S2 49

359 49 17
                                    

Mereka sambung berborak selepas Yuta masuk ke dalam bilik. Johnny ambilkan air di meja kerana Younghee mahu.

"John, kau tak rasa teringin nak tambah anak lagi ke? Aku bukannya perlekehkan, aku tahu yang tu semua tuhan yang tentukan" Ujar Taeyong yang sedang bermain dengan Yong.

"Tipulah kalau aku kata taknak anak lagi. Haera pun nak juga sebenarnya tapi belum rezeki kitaorang nak meminang cahaya lagi. Buat masa sekarang ni, fokus ke Younghee pula" Balas Johnny.

"Takpe weh, kalau ada seorang. anak pun. Tapi kau jaga elok-elok, bagi pendidikan secukupnya dah memadai" Ujar Taeil dengan tiba-tiba dan mereka semua mengganguk kerana setuju.

"Aku taknak bandingkan tapi Younghee dah petah berkata sedangkan dia sebaya dengan Yong. Lahir pada hari yang sama cuma beza seminit je" Taeyong mengusap muka Yong lalu mencium dahinya.

"Jangan risau, lama-lama nanti pandailah dia cakap dan hilang pelat tu. Sedangkan Donghyeon dan Doyeon pun dah berapa tahun baru pandai cakap" Doyoung pula yang bersuara.

"Sebenarnya kan, aku tak sangka yang sekarang ni kita dah jadi bapa orang. Dulu kita kecil je lepastu jaga adik-adik sekarang jaga anak sendiri" Taeil terketawa sedikit dan mereka semua pun gelak kerana teringat memori lalu.

"Ya dowh, cepatnya masa berlalu. Aku pun dah ada tiga anak sekarang ni" Doyoung menyeka airmata yang keluar sedikit.

"Kemudian jadi atok dan moyang orang pula " Balas Johnny dan belakang badan kena pukul dengan Taeyong dan Taeil serentak.

Kenikmatan, dari korea selatan~ *bisik* Kena pukul ~

"Ramai-ramai ni tengah buat mesyuarat tingkap ke hyung?" Haechan menolak kerusi roda dengan tangan dan menghampiri abang-abangnya yang duduk di ruang tamu.

"Ha'ah, tak nampak ke ni? " Johnny ketawa terbahak-bahak dan pukul siapa-siapa di sebelah.
"Aigoo, Haechan. Kenapa keluar dari bilik ni? Kau kan kena berehat dalam bilik, Hyejin isteri kau mana? " Soal Taeyong kerana risau dengan keadaannya yang tidak berapa sihat sangat.

"Ah, Hyuck baru balik berborak dengan mama kat bilik tadi. Dia cerita tentang masa mula-mula kahwin dulu kemudian mama ajar cara jaga anak" Balas Haechan dan tolak kerusi supaya dekat dengan mereka. Tapi tidak boleh kerana ada masalah.

Taeil bagi Hansung kepada Johnny dan tolong Haechan supaya dia dapat duduk di sofa.

"Terima kasih hyung sebab angkat Hyuck duduk dengan korang semua. Hilang dah kebas punggung sebab asyik duduk je" Haechan mengurut belakang badan kerana letih dan lenguh.

"Sama-sama, itu memang tanggungjawab jaga kau pun. Kau kan sakit, tapi mana Hyejin?" Soal Taeil kerana Haechan tidak balas pertanyaan tadi.

"Dia dalam bilik, tengah main game dekat telefon Hyuck. Tapi kesian dengan dia, sebabnya berkahwin masa Hyuck sakit. Hyuck buat masa sekarang tak dapat bagi nafkah batin dan zahir. Hyuck rasa bersalah sangat" Haechan meluahkan perasaan dan mereka dengar.

"Takpelah, dia pun tak kisah kan? Orang lain takkan terima yang pasangan dia sakit tapi dia tetap kahwin dengan kau kan? Tandanya dia memang cintakan kau dengan seikhlas hati" Balas Taeyong.

"Tapi, Haechan suami yang tak guna sebab tak mampu buat dia gembira atau apa-apa pun" Haechan menunduk dan bunyi menangis mula kedengaran.

Taeil dan Taeyong memeluknya supaya bersabar dan tak salahkan diri sendiri.

"Kau ingat tak masa kau kahwin dulu, kau dengan dia buat sumpah? Memang kehidupan lepas kahwin ada pasang surut. Sekejap bahagia kemudian bergaduh, ini ujian untuk kau" Doyoung memberikan nasihat kerana telah lama berkahwin kalau dibandingkan dengan yang lain.

"Tta-tapi.. " Taeil letakkan jari telunjuk pada bibir Haechan supaya tidak bercakap lagi.

"Kitaorang dah lama kahwin, korang tengok yang hyungdeul macam bahagia memanjang je kan? Sebenarnya tak pun" Kata Johnny.

Haechan ambil tisu yang dihulurkan oleh Doyoung lalu hembus hingus.

"Kan molek senyum tu dari menangis macam tadi. Inilah Donghyuck yang kami kenal" Taeyong mencubit kedua-dua pipi kerana geram dengan ketembamnya.

"Kenapa pakcik menangis, Daddy buat pakcik sampai macam ni eh? Bagitahu mommy yang daddy buli pakcik" Ujar Younghee dengan innocent dan membuatkan mereka gelak dengan kata-katanya.

"Besi kat kaki pakcik tiba-tiba sakit, sebab tu pakcik menangis. Kamu tak payah risau lah" Haechan senyum dan kenyit mata pada Younghee.

"Kau cakap pasal kaki tu, bila kau boleh jalan balik? "Ujar Doyoung dan kemudian minum kopi yang dibancuh.

"Hmm, entahlah mama cakap ada appointment tapi tak ingat bila. Harap doktor bagi keputusan yang menyenangkan hati " Haechan menyilangkan tangan.

"Harap-harap begitulah, siapa yang ikut dan hantar esok?  Jeno dan mama juga ke?  " Soal Taeil dan dia hanya mengganguk.

"Nak dukung Hansung " Ujarnya dan Taeil berikan pada Haechan dengan berhati-hati.

"Jaga kepala dia sebab tengkorak dia masih lembut lagi. Kemudian tepuk badan perlahan bagi dia tidur nyenyak" Ujar Taeil dan Haechan pandang anak saudara yang baru beberapa bulan tanpa berkelip. Haechan mencium mukanya dengan lama dan tepuk badannya seperti yang diberitahu.

"Annyeong Lee Hansung" Haechan senyum dengan lebar ketika melihat Hansung yang dipegang.

"Aku tengah bayangkan Haechan dukung anak dia yang baru lahir" Ujar Johnny dan kena marah dengan yang lain.

Haechan senyum lebar melihatnya yang bergerak-gerak dengan perlahan. Jari-jemari Hansung yang kecil digenggam erat.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now