Jaring perangkap menyerkup tubuh mereka. Sayap putih yang baru mahu mengibarkan sayap terbantut kerana ruang yang menyempit. Mereka terbaring. Jejaring perangkap menyukarkan untuk mereka bergerak. Setiap hujung penjuru mempunyai pemberat yang membenam ke dalam tanah.
"Calvin! Camelia!" pekik satu lembaga yang mendarat laju. Serentak itu tentera manusia terus melepaskan tembakan. Lembaga itu sempat mengunakan tongkat magis untuk membentuk perisai dinding. Peluru keluli menghentam perisai dinding tersebut. Berdetak-detak bunyinya bagai mahu retak! namun ia utuh untuk memberi lindungan.
Tembakan peluru memekik-memekik dan semakin mengila ditelinga mereka. Manusia tidak putus-putus menarik picu pistol dan senapang.
"Kyle? Apa kau buat dekat sini?" Calvin membuka soalan. Ya, sahabatnya sendiri yang telah datang menolong. Kyle cepat-cepat memutuskan tali jaring perangkap. Terus nafas dihembus lega. Camelia disebelah memeluk bahunya.
"Aku jalan-jalan sebenarnya ... kebetulan nampak puteri pujaan hati dekat sini." Lelaki berambut biru menyengih sumbing pada Calvin lalu beralih pada Camelia, sempat mata mengeyit pada gadis itu. Camelia menayangkan muka jijik.
"Tak guna. Kau nak try adik aku ke gila!" Calvin menyinga. Lelaki yang mahukan adiknya mesti kena langkah mayatnya dulu walaupun sahabat sekali pun! Sebab utama dia sayang Camelia sebab wajahnya seiras dengan bondanya. Sebab itulah dia sentiasa melindungi Camelia walaupun adiknya itu mampu untuk jaga diri.
"Okay! Aku gurau! Bertenanglah." Kyle mengosok belakang tengkuk. Dah agak dia mesti kena marah punya!
Tentera manusia masih lagi tidak putus-putus melepaskan tembakan. "Mana mereka ni?"
"Siapa? Kau bukan datang bersendirian ke?" si gadis membuka mulut. Kyle tersenyum tanpa menoleh. Mata tertacap pada sekumpulan manusia. Perlahan kepala mendongak ke atas.
Tiga pari-pari bersayap putih terbang berlegar-legar di atas kepala manusia tanpa mereka sedar. Manusia lebih fokus pada melepaskan tembakan sahaja. Tak sedar mereka diperhatikan dari atas. Tiga eekor pari-pari berlegar tadi, menjunamkan diri ke bawah dengan kelajuan serentak! Kepala manusia dipijak lalu memukul sehingga mereka pengsan.
"Semua okay?" Lilith bertanya sebaik sahaja berlari menghampiri. Luth mengikat tubuh tentera manusia mengunakan tali cahaya. Manakala Lessie mengutip beberapa senjata. Perisai dinding Kyle menghilang. Mereka semua menganguk sebagai balasan.
"Mari ke rumah aku." pelawa Luth dengan nada mendatar.
Calvin merebahkan diri ke atas sofa empuk dikala sampai sahaja di rumah bawah tanah Luth. Calvin meletakan kakinya ke atas meja. Berkerut wajahnya menahan rasa sakit. Darah yang menitis telah berhenti dan meninggalkan kesan. Apabila dia menyising seluarnya ke atas, terdapat kesan peluru menembusi kulit sekaligus membenam ke dalam betis!
"Kenapa mereka buat macam ni?" marah Calvin seraya menumbuk peha.
"Abang ... biar Camelia keluarkan benda tu dari kaki."
"Tak Camelia ... Biar aku yang buat. Kau berehatlah dulu." Lilith melarang sambil memegang tongkat magis lalu dihalakan pada kaki, Calvin. Lelaki berambut kuning mengerut dahi. Sebutir peluru tertarik keluar secara automatik. Darah pekat meleleh jatuh. Lilith membersihkan darah tersebut lalu membalut kaki Calvin dengan cermat.
Kyle menyandar pada sofa bertentangan dengan Calvin. Dia memerhati tanpa sebarang kata. Luth sudah lesap entah ke mana dia pergi. Lessie pula duduk di meja makan sambil menongkat dagu. Termenung.
"Angkara, Raja Virl?" Kyle bersuara memecah suasana yang hening. Calvin melepaskan keluhan. Camelia dan Lilith diam membisukan diri.
"Istana habis kena bakar dan aku rasa Raja Virl nak bunuh aku dan Camelia. Aku tak percaya dia bertindak macam ni." beritahu Calvin. Dia menyandarkan diri pada sofa. Mata terpejam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...
![Lagenda Si Pari-Pari [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/115254628-64-k506075.jpg)