1.PEMALAS!

12.7K 747 36
                                    

Bunyi kicauan burung berdecip-decip seperti mendendangkan irama lagu. Ia menandakan waktu pagi sudah menjelma. Dia masih lagi bermalas-malasan di atas katil. Ah, malas tahap gabannya sudah datang!

Dia bergolek ke sisi. Kepala terjuntai di birai katil. Rambut kuning cairnya yang panjang itu mencecah lantai. Matanya masih lagi terpejam rapat. Ha, ingat moleklah itu, baring dengan gaya macam tu. Heez, berapa umur dia sebenarnya ni!

Krekk~

Bunyi pintu di tolak dari luar, dia masih lagi dalam posisi begitu. Walaupun telinganya dapat mendangar derapan tapak kaki berjalan, dia tetap buat tak dengar!

"Nyea!"

Satu pekikan kuat menerbus masuk ke dalam lubang telinganya. Mata terbutang dan akibat terkejut kepala terhentak pada lantai dengan kuat.

"Aduh!"

Dia menjerit sakit. Mata dicelikkan. Seorang wanita berambut hitam sedang berdiri tercegat. Wanita itu megemam bibir menahan tawa.

"Ya, wake up! Nyea! "

Panggilnya lembut. Lengan gadis bermata kuning di pegang. Dia menarik-narik lembut supaya bangun. Tetapi budak itu hanya buat bodoh je.

"Hmm...apa ni, Nyea mengantuklah,"

Balas Nyea malas. Dia hanya membiarkan legannya di tarik.

"Hoi! hoi! baik kamu bangun."

"Nak bangun buat apa pula? Cuba Aunty Kyra beri seribu satu sebab?" Rengeknya seperti budak kecil.

"Huh? seribu satu sebab? Aih, budak ni! pergi Akademi, mana lagi!"

Kyra menarik lengan Nyea. Gadis itu masih lagi keadaaan begitu. Dasar pemalas! Kyra mengemam bibir menaham geram. Budak ni rasa dia nak hempuk sahaja! Eh, baka siapalah yang dia dapat ni!

Tubuh Nyea di heret oleh Kyra. Nyea menjerit sakit apabila diperlakukan begitu. Nak buat macam mana? itu sahajalah yang Kyra boleh buat. Kalau tak sampai bila-bila tak bergerak. Dia mengheret Nyea sampai ke pintu.

"Argh! sakitlah Macik!"

Rayu Nyea. Kyra tersenyum seraya menghentikan perbuatannya. Nyea yang baring terlentang dipadang sambil bercekak pingang.

"Bangun!"

"Ha, ya...ya... Nyea bangun ni!" Kelam-kabut dia berdiri apabila Kyra menayangkan muka yang menakutkan.

"Lepas itu..." Jari terlunjuk menunding tepat ke arah bilik air yang berada di bilik Nyea. Gadis berambut kuning cair mengorak langkah seraya mencebik. Tuala yang tersidai pada kati di capai. Sempat lagi dia termenung.

"Nak suruh mandikan ke?"

Kyra tersengih. Nyea meneguk air liur dengan kelat. Kepala digelengkan laju. Terus dia berlari masuk ke dalam bilik air. Ha, tahu takut!

Kyra mandikan? Oh, memang tak! habis di kerjakan nanti. Pernah sekali dia terkena kerana malas tahap gabannya datang. Habis dia dimandikan, sampai terjerit-jerit. Masa itu bilik air tak ubah seperti neraka! rasa nak mati pun ada!

Setelah selesai mandi. Dia mengenakan pakaian seragam academy. Riben berwarna merah di ikat kemas pada leher. Rambutnya disikat rapi.

"Cermin! Oh, cermin... Siapakah paling cantik di sini?"

Ujarnya bersendirian dengan nada ayu. Rambut diselak kebelakang. Badannya dipusing-pusing. Lagaknya seperti Tuan Puteri pula. Ceh, berangan!

"Sudah tentulah Nyea Dlyea yang paling cantik! Hohoho!" Jawabnya sendirian. Dia ketawa sambil memandang pantulan cermin.

"Apa bendalah yang kamu merepek tu. Cepat nanti lambat ke academy pula." Kyra menjengahkan kepala ke dalam bilik Nyea. Gadis itu hanya tersengih menampakkan barisan gigi putih. Dia membuka langkah untuk ke dapur.

"Nak tengok sayap kamu."

Nyea yang sibuk mengunyah sebuku roti terangguk-angguk. Dia bangkit. Dia menjarakkan diri dari meja. Cahaya putih memancar dari belakang. Sepasang sayap hitam terlekat pada belakangnya. Ah, warna hitam balik. Kyra mengeluh. Dia meletakan cawan di atas meja kayu. Nyea hanya memerhati gerak geri Kyra tanpa sebarang kata.

Kyra mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Nyea menggaru kepala perlahan. Kemudian menoleh ke belakang untuk melihat sayap hitamnya.

Aih, benda alah ni memang menyusahkan betullah! mesti dia kena telan posyen nanti. Masalahnya kalau posyen itu sedap tak mengapalah juga! rasa macam kertas pasir. Werk!

"Nah, minum...."

Kyra muncul bersama botol kaca kecil yang jernih. Tangan disua ke arah Nyea. Gadis itu mencebik sebelum merenung lama. Perlahan diambil. Botol itu dibawa ke muka dan mengoncang perahan.

Pak!

"Aduh!"

"Jangan main-main, telan jelah,"

Nyea mengosok kepala yang diketuk. Kyra hanya membuat muka tidak bersalah. What? bukan salah dia kan? siapa suruh buat main posyen tu. Ha kan dah kena.

Nyea mencebik. Penutup botol di buka lalu disua pada bibir. Sekali tongak sahaja cecair jernih telah ditelan. Muka Nyea berubah ketika menelan. Yerk! apak rasa apa ni? kelat, manis, masam dan masin bercampur baur. Sayap hitamnya serta-merta bertukar menjadi putih.

"Good girl" Kata Kyra seraya mengosok rambut kuning cair. Muka Nyea masam mencuka. Tak puas hatilah tu.

"Ugh! teruk betul rasa benda tu!"

Nyea mengatur langkah. Dia berjalan sambil menghentak-hentak kaki. Geram agaknya! sebaik sahaja keluar dari rumah, dia mengibas-gibaskan sayap sebelum terbang ke udara. Dia terbang bebas ke udara seperti burung terlepas dari kurungan. Kini Academy menjadi destinasi.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now