17. TIDUR.

6K 500 18
                                    

  Mulut menguap sebesar alam. Badan mengeliat kecil tetapi terbatas kerana ada sesuatu yang menghalang. Lantas dia membuka mata. Terkejut dia melihat ada sepasang tangan melilit pingangnya. Dia menoleh ke sisi.

"Nyea?" ujarnya perlahan sambil mengerutkan dahi. Terkebil-kebil mata melihat. Macam tak percaya je dia. Badan digerakan sedikit. Nyea mengeratkan lagi dakapan. "Adui, macam mana ni?"  kepala digaru.

Kemudian, mata meliar ke seluruh pelosok bilik kelab. Hanya ada seorang budak lelaki sedang setia membaca buku dekat meja. Yang lain sudah balik agaknya. Luth tidak menoleh langsung.

"Luth? Hui, tolong ... tolong ...." bisik Keith meminta.

"Hmm ... Ah, maaflah. Tak dapat nak tolong. Hari dah lewat dan aku nak kena balik ni." Luth berdiri seraya menutup kulit buku. Tongkat magis dikeluarkan lalu mengetuk kulit buku dan buku itu hilang dari pandangan mata.

"Aku balik dulu. Kau jangan buat benda tak elok pula. Dia tu perempuan."  Luth menasihati dengan nada dingin.

"Ha? Aku bukan jenis macam tulah! Janganlah balik dulu!" serentak itu pintu ditutup dan kelibat Luth sudah tiada di situ. Keith menunduk sambil menghela nafas berat.

Lengan Nyea dipegang. Keith cuba meleraikan pelukan dipingangnya. Cubaan kali pertama dia tidak berjaya. Keith terdiam sekejap. Sempat lagi dia termenung sambil memandang Nyea.

"Nyea bagunlah." pipi dicucuk-cucuk dengan jari telunjuk. Gadis itu tetap tidak bergerak. "Liatnya nak bangun" gumam Keith.

  Dalam keadaan Keith bergelut mahu melepaskan diri, tiba-tiba pintu bilik dibuka. Keith yang berada dalam posisi di atas Nyea terus kaku. Perlahan muka ditoleh. Air liur diteguk perlahan. "Les ... Lesie? kenapa datang sini?" ujar Keith gagap.

"Ehem ... Aku nak ambil kain sapu tangan. Tertinggal pula." Lesie mengorak langkah ke arah tingkap. Sehelai kain sapu tangan terletak elok pada atas lantai diambil perlahan. Kemudian, dia memandang Keith dan Nyea.

"Kau jangan salah faham. Aku ... aku ..."

"Tak mengapa. Korang nampak sweet pula. Teruskan ... teruskan ....aku nak balik ni tak boleh lama nanti Lilith marah." Lesie tersenyum manis. Langkah diorak laju mahu keluar dari situ.

"Weyh! Kau jangan nak pikir benda bukan-bukan! Lesie!"

"Good luck!" Lesie tersenyum nakal.

"Eh, aku tak buat benda yang mengarutlah. Lesie!"Setelah gadis itu menghilang, Keith kembali cuba melepaskan diri. Kali ini dia yakin boleh melepaskan diri. Tengoklah!

Rambut Nyea disisirkan ke belakang. Muka polos Nyea dipandang sebelum tersenyum sinis. Perlahan jari mengepit kuat hidung Nyea.

"Umph!" pipi gadis itu mengembung dan dahi berkerut seribu. Pelukan Nyea terus telerai.

"Bangun."

Nyea mengosok mata dalam keadaan mamai.   Terpinga-pinga dia melihat wajah Keith yang macam nak makan.

"Ah, kau buat apa dekat dalam bilik aku ni?" badan mengeliat kecil.

"Kepala otak kau bilik! Kita dekat akademi lagi ni. Kau tidur tak ingat dunia. Mimpi apa huh?"

"Erm ... entahlah." mata dipejam kembali. Badan melentok jatuh ke atas sofa. Mujur Keith cepat-cepat bangun. Nyea terlepik di situ. Kelihatan dia sungguh letih.

"Aku rasa kau terlebih tidur ni."ujar Keith sambil menepuk dahi. "Nyea, bangun! Aku nak balik ni."

"Pergi ...." halau Nyea tidak sedar. Keith mencebik. Tanpa bersuara dia terus keluar dari bilik meninggalkan gadis itu seorang diri.

Keith menutup perlahan pintu. Dia berjalan meniti lorong akademi yang sunyi. Tiba-tiba langkah terhenti. Penumbuk digengam sambil mendengus kasar. "Aish! perempuan ni! Tak akan nak tinggalkan pula." Rambut merah diramas perlahan seraya memusingkan badan ke belakang. Dia berjalan secepat mungkin. Setelah melepasi pintu, nafas lega dihembus perlahan. Nyea masih lagi tidur.

"Bangunlah! Aku hantar kau balik." kejut Keith lagi. Nyea membalas dengan bunyi dengkuran kecil. "Eii geramnya aku!" sakit jiwa Keith dibuatnya. 

Dan ... Keith terpaksa mengendong Nyea dan hantar pulang ke rumah. Setibanya dihadapan pintu, Kyra sudah tercegat menanti. Wajahnya tampak risau. Keith menjejakan kaki ke tanah.

"Makcik, saya nak hantar anak makcik ni,"

Kyra segera menoleh "Siapa pula ni? Kenapa dengan Nyea ni?" pandangan tajam dihala tepat pada mata Keith. Terkaku dia sesaat.

"Kawan ... Saya kawan dia. Nama saya Keith, dia ni tidur dekat akademi. Susah nak kejut dia , tak akanlah saya nak tinggalkan dia sorang diri."

"Good. Terima kasih. Letak je dia dekat ruang tamu. Lepas tu kau boleh pergi dari sini." halau Kyra. Keith hanya mengangguk perlahan. Kena halau pun tak apalah. Janji Nyea dah dihantar balik.

Nyea terjaga dari lena yang panjang. Kepala dipegang kerana pening. Badannya juga terasa letih dan lembik. Inilah akibatnya jika terlebih tidur. Perlahan dia duduk bersila di atas katil. Jam antik terlekat pada dinding dikerling. Jarum pendek dan panjang tepat pada angka tiga. "Tiga pagi?" anak patung dicapai.

"Kejap! Bukan ke aku dekat akademi?" pipi digaru perlahan. Dia memandang baju tidur yang tersarung kemas ditubuhnya. Ni mesti kerja Kyra. Itu dia tak hairan kerana dah biasa.

Tangan dibawa ke perut apabila ia berbunyi kuat.  Bibir digigit perlahan. Ah, baru dia teringat yang dia tidak makan lagi. Sempat makan coklat je selepas habis kelas tadi.

Nyea bangun dan membawa diri ke dapur. Suis lampu dipetik bagi menerangi kegelapan malam. Melihat atas meja kosong, dia terus menyelongkar kabinet dapur mencari benda yang boleh dibuat makan. Tak kisahlah apa janji dapat kenayangkan perut.

"Apa ni? Semua bahan mentah? Tak akan nak makan?" rungut Nyea sambil menghentakan kaki. Dia beralih pada sebuah kabinet yang belum di serbu lagi. "Haraplah ada. Mi segera pun jadilah."  tangan laju membuka.  Dengan gembiranya dia melihat bungkusan mi segera   yang tidak ada isinya lagi.

"Argh! Fake hope betullah makcik ni. Kenapa tak buang kalau dah habis." Nyea mencebik geram. Sebungkus roti tersimpan elok dicapai. Itu pun tinggal satu. "Haih, bolehlah ni." keluhnya.

Kerusi kayu ditarik sebelum melabuhkan pungung. Roti dicubit lalu disua ke mulut. Laju dia mengunyah, seperti orang kebulur tak makan setahun!

"Kamu lapar?" Suara serak basah menegur. Nyea terkejut lalu kunyahan roti tadi tersekat dikerongkong. Dia tercekik. Cepat-cepat dia mencari air.

"Makcik ni, terkejut Nyea." dia menarik muka masam. Kyra tersenyum seraya mengambil botol air dalam peti sejuk. Dia duduk bertentangan dengan Nyea.

"Hehe ... Nak makcik masakan tak? Lapar sangat kamu ni." ujar Kyra sambil mengapai cawan Nyea. Air dituang lalu diteguk perlahan.

"Lapar ... roti ni mana cukup." rengeknya manja.

Selepas makan, Nyea langsung tidak tidur hingga ke pagi. Dia hanya duduk terperap dalam bilik sambil bermain-main dengan tongkat magisnya saja.

"Tongkat oh tongkat, kau jangan buat hal ye. Kalau aku seru kau kena keluar. Tak keluar aku patah-patahkan kau nanti." omelnya sambil menyikat rambut. Kemudian, dia mengikat riben dan mencapai tongkat magis yang sebesar batang pensil di atas katil.

" Hari ini siap kau Victoria. Muahahahaha!" tiba-tiba dia rasa semangat. Tak sabar pun ada!





Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now