Mulut tidak berhenti dari batuk, mengeluarkan air yang tertelan. Dada terasa amat sakit dan sesak. Mata terbuka luas. Nafasnya tidak teratur.
Pandangan pertama yang dia nampak ialah lelaki bermata biru, kemudian beralih kepada Keith dan Calvin. Dia terdiam.
"Fyira, kau okay?" Calvin menyoal memecah kesunyian yang melanda. Gadis berambut pendek perlahan duduk. Rambut hadapan disisirkan ke belakang. Dia mengigil kesejukan.
"Ma ... mana Nyea?" soalan dibalas soalan. Lilith datang membawa sehelai tuala lalu melilitkan ke tubuh Fyira. Tadi dia ada ternampak Nyea yang terjun. Tapi batang hidung Nyea tidak nampak pula.
"Kami tak jumpa. Keith sedang cari," balas Calvin perlahan. Dia menoleh ke sisi. Air sungai mengalir deras dipandang dengan rasa risau.
Mereka hanya berjaya jumpa Fyira sahaja manakala Nyea masih tidak dapat dikesan. Ini pun Kyle yang selamatkan.
Luth menutup buku notanya. Riak wajahnya sungguh tenang. "Laporkan kepada Mr.Harez. Kita sambung pencarian esok." dia berkata pada Calvin. Lelaki itu membalas dengan pandangan terkejut.
"Apa? Tapi Nyea masih tak jumpa!"
"Sungai itu dalam. Lagipun hari sudah gelap. Lagi bertambah bahaya kalau kita teruskan."
"Hmm ... Betul kata Luth. Kita cari Nyea besok. Hutan Voorse bukan sebarang hutan," celah Lesie.
Tiba-tiba otak mengibas memori semalam. Wuish, seram gila! Terus tak berani duduk lama-lama dekat luar! Meremang bulu roma dia!
Lilith memeluk bahu Fyira. Perlahan dia membantu untuk berdiri. Gadis berambut pendek masih menggigil menahan sejuk. Bibir Fyira habis pucat. Mereka yang lain tercegat menanti Keith.
"Aku ... tak jumpa, Nyea. Dia hilang." Katanya kendur. Keith nampak kecewa dan sedih. Nafas ditarik dalam. Rambut merah disisir ke belakang. Air menitis-nitis jatuh dari baju ke tanah. Basah lecun.
"Kita sambung cari besok." arah Calvin sebagai ketua. Yang lain hanya mengangguk tanpa bersuara. Keith tidak setuju tetapi dia akur juga.
Fyira kehilangan kata-kata. Mulutnya terkatup rapat. Dia sebenarnya mahu membalas tetapi sudah tidak terdaya. Mahu sahaja dia gesa supaya cari sampai dapat!
Dari jauh ada seseorang sedang memerhati. Tangan diletakan pada pokok disebelahnya. Mata terus memandang hadapan. Dia menguntum senyuman sinis. Siapa lagi kalau bukan musuh Nyea?
"Baguslah kau mati!"
KEDENGARAN rentak tapak kaki kuda menghiasi suasana sunyi sepi dikawasan tersebut. Ranting kayu dipejak kasar. Ia seperti si pengungang dalam keadaan tergesa-gesa seakan dikejar oleh sesuatu!
Bunyi hentaman berlaku, diselangi cahaya. Asap berkepul-kepul naik ke udara. Tidak lama kemudian, pokok mulai tumbang. Dia mengenggam tali kuda lalu menghentak kaki. Kuda tersebut memancut ke hadapan. Sambil itu dia menoleh ke belakang.
Berbekalkan cahaya bulan biru, dia dapat melihat kelibat sesuatu mengejarnya dari belakang. Kepala bertanduk seperti akar pokok. Matanya dan hidung berapi menyala. Api tersembur keluar tatkala mulut terbuka.
"Lagi seekor Grim!"
Dia berdiri di atas kuda. Pedang ditarik. Aura api melilit keluar dari tangannya dan menyelaputi pedang. Baju kerudung ditarik menutupi muka. Kaki ditujah seraya pedang dihala ke sisi.
Grim tersebut melibas tangan. Dia sempat mengelak dan dapat mencantas sebahagian lengan Grim. Kaki berpijak pada separuh lengan yang terputus.
Dia berlari hingga ke bahu. Sebelah tangan Grim masih elok dihempas ke arahnya. Dia memusing, pedang digenggam dan api semakin memarak keluar. Lantas sebelah lagi dicantas.
Suara Grim memekik mengegarkan hutan. Ia menjerit sakit! Mulut tersembur-sembur tatkala tergangga. Mata semakin menyala!
Dahi Grim menjadi sasaran utama. Ia adalah titik kelemahan bagi gegarsi tersebut! Sepantas kilat kaki melangkah.
Dia melompat lalu pedang berapi ligat berpusing sebelum dilemparkan tepat mengenai dahi. Sekali lagi ia memekik. Tubuhnya merekah seperti lava api dan bertukar menjadi asap hitam.
Serentak itu, tanah bergegar kuat. Bunyi pokok tumbang kedengaran jelas ditelinganya. Derapan tapak kaki seakan banyak menghampiri. Dia mengelongsor turun dari belakang Grim.
BAM!
Segerombolan Grim menyerbu. Dia tersentak dengan kehadiran makhluk tersebut. Tubuh terpelanting dek rempuhan Grim tersebut. Dia terhentak pada kayu, lalu jatuh ke tanah.
"Tak guna! Panggil kaum kerabat pula!" bentaknya geram. Nafas dihembus kuat. Lengan kiri terasa sungguh pedih, semacam tulang patah!
Perlahan mengulingkan badan ke arah semak. Dia bersembunyi buat seketika. Saat ini dia tidak boleh bertarung kerana cedera. Tunggu Grim tersebut beredar baru dia akan keluar.
"Psttt!"
Dahi dikerutkan apabila terdengar bunyi sesuatu. Mata meliar ke kiri dan ke kanan. Tak akan Grim pula buat bunyi macam tu?
Tiba-tiba ada sepasang tangan menekup mulutnya dari belakang. Mahu sahaja dia menjerit tetapi mulut terkunci rapat. Dia menoleh ke belakang, mahu melihat pemilik tangan tersebut.
"Akulah ...." suara halus berbisik.
"Rena! Kau buat aku terkejut!" ujarnya sebaik sahaja gadis itu mengalihkan tangan. Rena mengutum senyuman.
Mereka sebenarnya terpisah ketika dalam perjalanan balik ke pusat pertahanan. Dia dan Rena mencari orang-orang yang masih hidup dan selamat. Setakat ini mereka belum berjaya menemui sesiapa pun lagi.
"Ikut aku, kita pergi jauh dari sini." tangan lelaki itu dicapai lalu dia mengengam erat. Lelaki itu hanya menurut tanpa sepatah kata.
Tiba di sebatang sungai mereka berhenti untuk berehat. Kuda coklat gelap terikat kemas pada pokok.
"Ryan, kau ada tercedera ke?" Rena menyoal. Lelaki itu hanya tersenyum kelat. Air sungai mengalir lesu dipandang dengan rasa kosong.
"Sikit je."
"Sikit ... Hmmm?" tanpa berfikir panjang, lengan kiri Ryan ditolak kasar. Menjerit Ryan menahan sakit. Bertambah teruk adalah!
"Aku rawat. Nanti lagi teruk!"
"Perlahanlah, Rena! Jangan kasar sangat!" Ryan memberi peringatan. Rena hanya tersengih seperti kerang busuk.
Setelah selesai merawat, Rena meleraikan tali kuda kemudian dibawa mendekati sungai dan dibiarkan bebas di tebing. Ryan sedang duduk meningung, mencuci muka. Fenomena bulan biru dipandang sepi.
"Eh, apa tu?" Ryan bersuara memecah kesunyian. Dia bangun dari duduk meningung. Muka diraup perlahan.
"Apa? Apa kau nampak?"
"Ada seseorang dekat situ. Sekejap aku pergi tengok." balasnya, lantas dia berlari menuju ke celahan batu besar. Rena mengejar dari belakang.
Bawah cahaya bulan, kira-kira dua puluh tapak dari mereka berdiri ... seorang gadis tersadai lemah tidak sedarkan diri. Rambutnya menutupi keseluruhan muka. Rena mengaru pipi yang tidak gatal.
"Hidup atau mati?" perut Ryan disiku dari sisi. Dia menyeringai dek sikuan Rena yang tajam!
"Tak kisahlah hidup atau mati. Kita memang tengah cari orang bukan? Cepat kita dapatkan dia!" gesa Rena. Dia menolak badan Ryan supaya bergerak.
Ryan mencempung tubuh si gadis tersebut. Langkah diaturkan dengan penuh berhati-hati. "Er ... Rena, aku rasa macam pernah nampaklah dia."
"Hah? Siapa?"
"Nyea?"
"What?!"
Okay, saya buat kerja gila😂 campak Nyea dekat situ lagi😑.

YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
Viễn tưởngIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...