Kelihatan Fryic berpusu-pusu menghampiri papan kenyataan. Mereka mengerumuni papan kenyataan yang sebesar dinding. Sebanyak tiga ratus nama Fryic di tulis mengikut angka. Dari huruf A sampailah huruf Z. Huh? apa yang menarik sangat tu?
"Kenapa ramai sangat berkumpul dekat papan kenyataan tu?"
Fyira menyiku siku Nyea. Seperti biasa mereka berdua duduk di tangga batu. Gadis berambut kuning itu tidak mengedahkan langsung dengan pertanyaan sahabatnya itu. Mana tidaknya dia sibuk mengunyah coklat. Pipinya terpalit sedikit coklat.
"Ish, makan je kerja kau!" terus Fyira mencerlung tajam. Tangannya laju mahu merampas coklat dari tangan Nyea. Tetapi Nyea pantas mengelak. Coklat disorok ke belakang.
"Umph...no!" Pipinya mengembung bulat. Dahinya berkerut. Pandangan tidak puas hati dilemparkan kepada Fyira. Suka hati je nak rampas! nak belilah sendiri.
"Dah tu, aku tanya tak jawab," balas Fyira dengan nada geram.
"Kau ada tanya apa-apa ke?" Soal Nyea blur. Palitan coklat pada pipi dilap laju mengunakan belakang tapak tangan. Fyira hanya mengeleng, kawannya yang satu ni memang tak pernah tak comot bila makan coklat.
"Oh ho, itu keputusan ujian pertengahan tahunlah,"
Suara halus menyampuk di sisi telinga Nyea. Dia menoleh. Fyira menyimpulkan senyuman. Gadis itu melingkarkan tangan ke bahu Nyea.
"Tak pergi tengok ke?" soal gadis itu. Kening diangkat sebelah.
"Ah, Violet... takut pula aku nak tengok, entah nombor berapalah yang aku dapat."
Nama dia Violet Ell. Mereka sekelas tetapi Violet duduk di meja hadapan manakala Nyea dan Fyira duduk di barisan belakang.
"Alah, Jomlah... apa yang nak di risaukan? kau pun tak kurang hebatnya juga,"Pujuk Violet. Dia melirikkan pandangan kepada Nyea yang masih sibuk dengan coklatnya. Ha, makan sampai tak hiraukan keadaan sekeliling. Fyira menggaru pipi perlahan.
"Hmm..."
"Jom! aku nak tengok nombor berapa aku dapat...." Violet melangkah maju ke hadapan. Langkah di atur ke arah papan kenyataan yang digerumuni pelajar lain. Fyira menoleh ke sisi. Yep, dan Nyea masih makan. Aih, tak habis lagi ke? Dia tersenyum sinis.
Fyira merampas laju coklat Nyea lalu berlari pecut mengikuti jejak Violet. Nyea terkaku. Matanya terkebil-kebil dan mulutnya yang comot terngangga luas.
What the...
Adakah coklatnya dirampas?
Serius ni?
Tak guna Fyira!
Siap kau! siap kau!
Nyea memandang tajam ke arah Fyira yang sedang berlari ke arah Violet. Dia sempat mengelap bibir dengan kain sapu tangan berwarna biru sebelum terkedek-kedek berlari. Bibirnya terkumat-kamit tidak berhenti mengutuk perbuatan Fyira.
"Ke tepi! "
"Huh?"
Ujar Nyea kepada pelajar lelaki yang menghalang laluannya. Nyea beralih ke kiri dia beralih ke kiri. Nyea beralih ke tepi dia pun beralih ke tepi.
"Aku cakap ketepilah bangang! aku nak lalu!" Kaki dihentak kuat. Anak matanya tajam merenung pelajar lelaki berambut merah. Eh, macam pernah nampak? dekat mana eh? bilik displin kot! Apa nama dia Kointh? Ken? Kai? Ahahaha lebih kurang macam tulah dia dengar tadi.
"Wah, tidak ada tempat lain ke nak lalu? Banyak lagi tempat tahu?" Balasnya dingin.
"Ah, suka hati akulah nak lalu dekat mana. Kaki aku hak aku!"
"Eh, perempuan ni memang cari pasal dengan aku,"
"What? kau yang cari pasal, baik kau ke tepi! " tengking Nyea.
Pelajar-pelajar lain hanya memerhatikan pertelingkahan mereka. Kalau masuk campur memang cari nahas. Masing-masing degil kepala batu. Tidak mahu mengalah langsung!
"Nyea, sudahlah..." Violet datang cuba menenagkan keadaan. Kalau di biarkan teruk pula nanti.
"Ish, jangan masuk campur Violet..."
"Sudahlah, kelas dah nak mula kejap lagi. Jom," Pujuk Violet lagi.
Nyea masih tidak mengalihkan pandangan. Matanya mencerlung tajam. Lelaki itu hanya tersenyum sinis. Rasa mahu tarik sahaja rambut merah milik lelaki itu. Biar jadi botak!
Violet memaut lengan Nyea.Pada awalnya Nyea membantah dan akhirnya dia akur. Dia mengikuti Violet sampai ke kelas.
"Tada! Ni coklat kau,"
Fyira muncul sebaik sahaja pintu kelas dibuka. Nyea memberi jelingan maut. Tanpa berkata dia merampas kasar coklatnya tadi. Dia mengatur langkah ke bahagian belakang.
"Uish, marah tu!" Violet menyilangkan tangan ke dada. Badan disandarkan pada tepi pintu. Fyira tergelak kecil.
"Ala... sekejap je,"
ASAP berkepul-kepul naik ke ruangan udara, telah menghalang penglihatan. Di sebalik asap itu pelajar lelaki dan perempuan sedang bertarung.
Pelajar-pelajar yang lain hanya duduk memerhati kerana menunggu giliran. Ini adalah kelas pertarungan iaitu di mana pelajar hendaklah bertarung sesama sendiri. Pelajar diberi pilihan untuk mencabar sesiapa sahaja yang dikehendaki.cJika tiada yang mahu mencabar, tenaga pengajar akan menentukan.
Violet menunduk ke bawah saat Aron menghayunkan penumbuk. Kakinya laju mahu memengkis kaki lelaki itu. Akan tetapi Aron lebih pantas bertindak. Violet hilang keseimbangan lalu jatuh terbaring.
"Okay! masa tamat! siapa seterusnya?"
Jerit seorang wanita berambut pendek seraya menepuk tangan. Kelas pertarungan ini berakhir apabila salah seorang jatuh ke tanah, yang jatuh automatik akan tewas dan pertarungan terus berakhir.
"Saya, Miss Anne..." sahut pelajar lelaki.
"Keith? kamu baru pindah ke kelas ini?" soalnya tidak percaya. Iyelah, Keith pelajar dari kelas ke satu. Jadi kira peliklah bila pelajar kelas atas tiba-tiba turun ke kelas lima.
"Yep, hehe saya... diturunkan sebab-" Keith berhenti dari bersuara. Kepala digaru perlahan.
"Nah, tidak perlu cerita. Jadi sekarang kamu mahu mencabar siapa di sini? " Miss Anne menyoal seraya tersenyum.
Keith meliarkan pandangan. Pelajar lain diperhatikan satu persatu. Tiba-tiba matanya tertacap pada satu mahkluk ni. Yeah, mahkluk tadi yang baru ditemui. Tak pasal-pasal mahu mengamuk! tidak sangka pula yang mereka akan sekelas.
"Dia." Jari telunjuk menunding ke arah gadis berambut kuning yang sedang sibuk berborak dengan rakannya. Semua mata beralih kepada mereka.
"Nyea? aku rasa kau dicabarlah," gumam Fyira perlahan. Dia mengerling mata-mata yang memandang mereka.
"Huh? aku kena cabar?" soalnya. Jari runcing ditunjuk ke muka. Tanda tidak percaya. Fyira mengangguk.
"Nyea Dylea, kamu yang seterusnya."Ujar Miss Anne, Nyea membalas pandangan Miss Anne. Matanya terkebil-kebil, tidak percaya lagi. Siapalah makhluk yang berani mencabar dia.
"Baik, Miss Anne..."
Anak matanya tiba-tiba terpandangkan pelajar lelaki berambut merah yang sedang tersenyum sinis. Nyea mengeluh perlahan lalu mengorak langkah. Sempat lagi dia menjeling pelajar tersebut. Rasa macam nak tumbuk sekarang je!
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasiIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...