23. PERASAAN

5.8K 498 23
                                    

"Nyea? Dengar tak apa yang saya cakap?" ulang Calvin entah kali keberapa. Terpinga-pinga Nyea memandang Calvin, yang lain hanya memandang Nyea tanpa suara.

"Ehem ... Saya dengar tapi tak jelas. Maaf, kurang perhatian." balas Nyea gugup. Dia menundukan kepala. Lilith mengurut belakang badan Nyea. Rasanya dia tahu kenapa Nyea jadi macam ni.

"Tak apa. Saya terangkan balik. Okay ... lusa akademi akan mengadakan satu aktiviti perkhemahan. Semua pelajar terlibat termasuk kita semua, yang berkecuali itu pun hanya untuk mereka yang ada masalah seperti tidak sihat. Jadi kita dapat tugas dari pengetua. Kita akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan mereka. Faham?" terang Calvin panjang lebar. Nyea mengangguk laju, tanda faham.

Selepas habis perbincangan, mereka buat hal masing-masing. Nyea berdiri di tepi tinggkap dan angin menderu masuk tatkala ia dibuka. Udara segar dihirup semahu-mahunya. Seketika dia ralit melayan perasaan.

"Kau ada masalah?" suara lelaki menyapa dari sisi. Nyea menoleh. Bibir dikemam. " Ini mesti pasal Fyira dan Violet kan? Ceritalah dekat aku. Jangan pendam masalah kau ni." pujuk Keith lembut.

Nyea menghela nafas berat. Dia memusingkan badan, satu persatu ahli elite diperhatikan sebelum beralih pada Keith. "Kita tak boleh cakap dekat sini. Tempat ni tak sesuai." gumamnya perlahan.

Keith mengangkat kening "Oh ... bunyi macam serius je ni."

SUNYI ... suasana sunyi sepi menghuni dalam sebuah rumah yang terletak di hujung kota. Seorang wanita sedang tidur nyenyak diiringi dengkuran besar, di atas sofa ruang tamu. Buku kulit merah yang tertera 'Aprilea' menutupi mukanya. Kaki kanan terjuntai ke bawah.

Dia tidur tanpa gangguan sehinggalah, bunyi dentuman bergema! Badan automatik menegak, buku tercampak tinggi dan dia jatuh ke bawah seperti nangka busuk. Terpisat-pisat dia menandang gadis berpakaian akademi melangkah masuk dengan muka merah-kemerahan.

"Nyea kamu dah balik? Cepatnya?"

Gadis itu tidak menjawab. Dia berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Riben merah dicampak ke atas tangga. Dia berlari menaiki anak tangga. Masuk saja ke dalam bilik, pintu dihempas sekuat hati.

Kyra pula bingung dengan kelakuan Nyea. Apa lagi masalah budak tu? Ini macam mengamuk saja, sampai pintu dihempas kuat!   Dia menampak perlahan. Riben kepunyaan Nyea dikutip, apabila kaki naik satu tangga ... Nyea kembali keluar bersarungkan seluar panjang putih dan baju hoodie berwarna ungu kehitaman.

"Keluar kejap." kata Nyea seperti dapat isi hati Kyra. Terkebil-kebil wanita itu melihat pemergian Nyea.

"Tak sempat nak tanya apa-apa dah lesap?" pening kepala dia jadi penjaga Nyea. Macam-macam perangai dia buat. Nasiblah Nyea tu tanggungjawab dia. Kalau tak memamg dia tak peduli!

TANGAN diseluk kedalam poket, meniti jalan Kota dihuni pari-pari putih. Yang terbang berpusu-pusu terbang ke sana ke mari. Ada yang berjalan kaki, membawa barang belian mereka di kedai rumah ditepi jalan.

Dia berhenti dihadapan kedai coklat sebelum mengatur masuk. Mata meliar-liar ke seluruh pelusuk kedai. Setiap rak dipenuhi coklat. Berbagai coklat yang tersimpan kemas di situ. Setiap coklat berbeza dari segi rasa, struktur dan warna.

Nyea meneguk air liur. Rambang mata dia melihat semua benda ini. Tak tahu yang mana satu harus dia pilih. Dalam kedai itu adalah juga beberapa pelangan.

Tiba di sebuah rak coklat, dia berhenti. Rak ni paling menarik perhatian dia walaupun ia nampak biasa di mata pari-pari lain. Penuh dengan balang berisikan coklat. Biskut coklat, coklat putih, coklat hijau, merah ... kacang coklat dan lain-lain. Tangan laju mencapai coklat original dan coklat putih. Dua ini telah menjadi kegemarannya!

"Hi, Si comel pipi merah! Beli dua percuma satu! Kamu boleh pilih mana-mana coklat yang kamu suka." Lelaki penjaga kaunter itu berkata dengan riang.

"Erk ... kira ni, saya pergi pilih sekejap." terus Nyea hilang. Beb, benda percuma! Bantai weyh bantai!

Setelah merayap, akhirnya dia buat keputusan untuk membeli coklat 'persahabatan'. Dia membuat bayaran dan keluar dari situ. Dia menghulur tangan ke hadapan, tongkat magis  menjelma dan hujung tongkat mengetuk pada coklat. Ia hilang sekelip mata.

Setiba di taman bunga, Nyea duduk dibawah pokok. Bunga tulip, lavender dan matahari serta bunga ros tumbuh merata tempat. Ceria tempat itu dihiasi sinar warna-warni. Tongkat magis dikeluarkan dan coklat original terus berada dalam pelukan.

Fikirannya melayang ke udara, mengingati apa yang berlaku selspas habis rehat tadi.

BUK!

Pipi milik gadis berambut merah jambu terpaling ke sisi. Dari putih bertukar merah pipi Victoria dia buat! Perasaan marah membara di hati tidak dapat dia menahan lagi. Sakit betul hati dia bila Victoria mempertikaikan persahabatan dia antara Violet dan Fyira! Ini makan dia!

Dia memendam perasan selama ini. Bila terserempak Victoria pasti gadis itu mencucuk jarum. Kata-kata yang menyakitkan hati hinggap ditelinga dan meresap masuk ke dalam hati. Hari ini dia telah melepaskan api kemarahan yang dipendam selama ini. Tak usah dicakap, memang banyak dia tahan dengan perangai Victoria ni. Tengok muka pun menyampah!

Baju Victoria dicengkam kasar. Dia mengenggam erat. "Kau memang patut diajar!" jerkah Nyea geram. Victoria terdiam melihat amukan Nyea. Juvia dan Julia senyap apabila turut dimarahi. Pari-pari lain sudah berkumpul.

"Apa kau buat ni! Kau gila ke?!"  Violet muncul secara tiba-tiba. Tangan Nyea direntap kasar lalu menolak ke tepi. Gadis itu jatuh terduduk. Kepala diangkat perlahan, dia dapat lihat Violet di sisi Victoria manakala Fyira berdiri jauh sedikit dari mereka. Mungkin tidak mahu masuk campur. Keadaan semakin tegang disitu.

"Tepi, Violet!" Nyea bangun dan mahu menyerang lagi. Tetapi Violet menghalang dengan menolak bahu Nyea. Berganjak dia ke belakang.

Nyea sudah dilanda rasa sedih. Sebak dia melihat tindakan Violet. Mana pergi Violet yang dulu? Adakah hanya sayapnya gadis itu terus berubah? 

"Pergi dari sini, Nyea!" halau Violet kasar. Cecair jernih sudah bergenang ditubir mata Nyea. Dia terkesima dengan ayat itu.

Perlahan dia mengundur setapak, dan air mata dilap perlahan. "Sampai hati kau ...." nafas ditarik dalam, supaya dapat mengumpul segala kekuatan." Kalau itu yang kau nak ... Baiklah ...."

"Hei, hei! Apa yang jadi ni? Pergi masuk kelas!" ujar Keith baru tiba. Dia merapati lalu meraih tangan Nyea namun gadis itu menepis kasar!

Nyea berlari laju meninggalkan mereka semua. Suara Keith tidak dipedulikan lagi. Dia keluar melepasi pintu utama akademi. Sayap dimunculkan lalu tanpa menoleh belakang dia terbang ke udara. Yes, dia lari dari akademi.

Dia kembali ke dunia nyata. Balang coklat digengam erat sebelum membuka penutup. Sempat dia menarik hoodie, menutupi kepala. Jari telunjuk menyentuh permukaan coklat dan dibawa masuk dalam mulut. Lama-kelamaan, tangan semakin laju. Tidak henti dia memakan coklat. Habis pipinya comot. Dia cuba melupakan apa yang berlaku hari ini.

"Kesian aku tengok kau." Keith tiba-tiba duduk disebelah. Dia masih tidak berhenti lantas Keith merampas balang coklat tersebut. Nyea terdiam.

"Sejak bila kau ada dekat sini? Mana kau tahu aku ada dekat sini?"

"Lupa ke? Kita dah janji nak jumpa dekat sini."

"Coklat! Bagi balik!"

"Tak! Nanti makin teruk!"

"Keith!" tumbukan sederhana menghentam bahu lelaki itu. Keith tersenyum. "Bagi balik! Bagi balik!" Nyea merengek-rengek seperti budak kecil. Tidak lama kemudian empangan air mata yang ditahan sejak tadi pecah juga. Ia mengalir deras!

"Nyea .... Nah ambil balik!" hulur, Keith.  Gadis itu tidak menyambut sebaliknya meraung sekuat hati. Keith terkejut.

"Kenapa dia buat aku macam ni!" Dia menangis semahu-mahunya disitu. Air mata meluncur laju. Dia tidak peduli dah dengan siapa dia sekarang ni. Lagi-lagi di depan lelaki rambut merah ni.

"Hmm ... menangis sampai puas, Nyea. Luahkan apa yang kau rasa dan jangan pendam." katanya seraya menyandarkan kepala Nyea di bahunya. Kesian Keith tengok Nyea menagis macam budak kecil.



😭

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now