46. ANDORA

5.2K 440 62
                                    

Sesi makan malam antara dua pihak keluarga diperkarangan istana berjalan dengan normal.  Mereka berborak-borak sambil menikmati hidangan makanan yang pelbagai jenis. Kecuali seekor pari-pari putih ni. Calvin.

Ya, hatinya tidak tenang ketika ini. Tidak percaya Victoria bakal tunangnya. Malah kedua pihak keluarga sudah tetapkan tarikh!Argh! Dia tidak mahu. Dalam hatinya hanya ada nama Nyea sahaja. Dia mahukan Nyea!

Carmelia menjeling dari sisi. Kelihatan abangnya tidak senang hati. Calvin lebih banyak termenung. Makanannya juga hanya luak sedikit sahaja. Nafas dihela pendek.  Sudu dan grafu, dia letak perlahan. Gelas kaca berisikan air berwarna unggu dicapai lalu dia meneguk perlahan.

Telinga menangkap suara ayahandanya berbual mesra dengan keluarga Victoria. Gadis berambut merah jambu hanya diam membisu.

"Abang ... okay ke?" bisiknya perlahan. Calvin tidak mengeleng mahupun angguk. Lelaki itu hanya bermain sudu pada pinggan. Ah, sudah! Murung ke? Camelia kembali menyambung makan.

Tiba-tiba seekor pengawal berlari datang memganggu topik perbualan. Camelia mengerut dahi lalu kepala diangkat. Pengawal tersebut berbisik sesuatu pada telinga ayahandanya, raut wajah berubah dengan serta merta.

Bam!

Meja makan dihentak kuat. Pinggan-pinggan kaca terangkat sedikit. Gelas kaca hampir tumbang tetapi mereka dapat menagkap. Masing-masing tersentak! Calvin telah kembali ke alam nyata.

Wajah ayahandanya, bertukar merah-kemerahan. Urat pada leher timbul seperti menahan amarah! Tangan terketar-ketar mengenggam buku lima.

"Willys. Kenapa ni?" Raja Virl cuba menenangkan si sahabat.

"Pari-pari putih yang beta hantar kesemuanya telah mati! Jahanam! pari-pari hitam!" 

Kesemua penghuni di meja makan tersentak mendengar pernyataan tersebut. Mereka terdiam sejenak.

"Ah, aku dah cakap awal-awal. Mesti mereka ada dekat sini."  Ujar Virl sungguh perlahan. Tubuh disandarkan pada kerusi.

Willys memandang kedua anaknya, Calvin dan Camelia silih berganti. Nafas dihirup perlahan. Sebelum berkata. "Lepas ini jumpa ayahanda."

PINTU bilik tertutup rapat. Wajah Cavin ketat tanpa senyuman. Dia marah! Marah dengan tindakan ayahandanya. Suka hati je membuat keputusan tanpa memberitahu. Dengan Victoria pula tu!  Ini bermakna sepanjang hayat dia akan hidup semati bersama Victoria! 

Gosh, ini satu mimpi ngeri!

Dia menghenyak tubuh di atas sofa empuk di kamar ayahandanya. Manakala Camelia duduk selamba di birai katil. Mungkinkah mereka akan berbincang tentang hal peribadi? Kebiasaan memang macam ini. Mereka hanya berbincang di sini jika melibatkan Calvin dan Camelia.

"Jujur abang tak suka Victoria." kata Calvin kepada adiknya.

"Itu nasib abang ...."

"Abang cintakan Nyea."

"Yeah, Camelia tahu. Tapi jika abang mahu dia ... Camelia pasti, abang bakal dapat tentangan yang hebat. Terutama sekali dari ayahanda. Dia pari-pari hitam."

"Ah, Camelia di pihak mana sebenarnya ni? Abang atau ayahanda?"

"Dua-dua bukan ...."

"Okay, jawapan yang menyakitkan!" rambut kuning diramas kasar hingga serabai. Serabut kepala otak dia! Adiknya yang satu ini tak membantu langsung!

"Abang tidak boleh membantah. Kena terima walaupun terpaksa."

"Diamlah, Camelia!" marah Calvin tetapi dengan nada perlahan. Tidak pernah dia meninggikan suara kepada Camelia. Sebab yang pertama, dia sayang. Yang kedua malas mahu dibebel oleh ayahandanya.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now