Segelas minuman berwarna unggu pekat disua ke bibir. Cecair diteguk melepasi kerongkongnya. Rasa nikmat air itu membuatkan mata terpejam rapat. Rakus dia menelan seperti mahu hilangkan rasa dahaga.
"Ayahanda! Ada nampak bonda tak?"
Puteri bongsunya memanggil. Dia bersandar pada kerusi. Gelas pada tangan diletakan pada meja kopi. Victoria sudah tercegat sambil bercekak pingang.
"Bonda kamu mungkin berada di kebun bunga."
"Ayahanda minum?"
"Sikit."
"Ayahanda! Kenapa minum!" Victoria merampas botol arak yang mahu dicapai. Raja Virl memberi jelingan dari sisi.
"Anakanda jangan kacau ayahanda boleh tak!" dia merengus seraya membentak. Meja ditumbuk sehingga bergegar namun tidak mengetarkan puterinya. Victoria peduli apa. Mana dia takut.
"Fine. Tapi Victoria nak jumpa Calvin hari ni." gadis berambut merah jambu meletakan syarat. Tanpa menyempat Raja Virl mahu membalas Victoria terus beredar dari situ. Mata dikecilkan melihat kelibat puterinya yang makin menghilang.
"Putera Calvin ... bunuh atau? Ah, aku patut fikir apa nak buat dengan dia nanti." Ujar Virl tersenyum senget diselitkan sinis!
"Tuanku!" panggil pengawal manusia sambil berlari anak. Kemudian ia berbisik sesuatu ditelinga, Raja Virl. Si Raja menjongket kening ke atas. Senyuman sinis termati.
"Panggil dia masuk! Ehem!" arahnya seraya memperbetulkan suara pada kerongkong. Dia memperbetulkan sedikit duduknya. Rambut yang serabai diperkemaskan sedikit. Air muka berubah sedikit manis.
Tidak lama kemudian, Raja Willys muncul bersama wajah yang sungguh bengis!
"BONDA! Kenapa buat Nyea macam ni!" Nyea memekik sambil menghentak pintu biliknya. Tombol pintu dipulas berkali-kali. Dikunci! Dia dikurung dalam bilik! Sudah lama dia dikurung! Dia merajuk dengan bondanya, dan menodorng dia terlelap. Sedar-sedar pintu dikunci dari luar. Nyea mengaru kepala seraya menyadarkan tubuh pada dedaun pintu.
Kenapa mereka kurung Nyea? Apa salah Nyea! Sedangkan gadis itu cuma kata mahu ikut mereka semua pergi kerajaan pari-pari putih. Hanya sebab itu Raja Willys dan bondanya melarang keras sekaligus mengurung dia di bilik! Rasanya semua sudah berangkat ke kerajaan pari-pari putih termasuk Fyira juga yang ikut.
Si gadis meneguk air liur berkali-kali. Secara tiba-tiba dia rasa tidak senang. Tak sedap hati! Perasaan ini menyerang tanpa dia tahu apa puncanya. Mungkinkah ada perkara buruk yang bakal berlaku?
"Apa salah aku sampai kena kurung ni! Aku cuma nak ikut!" Nyea membentak. Dedaun pintu ditepuk sekuat hati sehinggakan telapak tangan menjadi merah-kemerahan. Sempat dia menerajang pintu itu sekali. Akhirnya dirinya yang dapat sakit. Ha!
Selepas itu, dia berjalan mundar-mandir. Rambut kuning dilepaskan tidak terikat sudah kelihatan serabai. Serupa orang gila pun ada. Sambil itu otaknya ligat berfikir dan mencerna cara untuk jalan keluar.
"Ergh! Tongkat magis! Kenapa aku bodoh ni ha? Asal aku tak guna je awal-awal tadi?" langkah termati, sekelip mata tongkat sakti sudah muncul pada tangan. Benda jernih itu diangkat merapati muka sebelum menghalakan pada pintu.
Pap!
Dedaun pintu terbuka luas dengan sendiri, lalu menghentam mukanya! Nyea jatuh terlentang ke belakang dengan kadar kelajuan yang cukup pantas kerana impak graviti. Kepala terhentak kuat pada lantai berjubin putih. Tergeliat Nyea di situ!
"Argh ... sakit ...." gadis itu meringkuk kemudian berguling ke kiri dan ke kanan. Perlakuannya seperti cacing kepanasan. Rasa perit di dahi bukan main! Semacam dihentak pada batu! Setelah rasa sakit menghilang, dia kembali berdiri tegak. Dia melangkah keluar akan tetapi dia kembali masuk. Pintu ditutup kembali.
"Tapi ... aku nak pergi macam mana?" dia melepaskan keluhan panjang. Raut wajah bertukar murung. Lupa yang dia sudah tiada sayap. Nyea termenung.
Alangkah idahnya ....
Jika setiap pari-pari diberi peluang kedua untuk tumbuh sayap kembali ....
Mampu terbang bebas seperti burung di dada langit tanpa segala halangan ....
Bahagia bukan jika diberi peluang kedua?
Nyea berharap. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Walaupun dia meletakan harapan setinggi gunung macam mana sekalipun, benda itu tetap mustahil!
Tongkat magis diletak pada riba. Dia menyulam jari seraya mengemam bibir. Dadanya berdebar. Memikirkan perasaan tidak senang hati di campur pula masalah dia yang mahu inginkan sayap!
Nyea tersentak di kala rambut depannya terhembus kuat! Sinaran putih memancar pada mukanya. Anak mata berwarna kuning terkebil-kebil melihat ribanya. Tongkat magisnya mengeluarkan debu-debuan perak!
Tidak semena-mena tubuhnya terangkat dalam keadaan terpinga-pinga. Bagaikan magnet, tongkat magis itu melekat pada tangan. Debu-debuan perak mengelilingi tubuhnya. Kemudian ia hilang dibelakang Nyea. Gadis itu jatuh terduduk di atas katil.
"Apa bendanya ...." terpejam matanya sebentar apabila terasa sakit yang mencucuk-cucuk di bahagian belakang. Jari runcing mengenggam cadar tilam sekuat hati. Tubuhnya mengeletar menahan rasa sakit yang teramat sangat!
Kulit seakan tersiat! Ngilu! Pedih! Air mata menakung pada tubir tembok tubir mata. Nyea mengetap gigi. Dia sudah tidak tertahan! Sumpah sakit ini bukan kepalang! Cecair merah meleleh jatuh mencemari warna cadar.
Dia tersentak! Terus sahaja dia meraba bahagian belakangnya. Dua bonggol aneh Nyea tersentuh, membuatkannya dia menjerit sakit! Tulang belakang ditarik-tarik keluar. Kulit terus menerus disiat!
Lantas gadis itu rabah dan jatuh dalam keadaan tertiarap. Dia tidak mampu bergerak lagi. Tidak larat! Tenaga pun seakan hilang! Dia longlai. Air mata sudah meleleh jatuh menuruni pipi.
"Nyea! Kenapa ni? "
Gerangan yang memangil namanya menerjah masuk ke dalam bilik. Suaranya juga kedengaran cemas. Kelopak mata gadis berambut kuning semakin memberat jatuh. Pandangannya menjadi kabur.
"Keith ...."
Hi! Maaf chapter ni pendek sikit. Okay tak part ni?🤔
Saya nak tanya korang ada instagram tak? Kalau ada meh follow ig : syuhada_ jangan risau saya akan followback nanti🤗
![](https://img.wattpad.com/cover/115254628-288-k80576.jpg)
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...