34. NAK BALIK!

5.4K 465 117
                                    

Sayap separuh putih dan hitam terbang membelahi udara tanpa halangan. Rambut mengerbang kebelakang tatkala meredahi awan. Terlakar senyuman di bibirnya. Wajahnya sungguh ceria dan seperti sudah lama tidak terbang dengan bebas!

Awan putih bak kapas menghilang sebaik sahaja dia melintas lalu. Nyea memusing-musingkan badan sambil tergelak kecil. Aih, seronok betul dia. Iyalah, jika di dunianya mana boleh terbang setinggi-tinggi awan macam ini. Mampus kena baling periuk dengan Kyra nanti! Jangan cari pasal!

"Eh ... eh ... eh! burung besar!" mata membulat apabila seekor burung gergasi terbang bertentangan dengannya. Nyea tidak sempat memeperlahankan sayap, dia merempuh kepala burung botak tersebut. Tubuhnya terseret pada belakang badan burung tersebut. Dia bergolek beberapa kali.

Burung gergasi kepala botak memekik kuat, memaksa Nyea menekup telinga. Ia terbang naik ke atas dengan laju. Nyea tersentak, dia jatuh melurut ke bawah, berguling dan melantun bagaikan sebiji bola.

Keadaan bergolek-golek sangat menyukaran dirinya untuk mengepakan sayap. Ditambah lagi dengan rasa pening lalat. Sedar tak sedar Nyea sudah jatuh menjunam!. Burung tersebut sudah hilang entah ke mana.

"Mati aku! Mati!" Nyea menjerit nyaring. Mata terpejam rapat. Tubuhnya berpusing-pusing ke ruangan udara. Hanya tinggal beberapa kaki sahaja dia mahu terhempas! Sayap pula susah untuk berfungsi dalam keadaan begini.

Sedang terjerit-jerit, dia tersedar sesuatu. Dia tidak rasa lagi tubuhnya jatuh menjunam malah angin pun tidak rasa. Perlahan mata dicelik. Terkejut dia tatkala tanah berlumpur menghiasi pandangannya. Ia hanya sejengkal sahaja.

"Kalau ya pun ... Janganlah cuba untuk bunuh diri." Gadis berambut coklat tiba-tiba duduk mencangkung di sisi.

"Kakak Erina .... Argh!" sejurus itu Nyea jatuh terhempas mencium tanah berlumpur. Berbunyi seperti nangka busuk jatuh! Erina sudah mengekek ketawa.

Nyea menjarakan badan dari tanah berlumpur. Mukanya habis bertepek dengan tanah. Rambut dan baju juga habis kotor. Tercungap Nyea menarik nafas. Erina sudah sedap bantai gelak.

"Kejamnya! Kakak Erina!" ujarnya dengan penuh kegeraman.

Lumpur digengam selepas mencelupkan tangan. Dia sempat tersenyum sinis sebelum melemparkan pada gadis berambut coklat. Namun begitu, lumpur itu melencong ke tempat lain dek angin menolak. Nyea menarik muka masam kerana balingannya tidak kena.

"Apa kamu buat ni Nyea?" ujar Erina seraya meletakan tangan ke atas bahu Nyea. Dia merangkul dari sisi. Nyea memalingkan muka ke tempat lain. Merajuk!

"Alololo. Dia merajuk. Comelnya ...."pipi berlumpur, Erina cubit geram. Gadis itu lagi menayangkan muka tidak puas hati. Geram sahaja dia tengok!

"Nyea ... Janganlah merajuk. Kakak cuma bergurau. Mari akak temankan mandi ye?" pujuk Erina dengan lembut. Nyea masih lagi buat muka tidak puas hati.

"Nyea bukan budak kecil lagi!"

"Haahahaha! So cute!"

SETELAH membersihkan diri. Nyea mengenakan pakaian akademinya balik. Nafas ditarik dalam. Teruk juga dia dikenakan oleh Erina. Sebentar tadi pun Erina beria nak mandikan dia! The hell, fikir Nyea ni budak kecil lagi ke!  Puas mereka lari berkejaran di kawasan perkhemahan. Akhirnya, Nyea tidak dapat mengelak, terpaksa dia merelakan!

Dia memandang kiri dan kanan. Dari jauh mereka kelihatan sibuk mahu menyediakan makanan. Ryan sedang menghidupkan api manakala kelibat Viez tidak nampak sedari tadi. Kelihatan Erina pula kelam-kabut membantu Rena masak. Ha, Nyea rasa ini mesti kes tak pernah masuk dapur!

Udara dihirup sebaik sahaja duduk bersila di atas rumput kering, bawah sebatang pokok. Kedudukannya tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Cukup untuk dirinya selamat sahaja di situ. Senang dipantau.

Mata terpejam rapat. Mulut terkumat-kamit, menyebut perkataan yang tidak difahami. Ia lebih tepat ke arah ... merapu!

Nyea peduli apa. Otaknya hanya fikir untuk balik ke dunianya sahaja! Dia sebenarnya mahu buka pintu dimensi. Dia fikir, jika Irene boleh buat dia pun tentu boleh! Mana tahu tengah bertapa tiba-tiba terbuka ke? Siapa tahu kan? Ini dunia fantasi. Kejaiban berlaku tanpa diduga.

Puas bertapa, sampaikan berpeluh-peluh tetapi tiada kesan apa pun. Nyea mula berputus asa. Terus dia berbaring terlentang, menghadap langit tanpa dilitupi awan.

"Ah! Macam mana nak balik! Macam mana nak balik!" rengeknya seperti budak kecil. Kaki dan tangan menghentak-hentak rumput kering. Bibir mencebik seraya berguling-guling.

Berada di sini memang seronok. Tetapi dia mahu balik juga ke tempat asal! Entah berapa hari sudah berlalu di sana. Malas dia mahu kira.

"Kamu dah kenapa?"

Dia terhenti dari berguling. Mata terus terbuka luas tatkala ada suara menegur. Gadis berambut jingga membongkok bertongkatkan lutut dari atas.

"Nyea nak balik, kakak Alice." luahnya seraya bangun dari pembaringan. Alice tergelak kecil melihat rumput kering melekat pada rambut Nyea. Perlahan dia mengutip selepas duduk di sisi.

"Jadi kamu terbang setinggi-tinggi awan dan duduk bertapa di sini, semata untuk cari jalan pulang?"

Pantas Nyea menoleh. Muka tidak puas hati ditayangkan. "Kakak Erina ceritakan? Betulkan? Ish, geramnya!"

Nyea memeluk tubuh seraya menarik muka masam. Senyuman terus melebar di bibir Alice.

"Kamu ini terlampau comellah. Lagi-lagi bila merajuk! Hahaha!" Kepala Nyea digosok sehingga rambut serabai. Lagilah mencuka muka Nyea.

"Okay, stop it. Cerita sekarang ini Nyea nak balik. Semua dah cari jalan ke?"

Alice terdiam. Tangannya memegang dagu, seperti dia berfikirkan sesuatu. "Hmm ... sebenarnya mereka sendiri pun buntu." Alice mengeleng.

Nyea mula menunduk ke bawah, bibirnya mencebik. Alice mula mengelabah apabila melihat keadaan, Nyea. Tiba-tiba satu idea melintasi ke dalam otaknya.

"Nyea datang melalui sungai?"

"Hmm ... jatuh sungai sedar-sedar je ada dekat sini."

Alice menumbuk telapak tangannya dengan perlahan. Tiba-tiba wajahnya bertukar serius. Gayanya macam penyiasat dapat menyelesaikan satu kes misteri! Terkebil-kebil Nyea membalas pandangan Alice.

"Jadi ... Itu pun jalan untuk Nyea balik!"

"Huh? Maknanya balik ikut macam mana Nyea sampai?"

"Ya, sayang."

"Nyea trauma!"

"Ah, sudah!"









Kebanyakan korang yg baca ni kan, asal mana yek? Nak tahu jgk ni😆
Saya orang Muar je😚.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now