48. TUNGGUL

5.3K 462 18
                                    

Kyle duduk meninggung di bawah pokok rendang yang terdapat di istana Pari-pari putih. Luth tercegat sambil menelah buku. Mentari terik atas kepala langsung tidak diedahkan.

"Kita awal sangat ke?" Kyle bersuara. Dongak menatap wajah, Luth. Budak lelaki itu diam membisu. Mata tidak lepas pandang buku berkulit merah tanpa tajuk.

Kyle rasa macam bercakap dengan tunggul. Luth pendiam. Tidak banyak bercakap. Dia tak rapat dengan sesiapa. Selalu bersendirian tanpa teman di sisi. Bukan tak ada yang sudi mahu berkawan tetapi, dia yang tidak mahu. Lelaki dan perempuan ada je nak berkawan namun Luth macam tunggul. Bercakap bila dirasakan perlu.

Oh, lupa ... Luth suka membaca buku. Mahu ke mana-mana, dia tetap bersama buku. Tidak kiralah buku apa mesti ada di tangan. Ya, dia memang bijak. Bijak mengalahkan pakar.  Diam-diam ubi berisi.

"Luth! Aku bercakap dengan kau ni!"  Kyle merungut gedik. Bahu tergoyang, mengeletis.

Luth masih tidak layan. Diam sepi. Kyle mengeluh. Dasar tunggul! Dasar tembok! Dasar batu! Semua benda diam itu Luth! Ah, apa-apa jelah!

Wajah Luth dipandang lama. Bosan. Buku berkulit merah gelap tanpa tajuk ditatap. Entah buku apa dia baca. Suka betul baca buku. Apa yang menarik sangat buku? Dia rasa muka dia lagi menarik kut.

Rambut hitam lurus ke bawah. Telinga capang. Bibir seperti perempuan. Kulit putih melepak. Bulu mata panjang melentik. Pergh!  Lelaki ke perempuan? Atau dedua? 

"Bodoh ... Kau kenapa pandang aku macam tu? Gay? " akhirnya Luth bersuara mendatar. Kyle tersentak! Terkejut menerima balasan Luth.

Kantoi pula.

"Tak guna! Mana ada!"

Kyle menepis kata-kata Luth. Bengang dia rasakan tika ini. Hello? Gay? Dia cuma perhatikan saja Luth. Kyle seekor pari-pari yang normal!

Luth kembali menyepikan diri. Kyle mendengus geram. Sabar menanti Calvin dan Camelia keluar dari istana. Ya, mereka akan bergerak ke kerajaan pari-pari hitam. Mengambil Nyea balik ke sini. Itu misi mereka, bawa Nyea ke Raja Willys.

"Kyle! Kenapa tak masuk dalam?" Calvin berjalan mendekati. Di belakangnya pula Camelia.

Kyle menepuk dahi. Tiba-tiba rasa diri ni bongok. Apa pasal dia tak terfikir dari tadi. Cis, buat penat je tunggu lama-lama bawah pokok, cuaca panas pula tu. Hati pun panas!

"Aik? Mana kembar?" Camelia menyoal.

"Hey, kami baru sampai!" pekik Lesie di luar pagar istana. Panjang umur baru sebut dah muncul. Kemudian, Lilith turut menjelmakan diri. Rambut mereka berdua terikat rapi, gaya ekor kuda. Bezanya dahi Lesie ditutupi rambut depan.

"Mari kita bertolak."

"Nanti dulu, Calvin."

"Kyle ... Kita tak ada masa ni, kena cepat."  Balas Calvin.

"Tak masalahnya, kau tahu ke dekat mana kerajaan pari-pari hitam?"

Calvin terdiam. Si kembar mendarat kemas di permukaan tanah. Suasana sepi seketika. Ada betul juga kata-kata Kyle. Kerajaan pari-pari hitam bagi mereka sudah tidak wujud lagi. Jadi macam mana nak cari? Tiada siapa pun tahu.

"Kita kena cari cara untuk mengesan. Tapi bukan senang." Lilith bersuara. Lesie mengangguk.

"Guna peta?"

"Kyle jangan jadi bodoh boleh tak? Alangkah buku sejarah kata mereka tak wujud apatah lagi peta wujud?"   Calvin melempar pandangan tajam. Lelaki berambut biru gelap mengaru kepala.

"Kalau nak tanya orang dah tentu tak ada yang tahu." Lesie mencelah.

Masing-masing menyepikan diri. Otak dipaksa berkerja keras tetapi tidak bagi Luth. Dia hanya memandang buku. Seperti tidak kisah. Lantak apa mereka nak buat. Dia hanya tahu buat hal sendiri.

"Luth." panggil Calvin. Budak lelaki berambut lurus ke bawah tidak menyahut. Semua mata kini beralih pada Luth.

"Tunggul." kutuk Kyle perlahan.

"Kau tahu cara nak jejak kerajaan pari-pari hitam?"

Mendengar soalan Calvin, Luth menutup buku. Tenang wajahnya. Anak mata bergerak dari Calvin berakhir ke Lilith. Mereka menanti balasannya.

"Tahu ... guna magis penjejak."

PINTU tertutup perlahan. Pipinya di pegang. Tertunduk dia merenung lantai. Tidak semena-mena pipi mula membahang. Ini tak lain dan tak bukan sebab Keith! Mata dipejam rapat. Terkenang pipi dikucup lembut oleh lelaki berambut merah. Nyea mengeleng laju. Tak mahu ingat benda tu lagi! Keith tak guna!

Kaki mengorak langkah. Ketika dia berjalan melepasi sebuah pintu, tiba-tiba dia berhenti. Telinga menangkap suara esakan kecil. Pintu tertutup rapat dipandang.

"Dia tak mungkin maafkan aku."

Suara kedengaran sayu ditelinga, Nyea. Serba salah pula dia rasakan sekarang ini. Tak sepatutnya dia meninggikan suara dan membuat perangai. Tentu hati Andora terguris.

Nyea mengeluh. Tombol pintu dipegang sebelum memulas perlahan. Ia tidak berkunci. Dia menolak perlahan. Susuk tubuh wanita itu sedang berdiri menghadap tingkap yang terbuka luas. Kaki sepontan mendekati.

"B-bonda ...." panggilnya perlahan. Esakan Andora terhenti. Dia menoleh dengan rasa terkejut. Air mata dilap segera.

"Nyea? Bila masuk sini?"

" Nyea nak minta maaf." ujar Nyea seraya menunduk ke bawah. Dia mencapai jari Andora. Kata-kata Keith betul. Dia kena lembutkan hati dan menerima ibu kandungnya dengan baik.

"Ah, tak mengapa. Bonda dah maafkan. Bukan salah Nyea."

"Tak ... Memang salah Nyea, dah buat bonda menagis. Nyea tak sengaja dan terlalu ikutkan perasaan sampai hati bonda terluka."

Nafas ditarik dalam. Hidung Nyea mula berair sebagai tanda hingus mahu meleleh keluar. Sedaya upaya Nyea cuba tidak menangis. Pinggang Andora dia peluk erat.

"Jangan menagis sayang." Andora mengusap rambut kuning Nyea. Ya, rambut dia dan Nyea tak sama. Menurun dari bapak dia la ni.

Kepala mendongak. "Tak, Nyea tak menagis pun." gadis itu tersenyum manis. "Bonda ... Nyea lapar. Nak makan." adu Nyea manja. Andora mencuit hidung Nyea. Kemudian mereka keluar dari bilik dan menuju je ruang dapur.

"Okay, lepas itu kita jumpa atuk Nyea. Raja Adrian. Lama dia tunggu Nyea." Andora berkata seraya duduk di atas kerusi kaca. Nyea angguk tidak membantah.

Tidak lama kemudian, hidangan tersusun rapi di atas meja. Nyea terliur. Perut sudah meronta-ronta minta diisi. Dia memandang Andora. Seakan tahu apa yang nak disoal oleh Nyea, Andora mengeleng.

"Bonda makanlah ...."

"Makanlah ... tengok Nyea pun dah kenyang."

"Betul ni?"

"Betul. Makan banyak-banyak okay?"

Tanpa membalas Nyea terus melantak hidangan. Lapar betul dia ketika ini.  Macam tak makan setahun lagaknya.

"Hmm ... macam mana duduk dekat sana? Nyea okay? Mereka ada buat apa-apa tak sepanjang hidup Nyea?"

Memandangkan mulut penuh sampaikan pipi mengembung, dia cuma mengangguk. Dia mengunyah laju lalu menelan.

"Nyea okay je dekat sana. Cuma dekat akademi tu je. Ada seekor ni entah la dia suka cari pasal dengan Nyea. Sakit otak agaknya. Bongok pula tu. Nyea tak faham kenapa dia benci sangat. Padahal Nyea baik apa. Geram je." sesedap mulut dia mengutuk tanpa berselindung. Sempat puji diri pula tu.

Andora tergelak kecil. Dalam hati, dia tertanya-tanya juga, adakah Nyea pernah jumpa ayahnya? Nyea tahu ke? Melalui mata nampak macam tak tahu apa-apa.  Tak kisah la janji Nyea ada depan mata dan selamat.






Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now