Kisahnya bermula ketika seorang jejaka kacak yang kaya bernama Lee Sooman menjejak kaki ke Seoul buat pertama kali kerana mahu mencari pengalaman. Dia terlihat seorang gadis sedang mencari sesuatu dan dia pun menawarkan bantuan. Si gadis bernama Lee Minyoo pun menerima bantuan serta tertarik dengan perwatakan Sooman.
Tanggal 13 April, kedua pasangan sama cantik padan ini selamat disatukan.
Hidup mereka bertambah bahagia apabila dikurniakan zuriat bernama Lee Taeil.
Dan seterusnya kembar tidak seiras Lee Youngho yang suka dipanggil Johnny serta Lee Taeyong pada tahun yang berikutannya.
Minyoo dan Sooman dikejutkan dengan kehadiran Lee Yootae atau lebih mesra dipanggil Yuta kerana Minyoo suka dengan nama watak drama dari Jepun.
Seterusnya Lee Dongyoung atau lebih gemar dipanggil Doyoung dan Lee Youngheum yang dberi nama panggilan Ten kerana lahir tepat pukul 10 malam.
Sooman berkahwin pula dengan seorang janda bernama Kim Saera.
Tipu kalau Minyoo mengatakan dia tidak sedih dengan perkahwinan kedua suaminya namun dia menerima kerana Sooman menyelamatkan seorang wanita dari kekejaman lelaki .
Mereka dikurniakan Lee Yoon Oh yang dipanggil Jaehyun kerana berlaku pertingkahan semasa memberi nama ketika lahir . Dan, Lee Sucheong yang dipanggil Winwin, adik kembar Jaehyun.
Saera mahu merancang kehamilan supaya jarak umur anak-anak jauh. Namun tidak lama kemudian, Lee Minhyeong telah membuat 'kejutan'.
Saera ingat selepas Mark lahir, dia ingat dia telah menutup 'kilang' buat sementara. Tetapi lahir pula si kembar tiga yang diberi nama Lee Renjun, satu-satunya anak perempuan. Lee Jeno dan Lee Donghyuck secara pembedahan.
Hampir setahun berehat, Saera mengandung lagi dan bayi terakhir diberi Lee Chenle, seorang lelaki yang sangat sihat.
Minyoo berfikir setelah Ten, dia mungkin tidak akan mengandung lagi tapi kuasa Tuhan tiada siapa yang dapat menidak.
Setelah bertarung nyawa hampir 5 jam dan Sooman sentiasa berada disisinya. Seorang bayi lelaki diberi nama Lee Jisung, dia membesar dengan sihat dan menjadi kesayangan abang-abang dan kakaknya kerana telatah serta tingkahlakunya yang comel dan menghiburkan hati.
Pada mulanya, kedua-dua isteri Sooman duduk berasingan kerana Sooman berfikir mungkin akan berlaku masalah atau pergaduhan namun mereka berdua seperti kakak dan adik jika pergi ke mana sahaja.
Sooman membeli sebuah rumah banglo 3 tingkat dan mempunyai 15 bilik termasuk pejabat dan perpustakaan kecil untuk anak-anaknya meluangkan masa. Turut ada kolam renang yang besar dan mempunyai bahagian dewasa dan budak-budak kecil.
Anak-anak Minyoo dan Saera juga bermain bersama walaupun telah diberitahu mereka adik-beradik tiri tapi mereka langsung tidak kisah kerana mereka mengatakan mereka tetap adik-beradik walaupun lain mak sama bapa.
++++
Jam menunjukkan pukul 1:30 pagi dan semua orang sedang tidur. Namun lain pula dengan si Taeil sebab terpaksa berjaga malam kerana Jisung menangis tanpa henti.
"Daddy, Jisung tak boleh tidur" Ujar Taeil yang sedang cuba mendodoi adik bongsunya yang baru masuk usia 6 bulan.
"Mommy mana? " Sooman mengambil Jisung dari tangan Taeil.
Johnny keluar dari dapur dengan membawa sebotol susu suam.
"Mommy dan mama pergi keluar sebab ada hal katanya" Johnny menyuap susu kepada Jisung.
"Adik-adik lain mana? Senyap semua" Sooman menepuk punggung Jisung supaya tidur nyenyak.
"Yuta dengan Taeyong jaga adik-adik, tadi naik atas tengok semua dah terbongkang" Ujar Taeil yang menjaga Jisung bergilir-gilir dengan Johnny.
"Daddy, yeye (lele) nak yayak (berak).. " Chenle yang baru pandai cakap menarik baju Sooman dan menggosok-gosok mata kerana baru bangun tidur.
"Hyung dengan noona mana? " Sooman mendukung Chenle masuk ke dalam tandas.
"Dioyang doh yati (diorang tidur mati) "
"Lele tak kejutkan ke suruh teman pergi berak tadi? " Sooman membuka pili air.
"Yeye da anguntan dioyang tapi shemua taya teman tadi (Lele dah bangunkan diorang tadi tapi semua taknak teman tadi)" Chenle menguap kerana terlalu mengantuk.
"Lepas habis berak tidur balik tau? " Sooman mengusap rambut Chenle dengan perlahan.
Chenle menggeleng.
"Yeye nak shushu yoni yong uwatan (Lele nak susu Johnny hyung buatkan) " Balas Chenle dengan pelat.
"Janji dengan Daddy lepastu tidur balik tau? Mama pun tak balik lagi ni" Sooman mendukung Chenle setelah selesai membuang air besar.
-TBC
Cerita ni pernah dipublish dan aku re-edit balik. Oh ya, aku buat benda ni masa era We Young. Sebab tu Nana takde dalam cerita ni. 😝😝
RANDOM TAG:
@Lalisaadict @NCTzen_2005 @ @Mayuni03 @Flwrnana @kentangbusuk
![](https://img.wattpad.com/cover/120333211-288-k947270.jpg)
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT