S2 1

554 55 44
                                    

Sejak ramai minta sambung balik. Aku pun buat jelah, alang-alang ada idea berlimpahan ni 😂

Enjoy~

Sejak Younghee dan Yong lahir. Taeyong dan Johnny jadi lebih baik dari sebelum ni. Ehem, tapi diaorang takkan lari dari perangai lama.

Sepanjang Haera berpantang, semua kerja dilakukan Johnny. Mandikan, sapu minyak angin, pakaikan bengkung, dodoi. Haera cuma bagi susu dan hanya berehat sepanjang hari.

Taeyong pun tak kekok untuk jaga anaknya kerana dia dah ada pengalaman jadi bibik tak berbayar jaga adik-adik masa kecil dulu.

"Younghee anak daddy cantik~ Cantik macam mommy~" Johnny mendukungnya dengan lama sehingga ditegur Haera.

"Letaklah dia kat bawah. Nanti rimas dia lama-lama awak dukung"

Johnny akur dengan isterinya dan letak Younghee bersebelahan Haera.

"Anak mommy bila dah besar nanti jangan nakal-nakal. Main dengan Donghyeon, Doyeon dan Yong jangan ganas-ganas ya? " Haera menepuk badannya supaya tidur lena.

"Awak nak susu ke? Nak saya buatkan? " Soal Johnny yang prihatin.

"Takpelah, awak keluar lah main dengan adik-adik awak tu. Kesian takde yang main dengan diorang" Haera membaringkan diri selepas menidurkan Younghee.

"Tak payah risau. Ada yang lain main dengan diorang. Awak tu kena banyak berehat, pantang dengan elok-elok nanti kena bentan saya yang susah"

"Awak jangan risau lah. Tahu-tahulah saya nanti nak buat apa" Haera membetulkan bantal dan mula melelapkan mata.

Johnny keluar dari bilik dan ternampak Taeyong di ruang tamu sedang tengok perlawanan bola sambil dukung anaknya. Yang lain pun ada dekat sebab nak main.

"Kejap je dah besar ye anak appa ni" Taeyong tekan pipinya. Donghyeon tak henti-henti membelai rambut sepupunya.

"Pakcik. Dia ikut muka siapa ?" Soal Doyeon.

"Entah, pakcik pun tak tahu tapi pakcik tak kisah dia ikut muka siapa asalkan dia sihat. Tak kurang ajar" Taeyong letak Yong disebelah dan tukar siaran lain kerana perlawanan bola dah tamat.

"Taeyong, jadi panda lagi ke harini? " Johnny duduk disebelah dan usap kepala Yong.

"Mestilah tapi aku bosan so turun bawah tengok TV.  Diorang pun join tumpang sekaki sekali" Taeyong pandang anak-anak saudara yang sedang main lego di lantai.

"Kenapa tak tidur lagi ni? Nak pakcik bagitahu eomma appa korang pastu kena rotan? " Johnny mencekak pinggang dan buat suara kasar. Terus mereka berdua naik tangga dan masuk bilik masing-masing.

"Younghee dengan Haera tidur kat atas ke? Sunyi semacam rumah ni" Taeyong betulkan duduk.

"Haah. Aku dodoi anak aku kemudian letak kat katil. Terus tidur mereka berdua tu" Johnny menyilangkan tangan dan matanya tertumpu pada skrin TV. Dia dan Taeyong tengok sinetron.

"Ini dah episod ke berapa sia? Last aku tengok 300 je. Kemudian aku tak tahan tengok sebab zoom out zoom in tu semua. Ya ampun stressnya! " Johnny meluahkan perasan.

"Aku pun stop tengok. Jalan cerita sikit lepastu ambik masa berbulan nak habis "

"Huwarghh! "

Taeyong terus menepuk-nepuk peha Yong supaya nyenyak balik tapi tangisannya makin kuat.

"Weh. Macam Jisung dulu je dowh. Menangis tak henti-henti" Johnny ambil dari Taeyong dan tolong dodoikan.

"Aku rasa dia nak mak dia ni. Kau masuklah bilik kemudian tidur" Johnny tepuk pehanya tanpa henti.

"Jam dah pukul 12. Jomlah kita tidur" Taeyong ambil Yong dan masuk dalam bilik. Terus berhenti menangis bila bau mak dia.

++++

"Today I nak review tentang satu produk ni. Okay, komestik dari Jimin's Terlajak Laris. Set mekap 10 in 1. Ada maskara, lipstik, bedak asas" Dia mempromosikan barang dengan begitu serius. Tangannya ligat menunjukkan demo kepada penonton ig live.

"NOONA DADDY PANGGIL---"

"KAU NI TAK RETI KETUK PINTU DULU SEBELUM MASUK KE LEE DONGHYUCK?! " Renjun baling patung kumamon kepada Haechan.

"Sewel tol lah kau ni. Tak habis-habis paid review! Kau bukannya pakai pun barang tu" Haechan geram dan hempas pintu dengan kuat. Tak pasal-pasal anak-anak buahnya menangis .

Renjun tenangkan diri dan sambung buat live ig.

"Sorry my followers, tadi adik I masuk bilik dia tak ketuk pintu dulu. I pun marah lah dia sebab perangai tak bertamadun kan?  So apa salahnya marah demi kebaikan?  " Renjun bermain dengan rambut dan baca komen dari peminat.

Oh ya, Renjun adalah instafamous murahan (ops) yang buat paid review, buat video music.geli selepas Tiktok dipadam Taeyong.

"Betul ke Renjun tak pakai barang yang dipromote tu? Buat paid review disebabkan dibayar?.  Oh my god, siapa kata?  Kenapa uolls percaya cakap adik I? He such a liar" Renjun sambung baca komen.

"Dengar cerita Renjun selalu gaduh kat sekolah. Oh my goat, siapa kata? Memadai-madai je"

Saera membuka pintu bilik. Renjun masih lagi membalas komen dan tak sedar kehadiran ibunya yang bawa.. Rotan.

"Lee Renjun anak Lee Sooman. Tadi daddy panggil kenapa tak turun bawah? Main insta non-stop ke? " Saera mengigit bibir tengok anak daranya. Kenapa lah perangai tak macam yang lain.

"Renjun ada hal ni. Tak boleh tolong DADDY! Mama buat apa dengan rotan tu?!" Dia terlempar telefon ke lantai dan Saera rotan dia seperti dirasuk.

"MAMA TAK SUKA RENJUN BUAT PERANGAI! BILA NAK HENTI! "

"AMPUN! ADUH SAKITT!"

-TBC-

HOHO, PADAN MUKA INJUN KENA ROTAN

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now