apa? Salah ke?"
Willys melemparkan pandangan tajam. Virl tiba-tiba melenting. Manusia itu seperti tidak puas hati dengan apa yang dia lakukan. Apa masalah dia? Virl membetulkan duduk.
"Tak ... em. Willys, hukuman tetap hukuman bagi yang bersalah. Dia memang patut dikenakan hukuman. Mungkin dia pengintip?" ujarnya tenang. Dia datang ke sini untuk berbincang tentang tarikh perkhawinan anaknya, sambil itu dia menyibuk sikit akan hal Willys.
Willy mengusap dagu. Dia mengemam bibir. Nafas dihela panjang. Hatinya gelisah untuk membuat keputusan ini. Dia berbelah bahagi ketika ini tambahan lagi perasaan aneh yang hadir dalam dirinya apabila dia memandang gadis itu. Perasaan itu membantutkan niat asalnya sebentar tadi.
Pari-pari hitam masih wujud?"
"Ya ...."
"Kau ada pasang angan-angan untuk menghantar bala tentera?" Virl bertanya seraya tersenyum sinis.
ANDA SEDANG MEMBACA
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...
![Lagenda Si Pari-Pari [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/115254628-64-k506075.jpg)