59. MANUSIA

5K 473 53
                                        

Permata berwarna putih jernih memacarkan cahaya. Debu-debuan perak kilat bertebaran di tapak tangan Nyea. Mata yang melihat terus terpegun di situ.

"Aku seru tongkat, ke ... kenapa benda lain yang muncul." Nyea berkata dengan tergagap-gagap.

Permata putih tersebut menujah ke atas tanpa dikawal. Debu perak jatuh meninggalkan kesan kilau. Cahaya putih darinya telah berjaya membuatkan ke semua pari-pari berhenti dari melakukan apa-apa. Masing-masing mendongak. Terpaku.

Debu-debuan perak yang jatuh, mengeliling Nyea. Ia melilit dari kaki hingga ke bahagian betis. Semua memerhati tanpa sepatah kata. Nyea terangkat ke udara. Batu permata putih tersebut tiba-tiba memanjang. Semakin lama semakin panjang. Anak mata Nyea bergerak seiring dengan pergerakan permata putih yang memanjang. Akhirnya ia menampakan rupa. Tongkat magis jernih.

Tanpa disangka, tongkat magis tersebut melekap pada tangan gadis berambut kuning. Ia melekat seperti magnet. Nyea yang terapung diudara, terkejut. Terhinjut bahunya. Adakah ini tongkat magis miliknya selama ini? Bukankah dia punya kecil dan tidak berkuasa?

Nyea memandang ke bawah. Semua pari-pari memberi tumpuan kepadanya. Mereka semua sudah berhenti dari berlaga. Nafas Nyea tarik sedalam mungkin kemudian dia menghembus perlahan. Air liur diteguk berkali-kali. Apa ... apa yang perlu dia buat sekarang ini? Patutkah dia membuka bicara?

Tongkat magis hasil dari permata putih, Nyea renung buat seketika. Ada satu yang muncul dalam dirinya. Ia kuat! Terasa dirinya terpanggil-panggil supaya berbuat sesuatu untuk menghentikan peperangan ini. Nyea mengumpul segala kekuatan dengan mengengam tongkat magisnya. Keberanian diri seperti ditarik-tarik keluar dari dalam tempurung.

"Peperangan tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Benda ini akan lebih memburukan keadaan. Ya, benda ini tidak sepatutnya berlaku. Kita puak pari-pari, sama spesis tetapi yang berbezakan kita hanyalah warna sayap. Sampai bila kita hendak bermusuhan. Tak bolehkah kita bersatu? Bonda? Em ... em ... A ... ayahanda?"

Terang Nyea dengan lantang, tiba ayat terakhir dia memperlahankan suara dan teragak-agak mahu menyebut. Dia harap benda yang dicakapkan ini boleh diterima oleh mereka. Andora dan Willys dipandang bersilih ganti. Lama. Suasana yang hingar-bingar tadi bertukar hening.

Bau hanyir menusuk ke ruang pernafasan, sungguh menyesakan nafas Nyea. Separuh pari-pari telah terbunuh. Dada berombak laju melihat keadaan tersebut. Peluh jatuh berjuraian pada tepi dahi. Kedua-dua belah pihak masih tidak ada sebarang tindak balas.

Adakah mereka tidak mahu menerima?

Willys menunduk seraya mengengam pedang. Nyea menanti dengan penuh debaran. Peluh menitik jatuh ditepi dahi. Raja yang telah memotong sayapnya. Raja yang telah menzalimi dirinya. Raja yang tidak berhati perut dan merangkap bapa kandungnya sendiri. Perbuatannya memang sukar untuk dimaafkan. Dia sendiri tak tahulah macam mana nak gambarkan persaannya ini. Sakit hati pun ada.

"Bonda, setuju. Apa salahnya jika kita cuba berbaik? " Andora menyimpul senyuman. Willys menoleh tanpa ada perasaan. Wajahnya kosong. Tak ada senyuman, mahupun bertukar riak wajah.

"Berbaik? Berdamai?" Willys bersuara setelah lama berdiam. Pedang pada tangan ditujah ke depan lalu dibawa naik ke atas. Tepat mengenai muka Nyea. Gadis itu cuba berlagak tenang.

"Setuju ...."

DIA mendecit dengan penuh kegeraman. Terasa gengaman tangan semakin erat. Dia menoleh ke sisi. Matanya bertembung dengan Camelia. Manusia telah menawan istana mereka. Tak cukup dengan itu mereka juga telah mengawal akademi tentera!

Cis! Begitu bijak mereka!

Calvin dan Camelia kehilangan arah. Tidak tahu mahu ke mana lagi. Di akademi tentera terdapat ramai manusia. Mereka jaga kawasan itu. Calvin dan Camelia tidak boleh masuk ke sana. Ia agak merbahaya.

Calvin menghela nafas. Dia merentap Camelia ke depan supaya merapatinya. Mereka bersandar pada bangunan dinding yang sempit. Kelibat manusia mengejar mereka sudah tidak kelihatan. Ya, mereka kena kejar sebentar tadi. Ketika mereka terbang keluar, salah seorang manusia telah nampak mereka dan hal ini menjadi kecoh. Raja Virl menyuruh menangkap mereka. Lintang-pukang mereka melarikan diri. Sudah macam pelarian walaupun ini negara sendiri.

"Camelia takut." si adik menghujahkan rasa risau yang bertapak dalam hati. Ibu jari digigit perlahan.

"Janganlah macam ni ... Bukan ke Camelia berani? Kenapa tiba-tiba jadi lemah macam ni? Abang ada kan?" pujuk Calvin. Rasa tangan adiknya sejuk seperti ais.

Camelia tidak pernah setakut macam ni. Mungkin dia benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku. Tanpa diduga hal ini berlaku sekelip mata.

Anak mata kuning Calvin meliar ke seluruh tempat. Pari-pari putih berpusu-pusu balik ke rumah mereka. Mereka kelihatan takut dengan sesuatu. Tentera manusia. Mereka takut dengan kehadiran tentera manusia. Memang puak pari-pari ada magis berbanding manusia. Ini tak bermakna manusia lemah. Manusia bijak.

Manusia mencipta senjata api. Senjata mereka lebih moden dari puak pari-pari. Malah ada diantara mereka mencuba untuk mengkaji kuasa magis! Jika manusia berjaya mengkaji kuasa magis puak pari-pari dalam bahaya. Perkara yang merunsingkan mereka adalah segala titik kelemahan akan terbongkar! Habis!

Langkah Calvin dan Camelia terhenti dikala bunyi derapan tapak kasut berlegaran di kawasan itu. Belum sempat Calvin menoleh Camelia terlebih dahulu telah menjerit nyaring! Tangan kiri Camelia direntap oleh tentera manusia. Calvin mendecit seraya mengerut dahi.

"Berani kau sentuh adik aku!" marah Calvin. Dada turun naik menahan amarah yang membuak-buak di hati. Sampaikan wajahnya bertukar merah-kemerahan. Pantang bila ada lelaki yang berani menyentuh adiknya! Dia merentap tangan kanan Camelia dengan kasar. Manusia tersebut membalas dengan menarik kembali!

Dengan perasaan marah tongkat magis menjelma lalu dihalakan pada lengan si manusia. Serta merta tangan manusia itu melecur dan Camelia terlepas. Calvin menghayunkan tongkat magis, lelaki itu tercampak ke belakang lalu menghentam tembok seperti ada angin yang menolak kuat. Cepat-cepat Camelia memeluk lengan, Calvin.

Bam!

Sedas tembakan dilepaskan tanpa disangka. Butiran peluru membenam betis kiri. Calvin menyeringai kesakitan. Lantas dia terus jatuh melutut.

"Abang kena tembak!" ujar Camelia sedikit panik. Terbeliak dia melihat darah menitis ke tanah.

"Abang okay. Abang okay. Camelia jangan risau." Si gadis duduk melutut seraya mengeleng. Lengan Calvin terus diletakan pada bahu. Dengan sepenuh tenaga dia menujah kaki ke atas.

"Berhenti kalau tak mahu mati!" suara garau dan kasar menjerkah seperti panahan petir. Sedas tembakan dilepaskan lagi setelah selang beberapa saat. Bergema ia diruangan udara.

Camelia terkaku dan begitu juga dengan Calvin. Serentak mereka menoleh ke arah punca tembakan tersebut. Dia menoleh ke sisi. Sekumpulan manusia bersenjata berdiri di hadapan mereka tika ini. Senapang dihalakan tepat pada Calvin dan Camelia.

Ini tongkat magis Nyea

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Ini tongkat magis Nyea. Ia agak berbeza dengan yang lain. Cantik pulak tengok😍

Finally! Dapat update juga. Maaf lambat. Terima kasih sebab tunggu 🤗Saya mnggu lepas sibuk sebab dah masuk Uitm dekat selangor. Alhamdulillah saya ambil course degree penulisan kreatif. Berilmu la sikit nanti, hihik. Jadi saya akan terus berkarya😆

Dukacitanya ... Cerita ni tak tersenarai dalam senarai panjang watty2018. Hmm sedihnya😭 kecewa la juga. Tapi takpela kan... Tak ada rezeki. Yang penting saya ada korang semua😭 korang semua support saya, vote dan komen cite ni pun dah memadai 😭


















Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang