Dia tersedar dari pengsan. Mengeliat kecil dia ketika mengerakan tubuh. Terasa sakit menjalar ke seluruh tubuhnya. Kedua telapak tangan menampung tubuhnya di atas lantai simen. Nyea mengeletar. Gigi diketap perlahan. Susah dia mahu mengerakan tubuhnya tika ini. Ia seolah-olah urat saraf dan otot tidak mahu berfungsi. Ini tidak lain dan tidak mungkin impak dari senjata elektrik yang hinggap di tubuhnya. Renjatan itu mampu melumpuhkan tenaga seekor pari-pari waima membunuh sekalipun! Manusia sungguh bijak! Akal fikiran mereka memang tidak boleh dijangka. Mereka mampu berfikir di luar kotak dan mengambil tindakan yang tiada batasan.
Nyea memejam mata. Tubuhnya mengeluarkan cahaya putih selama sesaat. Kemudian dia bergerak tanpa adanya rasa sakit. Dia mengorak langkah mendekati dinding besi yang menjadi penghalang buatnya untuk berhubung ke dunia luar. Perlahan hujung jari telunjuk miliknya menyentuh permukaan dinding besi tersebut.
"Aduh!" Jeritnya kecil serayaa tersentak! Terkejut dia terkena renjatan kecil elektrik. Sudah agak bilik ini bukan sekadar kosong. Nyea mengibas-gibaskan tangannya lalu meniup perlahan jari. Kebas. Itu yang dia rasakan. Tidak dapat bayang jika dia bertindak meluru sebentar tadi. Pasti dia pengsan sekali lagi. Mujur dia terfikir untuk lebih berwaspada tadi.
Kaki berganjak ke belakang. Nyea kini berdiri di tengah-tengah ruang. Dia melepaskan keluhan berat. Kemudian duduk bersila di bawah. Pipi dikembungkan seraya mengerut dahi. Nyea menyilang tangan ke dada. Dia memaksa diri mencari akal untuk meloloskan diri dari situ.
"Kau bijak Nyea ... mesti dapat punya keluar dari sini!" omelnya bersendirian.
Tiba-tiba dia tersengih dan semakin lama semakin lebar. Tapak tangannya dibuka sebelum muncul tongkat magis. Nyea berdiri tegak. Tongkat magis dihalakan terus pada dinding.
Nyea tersenyum melihat dinding besi berlubang sebesar penumbuknya lalu semakin melebar hinggalah sama saiz dengan tubuh, Nyea. Semudah A B C dia berjaya meloloskan diri dari dinding konkrit! Nyea terhenti dan terfikir. Dia tidak boleh keluar macam ni je. Mesti dia kena tangkap balik nanti. Jadi Nyea mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai halimunan melalui tongkat magis.
Dia merayap di bilik penjara tersebut. Puas dia pusing tetapi kelibat Raja Willys tidak langsung dijumpai. Pelik. Di mana agaknya mereka tempatkan Raja Willys itu? Tak akanlah dia tidak ada di situ sedangkan dia yakin Raja Willys ada berdekatan.
"Ish, mana pula mereka sembunyikan Raja Willys ni. Hmm ...."
"AYAHANDA ini semua salah! Tak patut Ayahanda bertindak macam ni!"
Raja Virl mengangkat tangan lalu menghayunkan tepat pada pipi Victoria. Gadis berambut merah jambu terus terdiam. "Mahu ayahanda halau anakanda keluar dari istana? Jangan melawan ayahanda! Baik anakanda diam dan jangan sibuk!"
Nyea yang berjalan hampir ke situ tersentak mendengar jerkahan tersebut. Di luar, dia menyandarkan tubuh pada dinding bersebelahan pintu singgahsana. Padanlah Victoria selalu bersikap sombong dan suka membuli sewaktu di akademi. Manakan tidak sikapnya menurun dari bapaknya. Tetapi hati Victoria lembut. Masih ada lagi perasaan empati dalam gadis itu.
Victoria berlari keluar melepasi, Nyea. Gadis berambut kuning tidak semena-mena jatuh terduduk kerana terkejut beruk! Hampir-hampir Nyea mahu menjerit, namun cepat-cepat dia menekup mulut. Kiri dan kanan dia lihat tentera istana tidak perasan. Lekas dia bangun dari duduk. Dia mengekori Victoria dari belakang hingga gadis berambut merah jambu itu masuk ke kamarnya. Nyea sempat menyelit masuk sekali.
"Ah!" Victoria menghenyak tubuh di atas katil. Pipi diusap perlahan. Perit! Tetapi baginya ini merupakan satu perkara yang biasa. Sejak kecil lagi dia memang sudah selalu kena. Salah satu sebabnya dia nakal dan tidak dengar kata. Ketika dia mahu di masukan ke akademi pari-pari putih, Victoria dan Raja Viktor bergaduh dengan teruk!
Semasa Victoria sedang asyik mengelamun, Nyea, berdiri di sisi. Secara tiba-tiba perisai halimunan menghilang. Victoria yang perasan kehadiran Nyea di situ terus terkejut. Si gadis berambut kuning tergelak kecil.
"Nyea? Bukan ke kau?"
"Shhh ...." Jari telunjuk diletakan atas bibir. "Hmm ... aku lari. Aku ikut kau dari tadi."
Tanpa dijemput, dan tidak dipelawa oleh si pemilik barang, selamba badak Nyea melompat duduk di atas katil, Victoria.
"Huh? Kau tahu tak ini lagi membahayakan kau?"
"Duduk terkurung lagi bahaya tahu? Kau ada tahu tak dekat mana ayahanda kau kurung Raja Willys?"
Victoria sempat menjeling Nyea kemudian dia mengemam bibir. Mata bundar Nyea tidak berkelip merenung. Diharapkan jawapan Victoria tidak mengecewakan.
"Ini kali terakhir aku tolong kau!"
TUBUH disandarkan pada dinding. Victoria berpaling ke sisi. Gadis di sebelahnya membuat muka cemberut. Dia membalas balik dengan isyarat tangan itu. Menyuruh Nyea untuk bersabar. Mereka sudah lama menyorok di sebalik dinding kerana terdapat tentera istana yang merayau di situ. Victoria keluar secara perlahan. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu sebelum berlari dengan cemas seperti ada sesuatu yang mengejarnya dari belakang!
"Beta ada terlihat seorang lelaki yang mencurigakan di dalam istana sebentar tadi! Tolong cari dan tangkap lelaki itu!" Victoria berkata dengan nada yang sungguh cemas. Riak wajahnya juga kelihatan sangat ketakutan. Nyea yang jadi pemerhati sedari tadi, hanya tersengih sumbing. Dari pandangannya lakonan Victoria sungguh menyakinkan! Lirikan mata Nyea bergerak seiring dengan gerakan tentera istana. Setelah mereka beredar barulah Nyea keluar berlari seperti anak itik.
Victoria mendekati satu lubang berbentuk segi empat tepat. Ia bertutup dengan jejari besi keluli. Matanya tertarah di bawah lubang tersebut. Seekor pari-pari sedang tersandar lemah. Baju yang dipakai terlalu comot dan kotor. Terdapat kesan koyak dan juga darah. Nyea duduk meninggung.
"Raja Willys ...." Mendengar suaranya dipanggil terus kepala didongakkan ke atas . Cepat-cepat dia berdiri.
"Anakanda!" spontan ayat itu terpancul keluar. Nyea melutut. Telapak tangan menekup permukaan tanah bagi menampung tubuhnya. Sebak pula dia mendengar panggilan tersebut. Panggilan ayah kepada anaknya!
"A ... ayahanda ...." Setitis air mata jatuh ke tanah. Tangannya bergerak mahu menyentuh jejari besi namun Victoria menghalang. Pergelangan tangan Nyea dipegang.
"Bahaya Nyea. Besi ini ada aliran elektrik!" Victoria memberi amaran.
Raja Willys tersenyum hambar. Menyokong kata-kata Victoria. Memang betul, lihatlah apa yang sudah terjadi pada dirinya ini. Cedera ketika cubaan melepaskan diri tidak menjadi. Jika menyentuh kulit pasti akan rasa seperti dibakar!
"Mungkin ini adalah balasan. Balasan kekejaman terhadap anakanda. Ayahanda minta maaf kerana pernah menyakiti. Ayahanda layak terima semua ini. Mungkin ini satu hukaman." Usai berkata Raja Willys tersenyum kelat. Nyea tidak henti-henti mengesat air mata. Sesekali dia mengosok hidungnya yang sedikit berair. Victoria hanya mendiamkan diri.
"Nyea akan cuba bebaskan!"
" Besi ini tak berkesan untuk tongkat magis. Ayahanda sudah cuba."
Nyea mengesat pipi dengan kasar. "Tak! Tongkat magis Nyea tidak sama dengan yang lain. Ini pasti boleh!" dia menyeru tongkat magis.
"Nyea kita kena pergi sekarang! Mereka sudah datang balik ke sini!"
"Tak nak!" Gadis berambut kuning membentak. Dia menarik tangan dari pegangan tangan, Victoria.
"Nyea cepat! Kau kena pergi dari sini!" Victoria mengesa. Nyea masih memandang Raja Willys. Si pari-pari itu mengangguk seraya tersenyum dan Nyea ditarik oleh Victoria pergi dari tempat itu. Nyea akur .
"Lebih baik kau pergi dari sini. Jangan kau patah balik ke sini! Ayahanda aku mesti tidak akan lepaskan kau buat kali kedua. Tolong dengar cakap aku Nyea. Pasal Raja Willys aku boleh tolong tengok-tengokan nanti" pesannya kepada Nyea yang masih diam dan berwajah sungul. Tidak lama kemudian Nyea memunculkan sayap. Tubuhnya terapung ke udara.
😘 okay la saya update. Sian korang dah tunggu lama😂 so chapter ni okay tak?
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...