25. HUTAN VOORSE

5.8K 465 4
                                    

Angin menderu kuat tatkala dia terbang membelahi udara. Hutan simpan Voorse menjadi tatapan mata. Sayap putih miliknya kelihatan besar berbanding pari-pari lain. Memang begitu sayapnya, dari kecil lagi. Pada mulanya pari-pari lain agak hairan, tetapi semakin lama mereka sudah tidak peduli lagi. Mungkin itu adalah keturunan.

Mata tidak lepas dari memandang hutan yang menghijau segar. Pokok-pokok sekeliling semuanya nampak besar tidak kira dari segi saiz serta ketinggian. Penghuni hutan tersebut hidup bebas. Yang merangkak dan berjalan ... semua merayau tanpa sekatan. Yang terbang ... menerawang bebas ke udara!

Dia menoleh ke sisi, apabila merasakan ada yang mendekati. Lelaki mempunyai rambut sama dengan warna dirinya tersenyum.

"Nyea, laju sangat awak terbang." tegur Calvin.  Gadis itu memperlahankan kelajuan sayap. Dia terbang menandingi Calvin.

"Laju ... cepat sampai lagi bagus." balas Nyea seraya memusingkan badan. Dia memandang pari-pari dibelakang sekejap. Nyea tersenyum kelat membalas senyuman Calvin.

Seramai tujuh puluh tujuh pari-pari menyertai aktiviti perkhemahan ini, termasuk ahli elite. Calvin dan Nyea menjaga di barisan hadapan manakala Kyle dan Lilith berada di tengah-tengah. Di belakang pula, Keith, Lesie dan Luth. Camelia pula tidak dapat menyertai kerana tidak sihat.

" Saya nak tanya sesuatu boleh?" Calvin menyoal perlahan. Gadis itu mengerutkan dahi seraya menoleh.

"Ha ... what?" soal Nyea balik. Muka Nyea kelihatan berpeluh-peluh. Wajahnya juga pucat! Sayapnya semakin perlahan bergerak. Calvin yang melihat terus melupakan niatnya untuk bertanya.

"Awak okay?"

"Hmm ... okay." balasnya sangat perlahan tetapi Calvin dapat dengar. Tiba-tiba sayap Nyea berhenti dari bergerak, kepalanya tertunduk ke bawah sebelum dia jatuh menjunam. Calvin mulai cemas!

"Nyea!" terus lelaki itu terbang menjunam ke bawah untuk menyelamatkan Nyea dari terhempas jatuh. Calvin mencapai tangan, dan cepat-cepat mencempung badan kecil gadis itu.

"Nyea! Awak tak sihat ke?" soalnya sedikit panik. Mata Nyea sudah tertutup rapat. Pipi pucat disentuh, terasa hangat meresap ke dalam kulitnya!

"Calvin! Kenapa dengan Nyea?" Kyle berkata sebaik sahaja menghampiri.

"Cari kawasan. Kita berehat sebentar."

"Tapi ...."

"Cepat Kyle!"

Kyle menurut arahan, Calvin. Kawasan rehat berdekatan dicari. Perjalanan mereka baru separuh jalan dan lagi beberapa jam ia sudah sampai ke lokasi. Mereka terpaksa berhenti seketika kerana keadaan Nyea begini. Gadis itu pengsan tidak sedarkan diri.

Keith meraup wajah sebanyak dua kali. Nyea tersandar pada pangkal pokok dilihat sekejap. Lilith menyentuh dahi Nyea, terasa panas bagai air mendidih!

"Aku rasa ni semua pasal semalam." Keith membuka langkah ke hadapan tetapi belakang baju ditarik kasar. Tersentak Keith! Lalu dia berpusing. Sebiji tumbuk dihayun dari sisi, pantas dia mengelak.

"Kau buat apa dekat dia sampai dia jadi macam tu!" ujar Calvin kasar. Mata tajam tepat memandang bagai mahu membunuh.

"Eh, kejap! Dengarlah dulu." membulat Keith melihat Calvin menghayunkan penumbuk sekali lagi! Dia menundukan kepala ke bawah. Serangan Calvin tersasar. "Dia main hujan petang semalam. Aku dah marah, dia tetap degil!"

"Bertenang Calvin! Dia cuma demam bukan?"  Kyle memegang bahu lalu menepuk perlahan. Calvin menghela nafas berat sebelum menarik nafas dalam. Genggaman penumbuk dibawa turun. Kata maaf diucapkan kepada Keith. Tiba-tiba sahaja dia melenting. Buat seketika keadaan menjadi sunyi.

"Mr. Dell  mana? Mereka tak sampai lagi ke?" Keith menyoal memecah kesunyian. Kelibat Harez juga tidak nampak manakala Anne tidak dapat mengikuti aktiviti perkhemahan ini. Sebentar tadi Harez dan Dellson yang mengarahkan bergerak dahulu kerana mereka ada hal. Hal apa? dia sendiri tidak tahu.

"Mereka akan sampai. Tapi lambat." Balas Lilith. Kain sapu tangan miliknya dibasahkan dengan bekalan airnya lalu dia meletak perlahan ke atas kepala Nyea.

Kyle berjalan menghampiri Lesie yang sedang bersandar pada pokok sambil meneguk botol minuman. Calvin duduk meningung di sisi Nyea. Wajah Nyea dipandang lama.

"Teruskan atau bawa dia pulang?" Lilith memandang Calvin. Kelihatan lelaki itu sedang berfikir sesuatu.

"Aku bawa dia balik." celah Keith seraya mengaru kepala yang tidak gatal. Calvin menjeling sekilas. Baru sahaja dia mahu membuka suara, Nyea sudah sedar. Mata dicelikan sedikit.

"Hmm ... Tak, kita teruskan. Aku tak nak balik."ujar Nyea dengan nada sungguh perlahan. Redup mata dia melihat Keith.

"Awak pasti?"

"Ya, Calvin. Tak teruk ni. Nanti saya sihatlah ni." Nyea cuba menyakinkan mereka. Walau macam mana sekalipun, dia tetap nak sertai. Inilah saat yang dia nantikan! Adakan aktiviti bersama kawan, menerokai hutan dan berseronok! Lagipun, mereka sudah separuh perjalanan, tak akan nak berpatah balik? Nyea memang tak suka jalan sampai separuh. Mahu tidak mahu mereka terpaksa akur dengan kehendak gadis itu, tetapi penglibatan Nyea akan dihadkan.

BERPINAR-pinar kepala dikala dia membuka mata. Kepala seakan terasa dicengkam dan dicucuk dengan jarum! Perlahan dia bangun dari pembaringan lalu duduk. Tangan diletakan pada dahi, terasa hangat! Rambut panjang disisir ke belakang. Kepala diangkat.

Keadaan sekeliling diperhatikan. Dia berada dalam khemah besar menempatkan tiga hingga empat orang. Cahaya lampu gas menerangi khemah tersebut. Mata tertarah pada sisi, ada beberapa barang diletakan di situ seperti botol air dan beg pakaian serta botol ubat. Tapi milik siapa? Mata meliar lagi dan kali ini pakaian seragam miliknya menjadi tatapan mata. Dia berkongsi khemah dengan siapa? Ketika bertolak mereka tidak beritahu apa-apa pun.

Siapa punya kerja ni! Rajin sangat sampai tukarkan pakaian dia? Sweater putih berlancana akademi ditarik. Ada perkataan elite di situ. Satu bayangan dari luar melintasi disisinya. Gadis itu terkejut dan berganjak sedikit. Air liur diteguk perlahan. Selimut dipegang erat sambil melihat bayangan itu berjalan.  Nyea sudah terkebil-kebil. Hatinya sudah meneka-neka siapa diluar.

Bayangan itu berhenti dihadapan pintu khemah. Datang lagi satu bayangan! Ah ada dua pula? Dia menanti dengan penuh debaran. Nak bersuara, dia memang tidak larat kerana sakit tekak. Jadi dia hanya berdiam diri. Suhu badan terasa semakin meningkat. Rasa menyesal pula dia main hujan semalam! Saat khemah ditembusi oleh seseorang, langsung dia kembali pengsan.

"Lesie tolong tengok-tengokan Nyea. Aku ada benda nak buat ni,"

"Baiklah kakak sayang. Jangan pergi dating lepastu itu tak balik khemah sudah!" seloroh Lesie selamba. Si kakak menunjal kepala adiknya dengan rasa tidak puas hati. Ada saja nak mengusik!

"Aku nak pergi periksa pari-pari lainlah,"

Lesie menarik muncung sedepa.
" Bergurau pun tak boleh," tangan disilang ke dada. Lilith dimuka pintu khemah hanya menjengkilkan mata. Huh, nasib baik adik kesayangan!


Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now