"Nyea! " lelaki bermata merah kaget. Pemadangan kamar yang selalunya ceria kini penuh dengan darah si gadis. Dari kain cadar turun ke katil dan lantai berjubin! Darah membuak-buak keluar! Nyea sudah tidak sedarkan diri. Tergelam bersama lopak merah dagingnya sendiri.
Sepasang sayap tersemat indah pada belakang Nyea meskipun masih segar dengan darah. Jelas. Dapat dilihat keajaiban ini dengan mata kepalanya sendiri bagaimana sayap gadis itu membesar dan mengembang. Nyea kelihatan sungguh sakit! Nampak sangat gadis itu terseksa dan merana. Tapi bagaimana sayap boleh tubuh kembali? Kewujudan tongkat magis Nyea yang lain daripada yang lain? Macam mana benda ini boleh berlaku semua ini sedang berirama dalam fikirannya.
Keith mendekati katil Nyea. Gadis itu tertiarap lemah. Wajahnya pucat lesi dan tidak bermaya. Perlahan dia memaut lengan. Dia memperbetulkan sedikit posisi Nyea. Sayap putih dan hitam tetap sama seperti dulu. Cuma bezanya kali ini ialah sayapnya bukan lagi sebelah hitam sebelah putih. Debuan perak menghiasi sayap gadis itu. Ia berkilat!
Darah melimpah-limpah sedari tadi kini sudah bersih dikala Keith mengunakan tongkat magisnya. Pandangan mata bertukar redup. Sekali lagi wajah Nyea ditatap. Dalam. Helaan nafas lemah jelas didengari.
"Kesiannya kau ...." ujarnya seraya mengalih anak rambut Nyea ke cuping telinga. Jari kasar beralih pada pipi yang memucat. Bibir putih kebiruan dilap mengunakan ibu jari.
"Aku harap kau bersabar. Ini semua sementara. Satu hari nanti akan aku beri kau kebahagiaan." Keith tersenyum manis. Kemudian dia berbaring di ruang sisi Nyea yang sedia kosong.
Keith merenung ruang atas tanpa berkelip.
Sepatutnya dia berada di sana bersama mereka. Sudah separuh perjalanan dia kembali berpatah balik kerana teringatkan Nyea berseorangan. Keith mengiring ke kiri. Lengan diselitkan bawah kepala. Tak sampai hati pula dia lihat Nyea bersendirian di sini.Nyea sering berkata mahukan sayap kembali. Tiap-tiap hari mesti ada sebut. Sampaikan tahap , Nyea ada meracau. Tidak semena-mena dahi berkerut. Biji mata merah tertacap pada Nyea. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu!
Keinginan yang kuat!
Sesuatu yang mustahil berlaku akan terjadi jika si pari-pari terlalu inginkan keajiban. Benda ini ada tapi, ia sungguh jarang berlaku. Banyak telah mencuba tetapi tidak membuahkan hasil. Mereka kebanykan terus berputus asa. Sehinggakan mereka menganggap ini hanyalah sebuah mitos.
RATU Andora diiringi Rain dan angkatan Alpha yang lain. Ketibaan mereka di kem pari-pari putih, telah menarik perhatian. Pelbagai reaksi yang mereka dapat. Dari segi pandangan pelik, jelik dan ketakutan semua dilemparkan pada mereka . Namun begitu si pari-pari hitam tidak menghiraukan pandangan sama sejenis tetapi lain puak itu.
Tanah berdebu hitam, berterbangan ke ruang udara dikala mereka berjalan mengikuti langkah Luth. Mata Andora melilau ke kiri ke kanan. Terdapat kesan tapak rumah hangus dibakar. Asap hangit mencucuk-cucuk dua lubang hidung.
"Hey! Pari-pari hitam!" suara keras menerjah diiringi balingan sebiji batu. Tiara Andora terpelanting jatuh ke tanah. Cecair merah meleleh turun dari atas kepala. Andora tergamam seketika dengan serangan mengejut itu! Akibat itu, Rain mengangkat senjata diikuti pasukan Alpha yang lain, Ratu Andora dilindung rapat.
"Bodoh! Pari-pari hitam bodoh! Bukan sepatutnya kau dah mampus ke! Apa kau semua buat di sini!"
Andora mengangkat wajah. Sekumpulan lelaki sudah terpacak, kira-kira lima puluh tapak di depannya. Masing-masing memegang batu sebesar penumbuk. Mimik wajah mereka seperti singa yang kelaparan! Mata mereka tajam menikam pada puak pari-pari hitam. Sebijik batu lagi dibaling oleh salah seorang dari mereka. Mujur balingan itu dapat ditangkis oleh, Harez.
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...