Pt. 12

744 88 25
                                    

Sooman tunggu di luar dengan sabar, begitu juga dengan Chenle.

Doktor keluar dari bilik pembedahan dan buka penutup muka.

"Isteri encik selamat dan begitu juga dengan anak encik. Tapi kami terpaksa buat pemantauan. Encik boleh tengok bila dah dibenarkan"

Chenle dan Sooman menarik nafas lega.

"Boleh saya tengok mama saya? Atau kena berehat dulu?" Soal Chenle yang ternanti-nanti jawapan.

"Buat masa sekarang ni tak boleh. Tapi bila dah boleh nanti, kami akan maklumkan kepada pihak encik" Doktor itu menepuk bahu Sooman dan berlalu pergi.

Chenle pegang dada kerana terlalu takut.

"Chenle nak balik tak? Baju kita kena darah mama ni. Hanyir pula baunya" Soal Sooman.

"Mestilah, nanti orang ingat zombi mana datang pula ni" Chenle berseloroh dan mereka berdua balik untuk mandi dan tukar baju. Serta untuk bagitahu ahli keluarga yang lain sebab kelam-kabut sangat sampai lupa bawa telefon.

++++

"Syukur Saera dan Hansol selamat. Hampir gugur jantung saya masa ternampak Chenle dengan dia tadi tu" Ujar Minyoo.

Dan budak-budak sebenarnya dah mula cuti. Minyoo terlupa sebab dah terbiasa buat benda sama hari-hari.

"Kita boleh tengok baby Hansol tak? Jaehyun tak sabar tengok adik. Nak tahu dia ikut muka siapa sebenarnya kehkehkeh"

"Eh tak, Hansol ikut muka aku. Kan daddy? " Winwin membuat 'puppy eyes'.

"Sebenarnya, daddy pun tak tahu sebab tak tengok dia lagi. Dia lahir pra-matang. Doktor kena pantau dia kalau ada apa-apa masalah" Balas Sooman. Winwin dan Jaehyun mendengus(?)

"Tak sabar nak tengok adik baby" Balas kembar tiga serentak.

"Tadi kan, Mark cakap dia takut ada benda buruk akan terjadi. Dia ni buat orang takut jelah" Yuta menjeling Mark dengan tajam.

"Mark cakap sebab takut. Ten hyung cakap tu semua mimpi dan jangan terlalu fikir sangat" Balas Mark dengan suara perlahan.

"Kita doakan baik-baik dan berharap baby Hansol cepat dapat keluar dari hospital okay? Daddy tahu semuanya tak sabar nak jumpa adik"

"Hansol mesti comel, tak sabar nak dukung, nak cium, nak pakaikan lampin. Fuhhh" Ujar Doyoung.

"Eh baguslah kau nak tolong mama. Biar mama pantang, kau jaga Hansol. Boleh? " Tanya Taeil.

"Boleh, setakat si kembar tiga tu apalah sangat kan? " Balas Doyoung dengan angkuh.

Padahal masa jaga Chenle ketika bayi dulu pun boleh jadi serabut dengan ragam menjerit tengah malam.

"Kau jangan belagak, dulu jaga Chenle pun tak boleh walaupun dia baru 2 tahun dulu. Kau nak jaga Hansol yang baru lahir ni? Tak masuk akal lah kau ni" Ujar Taeyong dengan tangan bergerak-gerak macam penceramah. Kesana-kesini tak pasal-pasal terus meraver kat situ.  #BoekDancerUcukTY

++++

"Hansol-ah, annyeong" Chenle letakkan tangan di dinding kaca pemisah. Bayi yang kecil itu bergerak-gerak seperti mahu balas sesuatu. Chenle senyum dan airmata kegembiraan keluar sedikit.

"Hansol, cepat sihat tau? Nanti bila keluar hospital. Noona nak main dengan awak, jangan risau. Noona tak ajar awak mainan perempuan" Renjun dekatkan muka ke dinding supaya dapat tengok dekat.

Jeno dan Haechan juga dekatkan muka.

"Jeno, dia comel lah. Aku rasa macam nak picit-picit pipi dia yang gebu gebas tu. Kalau boleh aku nak gigit sekali" Ujar Haechan, dan kepalanya diketuk oleh Taeil dari belakang.

"Kau jangan nak macam-macam. Hyung sepak kau japgi" Balas Taeil dari belakang.

"Ting ting tang ting. Tara ting ke ting tang ting--aduh" Kepala Ten dipukul dan dia menoleh ke belakang. Ternyata si Johnny Johnny Yes Papa lah pelakunya.

"Mimpi ngeri dia dengar kau nyanyi tu. Cuba nyanyi semalam, bobo dimana--PAKK! "

"Johnny, daddy dengar lagi kamu nyanyi lagu tu. Nama kamu akan dikeluarkan dari senarai keturunan Keluarga Lee." Sooman merenung mukanya dengan tajam.

"Glup.. " Johnny menelan air liur dan alihkan pandangan ke depan semula.

"Hyung. Tengok Hansol tu, dia mengeliat-geliat" Jisung tunjuk dengan jari tengah--sorry. Jari manis dan Chenle menggangukkan.

"Kalau Jisung nak tahu, dulu masa kecil pun macamni juga. Sebiji perangainya" Balas Sooman.

Seorang jururawat keluar dari bilik bayi dan datang kepada Sooman.

"Encik, kalau nak ambil boleh."

"Boleh ke? Saya nak bawa ke isteri saya. Dia belum tengok lagi"

"Boleh, silakan"

-TBC

Kat chap sebelum ni, aku tahu birthday chenle lama lagi. Tapi boleh je kan cepatkan?  Aku ni jenis malas menunggu 〒▽〒




[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now