Setelah beberapa tahun berlalu, anak-anak Lee Sooman membesar dengan berjayanya.
Anak-anak lelaki makin kacak dan lebih tinggi dari bapak sendiri.
Si Taeil,Yuta,Taeyong,Doyoung dan Ten dah masuk kolej. Manakala si Johnny memang dari azali memang malas belajar. Dia merupakan penggangur yang berjaya dalam rumah.
Satu kerja pun tak reti nak buat.
Jaehyun dan Winwin pun dah makin tinggi macam yang lain.
Jaehyun pula tak habis-habis buli pembantu rumah sampaikan semuanya berhenti sebab tak tahan sebab Jaehyun nakal sangat.
Winwin lebih suka habiskan masa dekat perpustakaan mini kat rumah. Kadang-kadang tunjukkan muka kat jiran.
Terpaksa pakai cermin power tinggi sebab selalu main laptop dalam gelap.
Si Mark pula suka membuli orang kat mana-mana. Sekolah atau kat rumah sama je perangai tak semenggah.
Renjun bila dah besar memang cantik sangat. Dia ikut kecantikan mak dia.
Tapi tulah, dia suka menggatal. Pantang nampak lelaki handsome, terus pecah ovari katanya.
Pad period pun orang masih belikan. Ada hati nak mengurat laki.
Jeno pula? Syukur dia tak ikut perangai kakak dia.
Dia dengan Haechan tidur sebilik dan Renjun dipisahkan sebab masing-masing dah besar.
Chenle dah nak masuk sekolah menengah. Sama juga dengan Jisung.
Lee Sooman? Mengandung tapi tak beranak-beranak.
Minyoo dah beruban tapi dia masih lagi kuat nak buat sebarang kerja. Oh ya, dia belum monopous lagi.
Saera? Baca jelah cerita bawah ni.
"Happy birthday Chenle hyung! " Jisung peluk dan cium abangnya lama-lama.
"Terima kasih adikku! " Chenle lap air liur yang lekat di pipi.
"Adik noona dah besar panjang dah sekarang ni. Dulu selalu menangis sebab tak dapat susu"
Pipi Chenle berubah jadi kemerah-merahan dengar kata Renjun yang cuma pakai baju lengan pendek dan seluar pendek.
Segalanya pendek dan tinggi pun termasuk juga.
"Chenle gembira dapat sambut harijadi ni beramai-ramai dengan hyung-hyung, noona, Jisung dan, adik baby Chenle yang masih dalam perut mama" Chenle pegang perut Saera yang berdiri disebelah.
"Mama! Adik tendang" Chenle jadi makin teruja dan yang lain datang dekat dan tendangan dalam perut makin menjadi-jadi.
"Muka mama macam sakit. Okay tak ni? " Jeno berasa kesian dengan Saera yang mengerutkan dahi kerana menahan sakit.
"Takdelah, adik tendang kuat sangat" Saera menggeleng.
"Baby, cepat-cepat keluar tau? Kitaorang tak sabar nak jumpa baby." Ujar Taeil yang teruja sebab nak dapat adik lagi.
"Mama. Apa nama adik? Dah rancang ke belum? " Soal Ten yang dari tadi hanya diam.
"Kami belum ada nama nak dibagi. Tapi jantina dia doktor dah sahkan dia lelaki" Balas Sooman bagi pihak Saera.
"Hurmm, Renjun nak adik perempuan sebab Renjun anak perempuan tunggal. Tapi takpelah kalau tuhan dah bagi adik lelaki" Renjun merasa kecewa tapi dia dapat terima tak lama selepas itu.
"Noona, mungkin lepas ni dapat adik perempuan pula kan? Takde siapa tahu akan datang" Haechan letakkan tangan di bahu Renjun.
"Amboi, siapa yang akan mengandung lagi tu? Mommy dah tak larat lagi" Minyoo terus cubit tangan Haechan.
Haechan mengerang kesakitan kerana dicubit terlalu kuat.
"Chenle? Taknak bagi nama adik ke? Sebab Chenle birthday boy"
Tanya Sooman dan yang lain mengganguk setuju.Chenle berfikir sejenak, tangan diletakkan di dagu.
"Chenle dah tahu! Nama baby Hansol! Lee Hansol" Chenle tepuk tangan selepas dapat fikir.
"Nama tu sedap! Macamana dengan yang lain? Ada siapa-siapa nak bantah atau tambah? " Tanya Saera.
Semua menggeleng, kecuali Haechan.
"Haechan? Ada apa-apa ke? " Soal Minyoo.
"Haechan rasa tak sesuai kot nama Hansol sebab, nama Lee Haneul lagi sedap"
"Tapi semuanya suka nama Hansol. Jadi permintaan Haechan tu dah tak berguna. Jadi nama adik baby sekarang adalah Hansol!" Ujar Saera dengan kuat.
Haechan mendengus geram dan sedikit marah. Kenapa dia tak suka nama Hansol? Sebab ada kawan sekelas dia nama Hansol juga, dia suka membuli Haechan.
"Nanti bila Hansol lahir, aku nak ajar dia math! " Ujar Yuta."Mana boleh, aku akan ajar dia buat highnote sampai pecah tingkap" Doyoung membantah.
"Apa korang berdua ni hah? Adik belum lahir lagi dah gaduh-gaduh" Taeyong terpaksa leraikan mereka berdua.
Jaehyun dan Winwin? Cuma makan kek dan tak kisah dengan nama yang diberikan kepada adik dalam perut.
"Aigoo kamu berdua ni. Bila adik lahir nanti suka hati kamulah nak ajar dia apa. Asalkan tak mengajar yang pelik-pelik sudahlah" Sooman menggeleng-geleng kepala dan pening dengan anak sendiri.
Mark bangun dari kerusi dan datang dekat Saera.
Mark peluk Saera dan tiba-tiba cium perutnya.
Saera terkejut tapi faham yang Mark sayang dengan adiknya.
Tapi Mark peluk dan cium kerana takut berlaku perkara buruk yang tak diingini.
-TBC
Hansol Toppdogg, Hansol Newkidd/UNB, Choi Hansol Vernon Seventeen.
Sila tambah Hansol yang korang tahu. Hasnol tidak termasuk ya 😂😂
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT