54. TAK LAYAK

4.9K 507 69
                                    

Satu persatu tentera yang mengawal istana rebah jatuh. Ia berlaku dengan pantas dan secara senyap pada waktu malam. Empat kelibat melintasi masuk.

"Aku jaga dekat sini."

"Bagus, kau awasi mereka. Kalau ada apa-apa cari kami. Dell!"

"Istana ni besar. Aku rasa lebih baik kita berpecah. Jika salah satu dari kita yang jumpa Nyea ... ingat terus bawa dia keluar dari sini."

"Okay!"

Berdesup mereka menceroboh masuk. Mereka berpecah dalam berbagai arah. Gerak geri mereka bagaikan bayang hitam. Sukar dikesan. Pantas dan cekap.

Keith mengeluh berat. Kepala digeleng perlahan. Penat dia menjelajah istana ini namun dia tidak menemui gadis itu. Manalah mereka sorokan.

"Tak akanlah tak ada!" Dia merungut.  Rambut merah diramas. Resah dia memikirkan pasal Nyea. Entah apalah yang jadi pada dia.

"Ini mesti kerja Calvin!" Keith mengetap gigi geram. Tangan mengepal penumbuk. Segala kemarahan terkumpul dalam hati. Dia dapat lelaki itu, dia akan pukul puas-puas. Tengoklah!

Langkah kembali diatur.  Tergesa-gesa dia berlari. Fikirnya mesti Nyea ada di situ. Mungkin gadis itu disembunyikan. Secara tidak sengaja dia menghentam sesuatu. Keith tersandar pada dinding. Si penghentam jatuh tertiarap. Keith menelan air liur.

"Camelia? Kau ke?"

Mendengar namanya dipanggil, si gadis berambut kuning mengangkat muka. Hidungnya merah bak badut dek tercium lantai jubin. Dia memaparkan reaksi terkejut melihat kehadiran Keith.

"Apa kau buat dekat sini?" bisik Camelia perlahan. Huluran tangan Keith disambut. Dia berdiri tegak.

"Nyea mana Nyea?"

"Oh, cari dia?" Camelia menyimpul senyuman.  Keith angguk laju menanti jawaban Camelia. "Aku dah bawak dia keluar dari sini." sambungnya lagi.

Keith memegang bahunya lalu mengocang perlahan." Bawa keluar? Ke mana? Bagitahu aku Camelia."

"Hey, sabar boleh tak?"

Lelaki berambut merah berhenti dari mengocang bahu Camelia. Gadis itu menghela nafas panjang. Mata meliar ke kiri dan kanan, setelah memastikan tiada pengawal di situ, dia menjungkit kaki lalu merapatkan muka pada telinga Keith. 

"Dia ada bersama Violet. Keith, tolong bawa dia pergi dari sini. Lari sejauh mungkin. Jika tidak dia akan lebih terseksa nanti."

"Lebih terseksa? Apa maksud kau?"

Camelia tersenyum kelat tatkala dia menjarakan muka dari Keith.

VIOLET meniarapkan tubuh temannya di atas katil. Nyea pengsan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Wajah pucat gadis berambut kuning direnung. Rambut disisirkan  sedikit. Raut wajahnya penuh dengan derita.

Pasti pelbagai derita yang menimpa gadis itu.  Dia terfikir pasti salah satu derita itu datang dari dirinya juga. Dia juga sudah menyakiti hati temannya itu. Hmm. Menyesal pun ada. Tapi semuanya sudah berlalu. Masa tidak dapat diundur. Kata gadis itu tadi, dia sudah memaafkan. Lega Violet mendengar.

Dia fikir tiada peluang untuk bertemu lagi. Dia fikir tidak punya kesempatan untuk meminta maaf buat selama-lamanya. Tiap hari dia ingin jumpa Nyea. Dan hari ini dia dapat bertemu setelah Camelia datang meminta bantuan. Lega sangat!

Violet berdiri tegak. Sweater yang dipakai oleh Nyea dibuka perlahan. Hatinya berdebar saat mendedahkan bahagian belakang. Air mata menitis mengenai kulit putih milik Nyea. Violet menekup mulut. Tidak percaya semua ini berlaku pada Nyea!

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now