56. MATLAMAT

4.8K 425 66
                                    

"Sampai hati dia buat anakanda macam ni."

Nyea berbaring di atas ribaan Andora, memejam mata. Rambutnya diusap perlahan oleh bondanya. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembus perlahan. Tak tahu nak kata apa. Nak marah pun tak ada guna. Menagis keluar air mata darah sekalipun bukannya boleh tumbuh balik sayapnya tu.

"Bonda ... kenapa Nyea bonda ... kenapa?" perlahan dia bersuara. Entah bagaimana suara melontar soalan begitu. Dia seperti mahu salahkan takdir yang telah ditetapkan.

Andora kehilangan kata-kata. Mana boleh dia jawab soalan macam tu. Benda hidup dalam dunia ni, telah ditetapkan jalan hidup. Masing-masing ada duri yang menghalang jalan. Takdir. Tiada apa yang mampu diubah. Mahu tak mahu kena hadap juga. Bahagia tak akan datang bergolek tanpa halangan.

Mungkinkah ini balasan dia kerana melangar pantang larang?

Andora berperang dengan perasaan sendiri. Jiwanya berolak-alik bagaikan ombak menganas di lautan, menghempas-hempas di  persisiran pantai. Hati berkira-kira mahu berterus-terang kepada Nyea ataupun tidak!

"Bonda? dengar tak Nyea cakap?"

Lamunan termati, dan dia kembali ke pangkal jalan. Nyea baring mengiring memusingkan kepala. "Ah, anakanda cakap apa? Tak berapa dengarlah," Andora mempamerkan senyuman kelat."

"Tak ada apalah ... tak penting pun."

"Raja pari-pari putih macam mana?"

Soalan bondanya membuatkan Nyea mengerut dahi. Mata tertumpu pada wajah yang semakin dijamah usia. Namun, kelihatan cantik. Kulitnya tiada cacat cela waigma lipatan kedutan pun tak ada. Muda.

"Apa bonda tanya ni? Dia kejam. Tengoklah apa yang raja zalim itu dah buat pada Nyea."

"Ya, bonda tahu ... dia tak patut hukum Nyea macam ni." ujarnya sebak. Andora menahan rasa sedih yang makin tidak ditampung!

"Anakanda malas mahu cakap tentang ni." si gadis berambut kuning kembali mengiring ke sisi. Andora meneguk air liur. Jari runcingnya lalu mencelah rambut milik Nyea.

"Raja Willys ...."

"Bonda .... anakanda tak nak dengar ...."

"Ayah, Nyea."

Si gadis itu terus tergelak kecil mendengar penyataan tersebut. Tetapi itu hanya sementara. Dia terdiam selepas beberapa saat. Jantung Nyea berdetak dengan laju. Dadanya turun naik menghirup udara. Suasana kamar bertukar hening.

"Bonda tipu ... cakaplah yang bonda hanya bergurau."  bisik Nyea. Dia cuba mengawal perasaan.

Oh, wow! Raja zalim itu ayahnya? Pandai betul bondanya bergurau.

Andora mengusap kepala Nyea sebelum mengucup lembut. Nyea masih tidak beralih dari posisi mengiring.

"Bonda dan Raja Willys pernah berkahwin. Tapi kami tak kekal lama." 

"Dia bukan ayah, Nyea ...."

"Buktinya ... Anakanda mewarisi rambutnya."

"Dia bukan ayah, Nyea." 

Patutlah ... bila pertama kali dia melihat Raja Willys, di istana pari-pari putih dia rasa sesuatu. Perasaan yang menghubungkan satu pertalian darah. Tapi dia tidak peduli. Yalah, mana mungkin dia berfikir mereka sedarah sedaging? Sedangkan status berlainan, ibaratkan langit dengan bumi!

"Anakanda ... jangan cakap macam tu."

"Dia bukan ayah Nyea. Kalau betul kenapa dia tergamak buat Nyea macam ni? Kalau betul kenapa dia tak ada perasaan belas kasihan dekat Nyea?" 

"Mungkin Raja Willys tak tahu."

"Bonda ... sedangkan pertama kali Nyea lihat dia, Nyea ada rasa ada pertalian darah. Tapi itu samar-samar. Nyea tak pasti masa tu, kerana Nyea tak terfikir pun soal siapa ayah Nyea tika itu. Tak akanlah, dia tak ada naluri sebagai bapa? Tipu, Nyea tak percaya." 

Andora mahu membalas tetapi Nyea terlebih dahulu memintas ajak tidur. Mahu tak mahu dia akur mengikut kehendak anaknya. Di tambah sesi dingin Nyea mahu keluar! 

Jauh di pendalaman hati, dia berasa marah dengan tindakan Willys melukai Nyea. Bertindak melulu tanpa usul periksa! Tak berhati perut! Sudahlah tinggalkan dia begitu sahaja. Dia hidup bersendirian ketika sarat mengandungkan Nyea. Nasib baik mentalnya kuat jika tidak sudah tentu dia gila!

"Sayap Nyea boleh tumbuh lagi ke?" gadis itu menyoal soalan sama tanpa jemu. Keith, Fyira, dan lain-lain semua ditanya. Tak ada istilah jemu dah walaupun semua bagi jawapan yang sama 'Sayap ibarat nyawa. Ia tumbuh sekali saja' atau 'Berharaplah keajaiban akan berlaku.'

"Serba salah bonda nak cakap ....".

"Sayap tak akan tumbuh lagi kan?" teka Nyea.

"Sudahlah ... lupakan hal itu. Mari kita tidur."

"Hmm ... Okay."

"HAREZ jangan kacau aku lagi boleh tak?"  tempik Kyra geram.  Lelaki itu hanya menayangkan muka selamba.

"Tak ...."

"Mana isteri kau ?" Kyra mengungkit kisah silam.  Wajahnya serta merta bertukar serius. Harez beralih pandangan ke arah sungai. Siku diletakan pada atas jambatan besi separas pingang.

"Dia dah tak ada sebab sakit ...." balasnya kendur seraya mengeleng kepala sikit. Arus air sungai dipandang.

Dia telah bertindak meninggalkan Kyra. Ya, dia beralih arah dan berkahwin dengan pari-pari lain. Tidak lama selepas itu isterinya meninggal akibat batuk berdarah. Dan sekarang dia datang menagih cinta Kyra.

"Sekarang kau nak aku balik?"

Harez memusing tubuh ke belakang. Dia bersandar. Kyra diperhatikan dari sisi. Sejujurnya dia masih sayangkan Kyra. Tak berubah walaupun sikit pun.

"Dengarlah penjelasan aku dulu." pinta Harez lembut.

"Apa benda!"

"Aku dan dia berkawan sejak kecil. Aku tak sangka dia suka aku dalam diam dan aku tak tahu pun dia sakit. Dia buat permintaan terakhir. Dia tahu masanya sudah sampai. Dia nak aku kahwini dia, teman dia hingga akhir hayat. Aku kesian dekat dia lagi pun dia dah tak ada ibu bapa. Jadi aku terima dia."

Angin malam menghembus kuat, rambut Kyra beralun lembut mengikut arah angin. Dia mendiamkan diri. Beberapa pasangan pari-pari turut berada di jambatan tersebut. Tidak kurang juga ada yang bersendirian. Harez menunggu kata putus dari Kyra. Berharap supaya Kyra menerima.

"Aku sayangkan kau."

"Hmm ... bagi aku masa."

"Okay,"

     Virl mengaru kepala. Sedari tadi dia asyik terfikir tentang Willys. Raja itu ada berkata mahu pergi ke kerajaan pari-pari hitam dalam masa terdekat. Bagus juga. Sambil itu Virl mencucuk jarum sedikit. Disuruhnya bawa sekali separuh tentera ke sana.

Apa akan jadi? Perang akan berlaku? Kemungkinan besar itu akan terjadi! Bila itu terjadi ... sudah tentu ramai yang terkorban. Lagi-lagi puak pari-pari hitam yang populasinya semakin kurang. Dan dari situ peluang akan terbuka untuknya.

Jika Willys masih hidup dan pulang dengan selamat. Dia sendiri akan bunuh Willys dan Camelia dengan tangannya sendiri. Soal Calvin akan dipertimbangkan, jika perlu dia juga terpaksa  bunuh Calvin! Dengan ini, apa yang dia mahu akan tercapai. Dia mahu melunaskan janji dan hasrat keturunannya selama ini!

Matlamatnya hapuskan kerabat raja pari-pari tak kira hitam atau putih! Rakyat pari-pari akan dijadikan hamba abdi!

 
Hi, fuhh dapat update juga😅
So macam mana chapter ni?

Agak-agak huru hara tak next chapter ni bila Willys datang 'melawat'! 😈












Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now