"Eeei! Keith, apa kau buat ni!" Nyea terkejut beruk sebaik sahaja tersedar dari lena. Lantas dia duduk memeluk lutut sambil memegang selimut. Lelaki berambut merah masih lena.
"Hoi, bangunlah. Kenapa kau tidur atas katil aku pula ni!" kata Nyea dengan nada geram. Kaki dilunjurkan lalu dia mencuit tubuh Keith sedikit.
Terpisat-pisat lelaki itu mengosok mata. Kemudian dia mengeliat. Nyea yang sudah duduk tidak mengedahkan dia langsung. Mata gadis itu mencerlung tajam. Wajahnya bertukar merah padam. Sakit hati bila Keith buat tak tahu.
"Kau okay ke?"
"Apa benda? Aku ...." Nyea mengerut dahi seribu. Mengingati apa yang berlaku semalam. Kelam-kabut dia meraba belakang tubuhnya itu. Wajahnya berkerut-kerut.
"Kau kenapa? Sakit ke?"
Rasa sakit sudah hilang malah Nyea rasa agak bertenaga. Terus sepasang sayap dikeluarkan dari belakang. Debu-debu perak bertebaran memenuhi ruangan biliknya. Keith diam memerhati. Wajah Nyea berseri-seri dan amat teruja!
"Keith ... Ini bukan mimpikan? Ini sayap aku kan?" Nyea berdiri di tengah kamar. Sayapnya menapung tubuh di ruang udara. Pandangan Nyea dan Keith bertembung.
"Yeah ... Kau dapat kembali sayap kau. Tahniah!" balasnya seraya bangun berdiri. Kemudian dia mendekati, Nyea. Dia mendongak ke atas seraya tangan Nyea dicapai perlahan.
"Ha ye. Aku nak keluar dari sini." laju dia menarik kembali tangan dari Keith. Lelaki berambut merah tersenyum kelat.
"Tapi ...."
"Kau bagi atau tidak, aku akan pergi juga!"
"Nyea ...."
"Aku nak pergi sekarang."
"Bonda kau dengan Raja Willys tak bagi."
"Okay. Aku pergi sekarang." usai berkata Nyea terus menuju ke tingkap lalu dia membuka tingkap tersebut. Dia berdiri dibirai tingkap tanpa menoleh belakang.
"Nyea Dylea! Berhenti!"
Langkah Nyea terhenti dikala namanya disebut penuh. Gadis berambut kuning menoleh ke belakang. Dia tersengih sumbing melihat Keith berlari mendekati. "Bye, Keith." sempat dia melambai sebelum dia melompat dari tingkap.
"Nyea! Tunggu aku!" pekiknya dari tingkap. Sekelip mata sahaja Nyea sudah jauh terbang ke udara. Keith menayang muka bengang. Degil, suka bertindak sesuka hati Nyea ni.
Keith memanjat tingkap. Dia duduk bertingung dan mengeluarkan sepasang sayap hitam. Tanpa berlengah dia memecut laju jejaki langkah, Nyea.
DIA tersenyum sinis melihat tubuh seekor pari-pari putih terbaring dengan posisi menyiarap. Kepalanya basah dengan darah merah. Ia meleleh dari kepala turun ke lantai berjubin putih.
Dia jalan mengelilingi tubuh Willys lalu berhenti. Kaki dia letak di atas kepala Raja Willys. "Kau lupa kau di mana ... Ini tempat aku. Aku berkuasa di sini. Ceh, ada hati nak serang aku." katanya angkuh.
"Pengawal! Heret dia masuk penjara!" sempat dia menekan kepala Willys dengan kakinya. Pengawal tersebut menurut perintah. Kedua belah kaki Raja Willys dipegang lalu dia mengheret masuk ke dalam istana.
Raja Virl kembali duduk pada kerusi beranda. Baru sahaja dia bersandar, dia diganggu seseorang. Keluhan berat dilepaskan. Baru sahaja nak berehat ada saja yang ganggu.
"Ayahanda apa sudah jadi dengan kerajaan pari-pari putih?" soalnya perlahan. Riak wajah bersahaja ayahandanya dipandang. Terkejut besar dia tadi bila sampai ke sana. Habis istana yang kukuh selama ini terbakar. Bandar semuanya teruk! Tak dapat dia mencari, Calvin di sana.
"Entah ...."
"Ayahanda tak mahu lakukan sesuatu?"
"Biarlah bukannya hal kita."
"Tapi ayahanda dan Raja Willys ...."
"Sudahlah anakanda, ayahanda sakit kepala ni." cantas Raja Virl mengerut dahi seraya berpura-pura memicit kepalanya. Di situ Victoria sudah pelik. Mereka berkawan bukan? Tapi kenapa ayahandanya bersikap buat tak peduli?
"Ayahanda ...."
"Apa lagi ni?"
"Ini darah ke? Siapa punya?"
KAKI Keith menjejak tanah. Terus dia menoleh ke kiri dan kanan. Mencari kelibat si gadis. Namun begitu, dia tidak jumpa. Keith tidak berpuas hati lalu dia kembali mencari sehinggalah kelibat pari-pari yang amat dikenali muncul.
"Keith baru sampai?" Lelaki itu melemparkan senyuman.
"Ah, baru. Kau ada nampak yang lain ke?"
"Mereka ada. Jom ikut aku." ajak Kyle. Keith mengangguk setuju. Sambil-sambil dia berjalan dia melihat kelilingnya juga. Melihat keadaan bandar itu dan sekaligus menacari, Nyea. Sesampai sahaja rumah bawah tanah dia berniat Ratu Andora dicari terlebih dahulu.
Dia menjejakan kaki ke bilik bawah tanah tersebut. Mata tertacap pada Lessie yang sedang duduk termenung sambil menongkat dagu di atas meja makan. Entah apa dia fikirkan. Kemudian, dia beralih pada Camelia, Lilith dan Calvin di meja yang sama sedang berborak. Luth duduk di sofa sedang membaca buku. Mereka tak perasaan kehadirannya di situ. Mereka buat hal masing-masing.
"Hey, kamu semua kita ada tetamu." ujar Kyle. Semua beralih pandangan. Kyle memeluk Keith dari sisi. Lelaki berambut merah terkejut lalu dia menolak tubuh Kyle sebagai tanda dia tidak suka. Kyle mencebik.
"Hai Keith!" Camelia melambai tangan sambil menyimpul senyuman. Keith membuka langkah mendekati mereka.
"Mana Nyea?" Calvin membuka soalan terlebih dahulu dan soalan itu membuatkan Keith berkedut dahi. Air liur diteguk melepasi kerongkong. Sepatutnya dia yang ajukan soalan itu di sini. Kenapa pula terbalik ni.
"Aku sepatutnya tanya kau soalan itu. Mana Nyea?"
Calvin memandang Lilith di hadapannya dan Lessie dan Camelia juga berbalas pandangan sesama mereka. Kyle yang berdiri sudah menggaru kepala. Setahu mereka Nyea memang tak ada di sini.
"Apa kau merepek ni Keith? Ratu Andora kata dia tinggalkan Nyea bersama kau. Kau bertanggungjawab jaga dia di sana." marah Calvin tetapi dengan nada suara yang rendah.
"Jangan cakap yang dia lari dari kau." Harez menyampuk tiba-tiba. Keith diam sesaat memikirkan pasal Nyea yang tidak ada di sini.
"Tak ... dengar sini. Dia tak lari." Keith mengantung ayat. Rambut merah dipegang. Kelakuannya itu diperhatikan semua orang yang mahukan penjelasan dan jawapan. "Okay! Baiklah, dia lari. Tapi dia kata nak ke sini. Jadi aku pun cari dia dekat sinilah." jelas Keith risau. Aduh, apa dia nak jawab dengan Ratu Andora ni!
"Betul ke Nyea tak datang ke sini?"
"Tak." mereka menjawab hampir serentak.
Keith terdiam. Lidahnya kelu tidak terkata sekarang ini. Nyea hilang. Sepatutnya Nyea datang ke sini. Dia mesti ada di situ melainkan jika Nyea melencong ke tempat lain! Gadis itu mengubah laluan ke tempat lain! Tapi tak mungkin dia ke kerajaan manusia.
"Tak akanlah Nyea ke sini? Nyea mana ada sayap." soalan Kyle memecah kesunyian yang melanda. Semua setuju dengan kata-kata Kyle.
"Dia dah dapat kembali sayapnya. Aku lihat dengan mata aku sendiri."
"Ah, kau mengarut apa ni Keith? Sayap hanya tumbuh sekali. Tidak mungkin dia ada sayap balik. Benda itu mustahil!"
"Sumpah, dia memang dah dapat balik sayapnya!"
Merasakan situasi bakal bertukar menjadi tegang, Harez cepat-cepat mendekati Keith. "Dah, jangan bergaduh. Sekarang ini kita fikir pasal, Nyea je. Keith betul ke Nyea cakap nak ke sini."
"Ya, dia sendiri yang cakap lepas itu terus dia terbang tinggalkan aku. Aku tak sempat nak kejar dia. Dia laju tapi aku rasa dia mungkin dia menuju ke ...."
"Manusia?" Camelia mencelah laju.
Fuh, akhirnya dapat juga update cuti midsem ni😌 saya akui saya sendiri rindu Nyea jahjaf😂 okay tak chapter ni? Best ke?
YOU ARE READING
Lagenda Si Pari-Pari [ C ]
FantasyIni cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan tetapi adakah dia tahu asal usulnya? Darah puak pari-pari putih dan darah puak pari-pari hitam bersat...