38.RUN!

4.8K 426 19
                                    

Kakinya terketar-ketar. Jantungnya berdegup laju, mengempam oksigen. Dadanya berombak, cemas. Terasa lemah pula dia ketika ini. Air liur diteguk berkali-kali. Hatinya sudah tidak tenang.  Tidak tentu arah dibuatnya!

Pelajar lain berdiri menegak ditapak Colloseo. Kedudukan Nyea sekarang ini adalah di barisan belakang sedikit. Fyira disebelah juga turut terkena impak, dia risau melihat keadaan Nyea. Bahu gadis itu ditepuk perlahan. Nyea menoleh.

"Bertenang Nyea."

"A ... aku cuba tapi tak boleh."  ujarnya gugup.

"Cuba tarik nafas dalam-dalam."

"Tak boleh Fyira. Tak boleh. Aku takut." Nyea mengeleng laju. Jelas sangat di mata Fyira yang Nyea takut teramat sangat.

"Nyea tolong jangan nampak sangat yang kau takut. Mereka akan syak nanti."

"Huh? Okay aku cuba ...."

Nafas ditarik dalam dan perlahan dia melepaskan dengan tenang. Mata tertacap pada Dellson yang berdiri di tepi Colloseo. Nyea dipandang dengan kerutan di dahi. Kemudian, pandangannya beralih pada Anne , wanita itu hanya tersenyum kelat. Harez pula kelihatan tenang di sana.

Nyea menanti dengan penuh debaran di dada. Jantungnya bagai mahu terkeluar. Perasaan takut menyelubungi dirinya. Ia mencucuk-cucuk hingga ke tulang! Seorang lelaki berkepala botak  melangkah masuk ke Colloseo diiringi oleh beberapa tentera diraja. Keringat mula kelihatan menitis ditepi dahi Nyea.

Sebiji bola kristal dibawa terapung hingga paras dada lelaki itu. Tentera diraja berdiri di setiap tepi pintu Colloseo. Dari sisi, Fyira mencapai tangan Nyea lalu digenggam erat, ingin menyalurkan sedikit kekuatan.

Gadis di sebelah berbisik "Aku ada, Nyea ... mereka di sana pun ada. Kita sudah ada rancangan kan? " tuju Fyira kepada Anne, Harez dan Dellson. Tersenyum kelat dia membalas kata-kata Fyira.

Kehilangan posyennya sudah dimaklumkan oleh Nyea kepada mereka termasuklah Fyira. Jadi mereka sempat merancang sesuatu untuk melepaskan diri. Satu rancangan yang dianggap gila bagi Nyea! Dia tidak mahu pada awalnya tetapi tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa setuju.

Lelaki berkepala botak itu semakin hampir. Semakin dekat semakin jantung Nyea rasa mahu meletup! Setiap langkah diperhatian dengan rasa gugup. Pari-pari banyak sudah lepas dari pemeriksaan. Walaupun begitu, mereka tidak dibenarkan keluar dari situ sehingga semuanya telah selesai.

Kini, tiba giliran Fyira. Nyea sempat mengerling dari sisi bebola kristal terapung ke udara, ia berpusar laju tatkala menghampiri Fyira. Sekilas cahaya menyinari bebola itu dan beberapa imej terpapar di situ. Dia dapat lihat dari sisi yang bebola kristal itu memancarkan gambar bersiri kisah hidup Fyira!

Oh tidak! selepas ini adalah giliran dia! Lagilah dia tidak tentu hala. Nyea rasa macam nak lari sahaja sekarang! Boleh jadi gila dia di sini!

Namun begitu, Nyea cuba berlagak tenang. Lelaki kepala botak mencerlung tajam sebaik menoleh dan bertentangan mata. Dari riak wajahnya dia seperti mengesyaki sesuatu. Air liur diteguk laju melepasi kerongkong. Pandangan mata Nyea dilarikan ke tempat lain. Tidak mahu menatap wajah lelaki berkepala botak. Bebola kristal berpusar dengan laju lalu mengeluarkan cahaya putih.

"Nanti dulu kamu ...." Mata lelaki itu membulat seraya memandang tepat ke dalam anak mata Nyea.  Gadis itu bertambah gugup namun air muka dijaga supaya tidak terlalu ketara. Nyea diam membantu.

" Ya ... Aku jumpa kau ...." bisiknya perlahan, senyuman sinis terukir di bibir. Butir bicara itu bagai dentuman petir ditelinga Nyea. Dia tersentak!Kaki mengundur setapak ke belakang.

Serentak itu, tangan dicengkam kuat oleh lelaki tersebut. Alamak, dia tertangkap! Nyea merentap kasar tetapi cengkaman itu terlalu kuat dan erat.

"Kau tak boleh lari ...."

Fyira di sebelah pantas bertindak, kakinya dilibaskan tepat mengenai belakang betis. Cengkaman terlepas dan lelaki kepala botak jatuh menyembah tanah. Sepantas kilat Fyira mencapai lengan Nyea.

Dua gadis itu berlari meredahi pelajar lain. Suasana bertukar menjadi kecoh. Mereka merempuh segala yang menghalang jalan, tidak peduli lagi! Habis semua pelajar dirempuh. Sebaik sahaja keluar dari barisan, mereka berlari ke arah Anne.

"Nyea , Fyira cepat! Kita keluar dari sini!" Anne membawa mereka berdua menuju di sebuah pintu Colloseo di mana Harez dan Dellson sudah berada di situ. Kelihatan dua pengawal diraja sudah terbaring di situ.

"Tangkap mereka! Jangan bagi terlepas!" pekik lelaki berkepala botak. Kesemua tentera diraja bergegas mendapatkan mereka.

Langkah dilajukan selaju yang mungkin. Tanpa dia sedar kakinya tersadung lubang. Nyea jatuh terjelupuk. Fyira dan Anne terhenti dan kelam-kabut membantu Nyea bangun.

"Kaki terseliuh! Sakit!" adu Nyea.

"Nyea, naik belakang badan saya. Biar saya dukung!" Anne duduk melutut. Perlahan Fyira membantu Nyea naik ke atas belakang Anne.

"Kamu bertiga, sila berhenti! " arah salah satu tentera diraja. Mereka bertiga tidak mempedulikan arahan tersebut malah meneruskan kembali langkah.

Sesampai sahaja di pintu keluar, Harez terus mendekati Anne. Tubuh Nyea dicepung perlahan. "Dell, Anne halang mereka dari belakang. Dan kamu Fyira pastikan ikut saya!"  katanya sebaik sahaja melepasi pintu Colloseo.

Mereka dikejar dari belakang. Tongkat magis milik Anne dan Dellson tidak henti menghalang pengawal dari menghampiri mereka. Mereka berbalas-balas serangan.

Harez menghentikan langkah apabila sekumpulan tentera muncul dihadapan mereka. Dia mendengus kasar. Kali ini mereka dikepung dari arah belakang dan hadapan.

"Harez kenapa kau berhenti?" pekik Dellson di belakang. Sebiji penumbuk dihayunkan tepat mengenai kepala salah satu pengawal.

"Jangan banyak bunyilah! Baik kau tolong aku!" Anne menyiku perut tentera berbadan kurus. Pari-pari itu berganjak ke belakang lalu jatuh terduduk. Dinding lutsinar muncul menyekat laluan tatkala tongkat magis digunakan.

Sementara itu, Fyira hanya tercegat di samping Harez. Pengawal diraja semakin menghampiri. Dia berpaling ke sisi tatkala nama dipanggil oleh Harez.

"Lawan Fyira! Pergi!" arahan Harez membuatkan gadis itu tersentak dan begitu juga dengan Nyea dalam gendongan Harez.

"Tapi ...."

"Pergi ... Saya yakin kamu boleh tewaskan mereka semua."

Fyira mengangguk dengan rasa sangsi. Gila! Gadis itu rasa kekuatan dia tidak setanding dengan kekuatan tentera diraja! Apa Harez ni sudah gila?

Gadis itu lincah bertempur. Segala gerakan nampak tangkas di mata Harez. Satu persatu tentera diraja rebah. Dia tersenyum bangga. Dia tahu Fyira boleh. Nampak saja dia lembut tapi dia mahir dalam bertempur!

"Nyea, pegang saya kuat-kuat!" Harez bersuara sebaik sahaja tiba di halaman akademi. Fyira terapung ke udara setelah menjelmakan sayap.

"Ba ... Baiklah." balas Nyea gagap.

Tangannya merangkul erat leher Harez. Wajah lelaki itu ditatap buat seketika. Dari jarak dekat dia dapat lihat betapa kacaknya lelaki itu. Mukanya sungguh bersih tiada satu pun jerawat yang bertapak. Harez pari-pari yang sempurna. Tidak hairanlah jika ramai pelajar yang menaruh perasaan. Eh, menyempat Nyea ni!

Dellson dan Anne terbang laju menyaingi Harez di hadapan. Sekelip mata sahaja sudah berada di sisi. Anne sempat menoleh ke belakang. Tentera pari-pari putih masih mengejar mereka malah semakin banyak!

"Mereka bertambah banyak!" beritahu Anne dengan nada cemas. Harez hanya diam sesaat seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Dell, kau ambil budak ni. Lepas itu pergi bawa dia jumpa Kyra! Biar aku uruskan mereka." Nyea diserahkan pada Dellson. Gadis itu hanya terkebil-kebil tatkala dia bertukar tangan.




Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now