S2 39

407 64 31
                                    

"Oh ya, Siyeun belum cerita tentang diri dan keluarga dia lagi" Saera tuang teko teh ke cawan dan minum lagi dan sambung siasatan.

"Saya sebenarnya yatim piatu. Ayah dan mak saya meninggal masa umur 6 tahun sebab kemalangan jalan raya. Saya anak tunggal. Dan, sekarang ni makcik saya yang jaga. Dia adik bongsu kepada mak saya"

Saera hampir menitiskan airmata bila dengar kisah yang diceritakan oleh Siyeun. Dia tersentuh dan kagum pada gadis yang duduk didepannya.

"Jadi Hyejin jelah satu-satunya bakal menantu makcik yang ada adik beradik. Kakak ipar Jeno dan Haechan semuanya anak tunggal kecuali Shannon, isteri kepada anak keempat makcik iaitu Yuta. Kalau tak kenal, pergi ruang tamu, cari dan tengok gambar keluarga yang ada lelaki rambut kembang semangkuk. Itulah dia" Saera hampir tisu dan lap airmata yang terkeluar sikit.

Mereka dah tahu dan kenal semua adik-beradik Jeno dan Haechan kerana mereka telah kenalkan dengan gambar dari telefon bimbit.

"Makcik, sebenarnya makcik marah tak sebab kami datang untuk minta restu? Pakcik Sooman takde. Ahli keluarga kami tak peduli kalau kami nak kahwin masa muda. " Hyejin membetulkan cermin mata yang asyik senget kerana saiz yang dipakai terlalu besar. Budak nerd orang katakan.

"Betul tu makcik, kami dah lama tahu yang mereka tak kerja. Tapi kami tahu yang mereka berdua kuat bekerja" Ujar Siyeun dan Hyejin menganggukan kepala sebagai tanda setuju.

"Makcik boleh beri keizinan untuk kamu berdua kahwin dengan anak makcik tapi kamu kena jumpa ayah mereka untuk restu.

Lagipun, kamu masih muda untuk berkahwin. Tanggungjawab tu terlalu besar untuk ditanggung, kamu tak rasa sayang ke lepaskan masa muda untuk ikut suami?
Sepatutnya sekarang kamu semua ni habiskan duit ibubapa dan melepak dengan kawan-kawan yang belum tentu akan setia bersama "

Saera menyelak rambut ke belakang kerana menghalang pandangan. Hyejin dan Siyeun berpandangan sesama diri dan pandang depan semula.

"Kami bukanlah jenis yang suka menghabiskan duit untuk perkara yang tak perlu. Kami pentingkan keperluan bukan keinginan" Ujar Siyeun dan kemudian makan biskut yang sediakan kerana lapar.

Saera hanya senyum suruh makan manakala Hyejin masih lagi terkejut.

"Macam ni lah ya, bawa ahli keluarga datang sini kemudian kita berbincang tentang hal tu. Dengar cakap orang tua lebih penting, dan makcik beri restu kepada kamu berdua tapi makcik cuma harap satu. Perkahwinan bukan suatu perkara yang boleh dibawa main-main dan jaga hubungan dengan baik, terima kekurangan pasangan" Saera memberikan nasihat supaya tidak tersilap pilihan dan tidak tersilap langkah.

"Saya tahu makcik, appa saya pernah berpesan pada saya. Kalau kita beli barang dan kemudian ianya rosak, appa kata kita kena perbaiki bukannya terus beli yang lain. Maksudnya, kita kenalah perbaiki hubungan yang dibina,bukannya terus cari pengganti " Ujar Hyejin.

Mereka menunduk hormat kerana mahu pulang ke rumah. Haechan dan Jeno keluar dari bilik untuk menghantar mereka berdua pulang.

Melihat dari reaksi muka Siyeun dan Hyejin, mereka faham yang Saera telah memberi keizinan kepada mereka.

Mereka keluar dari rumah dan pakai topi keselamatan kemudian naik belakang motor kapchai.

Saera melambai-lambai kepada kedua-dua bakal menantunya.

++++

Jeno pandang siling(?) bilik tanpa berkelip mata. Dia tak percaya yang Saera akan suka dengan bakal menantunya walaupun baru kali pertama bertemu.

Dia akhirnya kedipkan mata dan siku Haechan yang baring di sebelah sambil bermain game.

"Apa dia.. " Haechan membalas tapi dengan perlahan kerana sakit tekak akibat menjerit tak tentu pasal sebab terlampau gembira semasa hantar Hyejin pulang ke rumah.

"Aku macam tak percaya yang kita akan ikut jejak adik-beradik yang lain. Akan berkahwin, mulakan hidup dengan orang baru. Ishh geram! " Jeno pukul bantal kerana terlalu geram.

"Daddy cakap dalam beberapa hari lagi kita akan bekerja sebab nak biasakan diri sebelum majlis. Winwin hyung dan Jaehyun hyung pun akan masuk kerja semula sebab diorang yang nak sebab katanya dah sihat. " Balas Haechan tanpa pandang muka Jeno yang berada di sebelah.

"Weh, aku tak sangka daddy dan mama akan bagi kita izin. Kita dahlah tak kerja kemudian majlis tu daddy yang taja nanti. Daddy dah curahkan segalanya untuk kita selama ni, aku sebagai anak pun rasa bersalah sebab dah susahkan dia selama ni " Jeno mengiring ke sebelah kanan dan tengok waktu didalam telefon. Dia tak tengok di dinding kerana malas.

"Baik juga rupanya kau ni. Aku ingatkan kau ni jahat sangat" Haechan masih lagi ralit bermain game dan menghiraukan Jeno disebelah.

Setelah agak lama mendiamkan diri. Jeno goyangkan bahu Haechan dan dia menoleh.

"Jom kita buat sesuatu, aku ada tengok orang buat. Aku rasa best pula" Jeno mencebik bibir menunggu jawapan Haechan.

"Hmm, apa dia? Tunggu aku habis level ni" Haechan bermain dengan rancak padahal cuma setakat game ular di telefon baling anjing atau nama jenama adalah Nokia.

"Jom kita buat romen challenge"

Dengan serta-merta Haechan bangun dari katil dan jauhkan diri dari Jeno.

"Aku tahulah dah malam ni, waktu yang sesuatu untuk-- AKU BUKAN GAY! " Haechan bersandar pada satu sudut bilik.

"Buat romen challenge takkan buat kau jadi gay lah. Orang cakap masa mula-mula memang perih, tapi bila dah biasa akan sedap punya. Kau tunggu kejap aku keluar bilik" Jeno keluar dari bilik dan Haechan ambil telefon yang sebenar dan dail nombor balai polis.

"Kita makan yang ni lah" Jeno masuk bilik semula dengan bawa dua bekas berisi ramen Samyang. Haechan menarik nafas dan bengang dengan abangnya.

"KAU TAK CAKAP NAK MAKAN RAMEN! AKU DAH CALL POLIS HANAT! " Haechan baling telefon ke katil dan melantun jatuh ke lantai. #InMemories #RipIphoneX

"BUKA PINTU NI! KAMI DARI BALAI POLIS SEOUL MENERIMA PANGGILAN DARI RUMAH NI! "

Sooman yang mamai keluar dari bilik dan buka pintu kerana bunyi bising dari luar rumah. Haechan dan Jeno tengok dari tingkat dari atas dengan ketakutan.

Johnny dan yang lain-lain keluar dari bilik kerana terdengar bunyi bising juga. Jeno dan Haechan memberanikan diri turun ke bawah.

"Kami memang tak buat apa-apa panggilan. Saya rasa pihak tuan dah salah rumah" Sooman menggeleng kepala sekaligus menafikan.

"Tapi kami memang betul terima panggilan dari rumah ni"

Haechan angkat tangan tinggi-tinggi dan mereka semua pandangnya.

"Sayalah yang buat panggilan palsu tu"

Johnny dan Taeyong menyinsingkan lengan baju. Taeil pun tidak terkecuali dan mereka mula membelasah Haechan tanpa belas kasihan kerana menggangu tidur mereka.

Tidak terkecuali Jeno juga turut dibelasah cukup-cukup kerana dia adalah penyebab utama semua ini berlaku.

-TBC

HAHAHAHA KESIAN BIAS KOME NI. 1038 Words 🐩




[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now