Seperti yang dijangkakan, mereka telah sampai di tempat yang ditujui. Tepat-tepat sang matahari memunculkan diri. Semalaman mereka tidak tidur. Yang paling teruk sudah tentu Si Nyea.
Sudahlah kaki tidur lepas itu satu hari tak boleh tidur. Rabak mata woi! Siap bergaduh lagi. Serius nak melalak Nyea masa itu. Kyra, Keith dan Fyira semua hentam dia! Tak bagi tidur. Akhirnya, Nyea tertidur juga kerana mata terlalu tak tahan. Kyra menjadi mangsa, terpaksa dukung Nyea di belakangnya.
Kasut tersarung pada kaki menjejaki tanah dengan rentak perlahan. Dengkuran halus si gadis mengusik halwa telinga. Kyra berpusing ke belakang, sempat membetul kedudukan Nyea semakin melurut.
Keith mengangkat kening membalas renungan Kyra. "Betul ke ini tempatnya?" Kyra menginginkan kepastian. Macam salah tempat je ni. Fyira hanya tercegat kebingungan.
Sebuah gua batu bertapak gah di depan mata mereka. Terdapat lumut-lumut menghijau segar, menjalar dari kaki gua naik ke atas. Menutupi kepala gua. Tumbuhan renek tumbuh hampir menutupi di hadapan pintu gua. Ia seolah-olah dedaun pintu bilik.
"Kita dah sampai. Mari kita masuk." ajak Keith. Kaki diorak laju dan berjalan mendahului. Fyira hanya akur tanpa bersuara.
Tubuh mereka hilang ditelan kegelapan dalam gua. Suasana sungguh gelap-gelita tanpa ada sebarang cahaya. Mereka hanya ikut lorong gua yang tegak tanpa ada selok-belok.
Tidak lama kemudian, sinaran cahaya mula kelihatan. Semakin dekat semakin cahaya itu membesar, seiring dengan kerisauan yang melanda diri Fyira. Debaran dada gadis itu semakin bertambah rancak. Takut mahu berhadapan dengan Sang pari-pari hitam.
Manakala, Kyra tersenyum lega. Setelah lama dia berpisah dengan keluarga dan akhirnya dia berpeluang untuk bertemu. Akan tetapi, peluang untuk dia berjumpa dengan keluarga agak tipis kerana belum tentu mereka masih hidup. Ya, dia tidak tahu mereka hidup atau mati. Haraplah masih ada yang hidup.
Nyea memeluk lehernya dari belakang. Wajah disembamkan pada bahu. Kyra terhenti sebentar dek perbuatan gadis itu. Tersenyum lebar, Kyra. Dia memperkemaskan sedikit kedudukan Nyea. Kemudian kembali meneruskan langkah yang ketingalan agak ke belakang. Mencicit dia berlari.
Selepas ini belum tentu dia boleh bertemu dengan Nyea lagi. Tugasnya sudah tamat di sini. Gadis itu bakal berjumpa dengan keluarga sebenar. Dan dia akan buat hala tuju sendiri. Lainlah kalau dia tiba-tiba dipanggil dan diarahkan terus jaga Nyea.
Sedar tidak sedar dia sudah tiba penguhujung jalan. Sebuah bingkai pintu gerbang gerbang besi menjadi tatapan mata. Terdapat bunga-bunga merah melilit bingkai besi tersebut. Kaki melepasi pintu tersebut.
Sejurus itu mata meliar mencari kelibat Keith dan Fyira. Gadis berambut pendek berdiri memerhatikan Keith sedang berbual dengan pari-pari berjeket besi yang mempunyai lambang sayap pada bahagian dada.
Oh, maknanya ... gua dilalui tadi adalah pintu untuk menghubungkan ke sini. Ah, patutlah ... dia fikir tadi salah tempat. Pandai betul kerajaan pari-pari hitam pilih tempat. Lelaki berpakaian jaket besi terbang dari situ.
"Kita tunggu sekejap. Mereka akan datang jemput kita. Kyra kalau penat biar saya dukung Nyea." kata Keith sebaik sahaja mendekati wanita . Wajah polos Nyea direnung.
Kyra mengeleng. Lelaki berambut merah hanya akur. Masih larat lagi. Nyea tak adalah berat mana. Biarlah, mana tahu lepas ni tak dapat jumpa lagi kan?
DIA berbaring telentang. Belakang tapak tangan kanan dibawa ke dahi. Mata terpejam rapat. Fikirannya melayang jauh, tertinggal jasadnya di situ. Bayangan si gadis muncul dalam benak fikiran. Nyea.
Sungguh dia rindu mahu menatap wajah gadis itu. Seluruh akademi sudah tahu Nyea telah dibuang dari akademi. Telatahnya, gelak tawa dan senyuman gadis itu sudah tidak dapat dia lihat lagi.
Rasa macam nak cari Nyea pun ada. Tapi dia tidak tahu ke mana gadis itu pergi. Keith dan Fyira pun sama. Mereka juga tidak datang ke akademi. Apa kaitan mereka sebenarnya?
Calvin tak faham. Macam mana benda ini boleh terjadi. Nyea sebahagian dari pari-pari hitam tapi ... membesar di sini. Normal seperti pari-pari putih yang lain. Tetapi bukan ke, bila Nyea terbang sayap dia putih? Eh, apa benda semua ini! Ish. Pening betullah. Dunia fantasi memang pelik!
Pakaian putera diraja tersarung segak pada tubuh. Berwarna putih dan keemasan. Memang padan dengan tubuhnya. Kata ayahandanya sebentar lagi ada tetamu akan bertandang ke istana. Siapa? Malas dia mahu ambil tahu!
"Kakanda ...." suara si adik memanggil lembut dari arah pintu. Lamunan termati. Kepala diangkat sedikit. Kelihatan Camelia mengenakan gaun putih krim. Gadis itu bersandar dibirai pintu.
"Nak apa ...."
"Kenapa tak turun lagi. Mereka sudah sampai."
Calvin mengeluh panjang. Dia bangkit dari pembaringan lalu duduk. Wajah polos adindanya dipandang. Ada iras-iras bondanya.
" Siapa yang datang Camelia? Ah, abang rasa malas pula nak turun." malas dia mahu guna bahasa istana. Ala, perbualan dengan adik sendiri je pun.
"Abang ... cepat turun. Nanti ayahanda marah."
Camelia menarik-narik lengan Calvin supaya berdiri. Sehinggalah si abang akur, mereka berdua turun ke bawah. Camelia tersenyum melihat abangnya yang menurut tanpa sebarang bantahan. Mereka berpimpinan tangan. Sweet!
Pandangan mata Calvin tertacap pada tetamu yang hadir. Hanya ada tiga pari-pari. Eh, kejap. Dua manusia satu pari-pari. Wanita memakai gaun biru laut tersenyum tatkala Calvin dan Camelia mendekati. Berseri wajahnya ditambah lagi dengan tiara tersemat rapi dicelah-celah rambut merah jambu.
Dua beradik menunduk hormat. Camelia menarik kerusi di sebelah ayahandanya. Di sebelah Camelia pula ada dua tempat kosong. Calvin melabuhkan punggung disebelah Camelia.
"Maafkan kami ayahanda, kerana lambat." ucap Camelia lembut. Sebelum kena marah baik dia pohon maaf dulu. Ayahandanya memang akan kalah bila Camelia bersuara. Ya, dia terlalu dimanjakan berbanding Calvin. Yelah ... anak perempuan kesayangan.
Calvin mengangkat muka. Lelaki yang nampak tua dari dua tahun merenung Calvin sebelum senyuman melebar pada wajah. Rambut hitam berkilat dikemas rapi. Calvin membalas dengan senyuman plastik.
Oh, Raja puak manusia datang melawat. Raja Virl namanya. Ayahanda sedang berbual rancak. Mereka seperti menunggu sesuatu. Apabila Calvin memandang wanita berambut merah jambu itu tiba-tiba mengingatkan dia kepada satu makhluk ni. Merah jambu ya ....
"Adinda ... mereka datang untuk apa?" bisik Calvin perlahan. Inginkan kepastian. Camelia mengangkat kening sebagai balasan.
"Kakanda ... tak tahu ke? Atau lupa?"
"Apa? Tak fahamlah."
"Perjumpaan ini untuk kakanda dan ...." kata-kata Camelia tergantung. Calvin mengerut dahi tatkala adiknya menjengah ke kanan. Dia turut toleh.
Air liur dia teguk dengan rasa payah. Biji mata tidak berkelip memandang. Berderau darahnya. Degupan jantung yang normal kini berubah rancak! Tindak balas jantungnya bukan seperti jatuh cinta tetapi ini adalah terkejut!
"Bakal tunang kakanda ...." bisik Camelia sungguh perlahan. Hanya mereka berdua sahaja yang dapat dengar.
Calvin terkaku seperti patung. Gadis berambut merah jambu duduk di sebalahnya. Hanya itu sahaja tempat yang kosong. Tak ada pilihan. Calvin cuba mengawal riak wajah. Dia semacam tidak percaya! Apa dah tak ada gadis lain ke dalam dunia ni! Kenapa dia juga!
"Hi, Calvin."
"Hmm ... Hi, Victoria."
Saya nak letak contoh gambar pintu gerbang pari-pari hitam, tapi tak dapat. Entah wp buat hal agaknya. Nnt la next chapter.
Jadi ... Lepas ni akan banyak konflik timbul nanti. Yang jadi mangsa sudah tentu Nyea😅
Kesian kau Nyea😂
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...