Dia duduk seorang diri di meja cafe. Tangan sebelah memegang bar coklat besar. Dia kelihatan sunggul pada waktu ini. Mata tidak lepas memandang dua sahabatnya yang duduk jauh dari meja. Coklat disua ke bibir lalu mengigit sedikit. Tak ada selera pula dia hari ni. Coklat pun tak habis dimakan, selalu sekelip mata dah lesap!
Seseorang mencuit bahunya dan Nyea tidak menoleh."Kenapa dengan kau ni?" ujar Keith tiba-tiba duduk bertentangan dengannya. Kedua belah tangan mengongkat bawah dagu. Terkebil-kebil dia memandang Nyea.
Gadis itu hanya pandang tanpa ada perasaan. "Jangan kacaulah bodoh ... Fikir comel buat muka macam tu?" Tangan diangkat lalu menghayun menganai kepala lelaki berambut merah. Terpaling muka Keith ke sisi.
"Hei! Apa ni? Kalau ya pun perlu ke pukul aku?" kata Keith dengan nada tidak puas hati.
"Ha, perlu. Kalau kau memang aku akan buat."
"Aku bukan tempat untuk lepaskan marah!" mata merah merenung tajam. Tak pasal-pasal dia kena. Apa salah dia?
"Diamlah!" Nyea membentak. Tiba-tiba lehernya dipeluk dari sisi lantas dia memusingkan muka.
"Hei ... hei ... apa ni gaduh-gaduh?" ujar Lesie mengeratkan lagi rangkulan kepala Nyea. Lemas dia di celah ketiak gadis itu!
"Dari tadi kami perhatikan, kenapa masam je muka kau?" Lilith mencubit kedua belah pipi Nyea. Menjerit dia dikerjakan pasangan kembar itu! Lesie dan Lilith ... diikutkan perangai Lesie lebih kebudak-budakan dan berbeza dengan Lilith yang matang sikit.
"Argh! Apa ni? Berhentilah!" Nyea menepis tangan Lilith tetapi apabila mahu mengalihkan tangan Lesie dia tidak mampu kerana semakin erat. Nasib ketiak wangi! Lilith hanya mengekek ketawa dan Keith tersengih sumbing melihat, Nyea.
"Hallo, semua ...." tegur Kyle baru tiba seorang diri. Kelibat Calvin tidak nampak, Camelia apatah lagi. Luth hanya lalu di kawasan itu kemudian lesap entah ke mana.
"Aik, mana sahabat sejati kau?" Balas Lilith sudah duduk di kanan Nyea. Lesie dengan selamba badak mencapai coklat Nyea lalu mencubit masuk ke mulut. Nyea sudah melemparkan pandangan membunuh!
"Ah, dia ada hal. Aku datang ni nak panggil kamu semua. Ada sesuatu yang nak dibincangkan." Kyle menyisir rambut biru ke belakang. Sempat lagi dia mengenyit mata kepada Fyira tetapi gadis itu buat tidak layan.
"Wah, siapa perempuan tu? Sombongnya!" Kyle memuncungkan bibir ke hadapan. Mereka semua menoleh termasuk Nyea. Sedar diri diperhatikan, Fyira dan Violet turut memandang mereka. Sempat mereka bertentangan mata dengan Nyea sebelum beredar dari situ.
"Nyea kau kenal ke?" tanya Kyle lagi. Nyea hanya diam membisu.
"Ah, sudah tentu dia dan aku kenal! Kami satu kelas!" cantas Keith laju bagi pihak Nyea.
Gadis itu bangkit dari tempat duduk. Coklat kepunyaannya pada Lesie dipandang."Ambil je Lesie. Aku nak pergi tandas." ujarnya dingin.
"Nyea jangan lupa lepas ni pergi ke bilik kelab!" pesan Kyle.
Dia mengorak langkah menuju ke tandas. Hatinya sedih apabila terkenangkan kelakuan Fyira dan Violet hari ini. Kenapa dengan mereka? Apa salah dia? Atau ....
Nyea menghentikan langkah. Peluh dingin merintik pada dahi dilap perlahan. Jantungnya berdetak laju. Serentak itu otaknya ligat berfikir sesuatu.
"Tak mungkinlah! Mesti ada sebab lain ni." kepala digeleng beberapa kali. Dia menolak dedaun pintu tandas. Kemudian dia menuju ke singki. Mecurah-curah air apabila dia membuka paip singki. Dia merenung dirinya yang dalam cermin. Lama dia begitu.
Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi derapan tapak kasut berjalan menghampiri tandas tersebut. Ia disertakan suara budak perempuan berbual-bual sambil tergelak besar. Suara itu seperti dia kenal! Sepantas kilat dia berlari masuk ke dalam tandas.
"Violet ...."
"What?"
"Kau tak rasa serbersalah ke buat dia macam ni?"
Nyea menyepikan diri. Dia bersandar pada pintu lalu memasang telinga. Hatinya berdebar-debar menanti sambungan bualan tersebut.
"Dia salah atau kita yang salah? Terang lagi bersuluh Fyira ... kita nampak dengan mata sendiri!"
Hati Nyea bagai dipanah dengan petir. Kata-kata Violet membuatkan dia terkedu. Bukankah mereka sudah dipadam memori? Kenapa boleh macam ni? Kenapa mereka tidak!
"Hmm ... memang tapi dia sahabat kita." suara Fyira kedengaran lirih di telinga Nyea.
Fyira meraup muka sebanyak dua kali. Serentak itu perut dia bergelodak, Nyea mengerut dahi. Kedua belah tangan menekan perut.
"Aku cuma terkejut dan kecewa sebab ...." kata-kata Violet tergantung. Nyea pula bergelut dengan perutnya yang mula meragam! Ada gas yang mahu meletus keluar! Dan dia tidak tertahan!
Puf!
"Ew! Siapa kentut!" jerit Violet.
"Argh! Busuk gila! Violet, jom kita pergi!"
Sementara itu Nyea ... sudah selamat melebur dalam mangkuk tandas. Walaupun, lega di perut dia tetapi tidak puas hati! Tak sempat nak mendengar habis perbualan mereka tadi! Potong line betullah. Masa ini nak sakit perut, masa nilah nak terkentut bagai!
Apabila dia keluar, Victoria pula melangkah masuk. Dia cuba berlagak selamba, anggap musuh ketatnya tidak wujud di situ.
"Hi," Victoria tersenyum sinis. Nyea mencuci tangan tidak mengedahkan langsung. Perlahan dia menutup paip air. Kemudian, dia mengorak langkah.
"Sekejap ... sekejap ...." Victoria menghadang jalan Nyea. Gadis berambut kuning hanya menjeling tajam.
"Apa kau nak?"
"Sorang je ke?"
"Ha, tak ... kau ada! Jadi aku bukan keseorangan di sini!"
"Ugh, maksud aku ... Mana kawan baik kau tu? Selalu ada dekat luar tak pun ikut kau masuk sini sekali." kening terjongket ke atas. Bibir tidak lekang dari tersenyum sinis.
"Boleh tak jangan sibuk hal orang? Apa masalah kau sebenarnya ni?" balas Nyea mendatar.
"Kejap ... biar aku teka!"
"Tepilah!" Nyea mula naik angin!
"Kau orang gaduh? Hahahahaha!" Victoria meledakan tawa. Nyea sudah mengenggam penumbuk! Geram saja dia tengok!
Baju Victoria ditarik kasar lalu menghempaskan ke dinding. Gelak tawa Victoria sudah lenyap, terkejut dia dengan tindakan Nyea itu. "Boleh tak kau jangan kacau hidup aku? Boleh tak!" gigi diketap geram. Segumpal penumbuk diangkat ke atas . Rasa marah membara bagai api menjulang tinggi.
"Nyea!" Suara bergema, pergelangan tangan dipegang erat oleh seseorang. Nyea memalingkan muka ke sisi.
"Camelia?"
"Kenapa ni Nyea? Jangan layan pari-pari gila ni, jom!" Ujar Camelia seraya menurun perlahan tangan Nyea.
"Aku jumpa kau nanti ... Aku akan pastikan kau rasa penumbuk aku!" Nyea memberi arahan keras. Camelia menarik tangan Nyea supaya keluar dari situ.
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...