15. DENDAM!

6.2K 523 23
                                    

Dia berjalan menunduk. Perlahan saja langkahnya. Bukan apa, dia sebenarnya malu kerana banyak mata sedang perhati gerak-gerinya. Sejak keluar dari bilik persatuan Elite lagi dia menjadi tumpuan pari-pari lain. Sebab? Nyea pakai baju khas untuk Elite. Kedua, dia sedang berjalan dengan pasangan kembar Lilith dan Lesie! Oh, tak lupa juga Calvin turut berada di situ.

Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan untuk bertugas meronda di kawasan akademi. Mereka juga dipertanguangjawabkan menjaga keselamatan pelajar di akademi. Sekarang mereka mahu pulang ke kelas masing-masing setelah puas meronda.

Lesie memeluk bahu Nyea. "Kenapa Nyea? Kau rasa tak selesa ke?"

"Bukan ... cuma, mereka padang aku macam tak pernah nampak!"

"Biasalah tu, kita kumpulan Elite. Mungkin kau comel pakai baju ni" puji Lilith.

Calvin hanya diam mendengar kata-kata mereka. Tak tahu nak menyelit dekat mana.

"Kau tak mahu pindah kelas Elite ke?" Soal Lilith pelik. Langkahnya berhenti betul-betul dihadapan pintu bilik pangkat 5.

"Aku selesa dengan mereka." Nyea menyimpulkan senyuman.

"Baiklah kalau itu yang kau nak. Kami masuk kelas dulu. Kalau ada apa-apa nanti beritahu kami ya!" pesan Lesie sebelum beredar dari situ.

Kini tinggal dia seorang diri. Kelibat dua kembar seiras sudah hilang dari pandangan mata. Baru saja dia mahu membuka pintu kelas, tubuhnya ditarik kasar oleh seseorang. Dia dihempaskan ke dinding. Menyeringai dia menahan sakit.

"Jangan ingat aku takut kalau kau ahli Elite?" Victoria meletakan tangan ke dinding. Muka dirapatkan. Kiri dan kanan dikepung Juvia dan Julia.

"Ah, kau nak apa!' Nyea menjeling.

"Ni, baju ni patut aku pakai" jari ditunjal ke dada Nyea.

"Ranking pun teruk ada hati nak pakai baju ni." muka riak sengaja ditayangkan bagi mencurah api kemarahan Victoria.

"Ugh! Kau ... Eei! Geramnya aku!"

"Sudahlah! Tepi aku nak masuk kelas ni." ujar Nyea lantas badan digerakan sedikit tetapi Victoria menolak kasar bahu Nyea.

"Aku tak akan lepaskan kau selagi belum habis."

"Ha, dah tu ... cakaplah sampai habis." selamba Nyea membalas.

"Kau tak layak pakai baju ni. Ugh, kau jangan tergedik-gedik dengan kumpulan Elite okay? Kau tak famous! Tolonglah sedar sikit diri kau tu siapa? Mak dan ayah tak ada. Anak terbuang! Kurang kasih sayang!"

Nyea terdiam seketika mendengar kata-kata pedas dari mulut Victoria. Sakit hati Nyea! Ayat yang depan tu dia tak kisah! Yang kisah dan paling menyentap jiwa itu adalah ayat nak dekat akhir! Mana dia dapat maklumat ini? 

"Kenapa senyap? Betulkan apa yang aku cakap?"

"See? Aku sudah agak dah. Kalau dia sorang memang dia lemah. Depan orang acah je lebih!" tambah Julia.

"Jadinya maklumat yang aku kaji ni betullah kan?" Juvia tersenyum sinis. Mereka bertiga serentak melepaskan tawa. Puas agaknya membalas dendam terhadap Nyea.

Tangan digengam membentuk sebiji penumbuk. Gigi diketap. Nyea rasa nak pukul saja tiga ekor makhluk takguna ni! Biar patah tulang mereka!

Baru saja dia mahu menghadiahkan tumbukan, suara seseorang menyeru namanya telah membuatkan Victoria, Juvia dan Julia menghentikan tawa. Muka dipaling. Terkedu mereka buat seketika. Cepat-cepat mereka beralih.

"Apa yang kau orang buat ni?" Tegur Keith dengan wajah serius. Sebelah kanannya Kyle dan kiri pula Camelia serta Luth.

"Wah, adakah ini dinamakan satu kes pembulian?" ujar Kyle.

"Oh, mungkin ya. Okay, aku nak masuk kelas. Kau orang uruskanlah mereka semua." mendatar ayat Luth tanpa ada perasaan. Macam biasa Luth tidak mahu buat kerja ini. Dia hanya mahu meronda kawasan akademi saja. Ahli yang lain tidak kisah.

Keith mengorak langkah. Tangan Nyea ditarik supaya jauh dari Victoria. Gadis itu hanya menuruti.

"Kau, kau dan kau! Ikut aku kerana ...."belum sempat Kyle mahu menghabiskan ayat Nyea sudah memotong.

"Kerana tertuduh melangar peraturan akademi di bawah kes pembulian dan kecederan." muka toya ditayangkan. Kyle terkebil-kebil melihat Nyea.

"Macam mana kau tahu? Sedangkan belum diajar?" ujar Kyle pelik begitu juga dengan Camelia dan Keith.

"Entah."

"Mana ada aku cederakan kau!" kata Victoria kepada Nyea tidak puas hati.

"Kecederaan mental." Pandangan tajam dilemparkan.

"Okay, mari ikut aku! Kita selesaikan dibilik disiplin. Nyea? Keith nak ikut tak?" kata Camelia. Serentak mereka mengeleng.

Setelah itu, Nyea hanya mendiamkan diri dalam kelas. Pelajar dalam kelas semua pelik tengok Nyea. Yelah, dah dapat pakai baju Elite tak akan tak gembira? Ini tak ... Monyok dan masam saja muka dia dimata mereka semua.

"Serius ke Keith?"soal Fyira.

"Takguna Victoria. Mentang-mentang aku dengan Fyira tak ada. Lagi dia usik Nyea."

"Dan dia pun satu. Tak melawan kenapa? Pangkat dia lagi tinggi kut dari mereka. Bukan ke dia jenis yang ...."

"Yang apa Keith? Kau orang sempat mengutuk aku! Aku pergi beli coklat sekejap je, laju nak mengosip!" Nyea muncul secara tiba-tiba. Mereka terkejut!

"Em ... Dah ke? Jom masuk kelas. Waktu rehat kedua dah nak habis ni."Violet tersengih sumbing.

"Er, aku nak pergi tandas!" Keith memberi alasan untuk cabut lari!

"Perhatian! Saya Victoria yang cantik lagi famous mahu membuat pengumuman penting!" penyapu lantai di buang ke tepi. Juvia dan Julia mencampak kain buruk ke bawah.

Yes, hukuman mereka ialah membersihkan cafe akademi hari ini akibat perbuatan mereka tadi. Dengan muka tidak tahu malu dia menampilkan diri. Meja dipanjat.

"Mulai dari hari ini, dalam masa tiga hari Nyea akan bertarung di Collseo! Jika dia kalah, pangkat Elite akan jatuh ke tangan aku!"

Pelajar-pelajar terkejut dengan kata-kata Victoria. Berani betul! Kerana tidak puas hati dan dendam sanggup dia mencabar Nyea! Apatah lagi Lilith dan Lesie kebetulan ada di situ. Mereka berdua hanya mampu berbalas pandangan sesama sendiri.

Berdesing telinga Nyea mendengar. Rasa tercabar! Tangan digengam erat sebelum menunding jari telunjuk tepat pada gadis berambut merah jambu.

"Aku terima! Siap kau aku kerjakan! Kalau kau  kalah jangan menangis!" ujarnya geram.

"Okay, bersiap sedialah nanti!" ujar Victoria dengan penuh sinis. Dia melompat turun ke bawah sebelum beredar dari situ.

"Hoi, kau layan perempuan sewel ni kenapa?" Keith menayangkan muka bengang. Fyira dan Violet tidak tahu nak cakap apa.

"Diamlah! Dia memang nak kena dengan aku!"



Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now