"BUWERRRKKK"
"Ya tuhan, kesian anak aku. Keluarkan semua kalau boleh" Saera menepuk-nepuk belakang badan Jeno dengan perlahan.
"Korang semua okay tak? " Sooman mengurut badan Haechan dengan minyak angin. Manakala Minyoo tolong perah kain basah untuk diletakkan atas dahi Renjun.
"Daddy.. Kepala Haechan pening sangat. Tak boleh bangun"
"Injun nak muntah" Minyoo mengangkat badan Renjun. Tapi belum sempat masuk tandas, Renjun dah termuntah kat baju Minyoo.
"Takpe, muntah je" Minyoo tepuk badan Renjun supaya dapat keluarkan semua muntah.
"Mommy.. Injun minta maaf"
"Youngho! Yootae! Mana termometer daddy minta tu?!" Sooman menjerit sambil pangku Haechan.
"Kejap daddy! Kitaorang masih cari lagi ni! " Sahut Johnny dari bilik stor.
Johnny dan Yuta mencari menggunakan lampu suluh dan tak buka suis. Bukankah itu satu tindakan bodoh?
"John, aku dah jumpa kat atas rak" Yuta bagi kepada Johnny.
Johnny tengok dan pukul kepala Yuta dengan kuat.
"Ini pregnacy test bingai. Ada juga orang tidur kat tanah perkuburan malam ni" Johnny sambung mencari dan terjumpa empat termometer dalam tupperware.
Kadang aku takleh brain kalau tupperware hilang. Orang boleh jadi gila. Mak aku tak camtu pun.
"Hyung, kenapa cari benda dalam gelap? Kenapa tak buka suis lampu?"
"OH MAK KAU LETUP! " Johnny tersuluh lampu ke muka Mark yang sedang berdiri di tepi dinding.
"MINHYEONG! TERKEJUT HYUNG TAU TAK! " Yuta mengurut dada kerana terkejut.
"Hyung nak buat apa dengan benda tu? " Mark masuk dalam stor dan menghampiri Johnny.
"Daddy minta sebab kembar tiga demam serentak. Yuta, bawa dia masuk bilik. Aku hantar benda ni kat daddy. Mengamuk dia nanti kalau lambat"
"YOUNGHO! CEPAT! "
"Okay okay. Jom masuk bilik. Mark kena tidur sebab dah malam" Yuta tarik tangan Mark masuk bilik yang berada di tingkat 2.
"Apa result dia? " Tanya Saera dengan penuh risau.
"39... Semua sama takde kurang takde lebih" Sooman bagi termometer kepada Saera dan Minyoo untuk dilihat.
"Abang.. Ni terlalu tinggi ni. Kita pergi hospital sekarang juga. Takut apa-apa terjadi kat anak-anak"
"Jom, abang pun takut sesuatu terjadi kat diorang ni"
"Akak, tolong jaga anak-anak sepanjang saya dekat hospital jaga kembar tiga tu. Saya taktahu akan balik pukul berapa tapi saya tahu saya akan balik lewat" Saera siapkan barang-barang untuk dibawa ke hospital jika Renjun,Jeno dan Haechan terpaksa ditahan masuk wad
"Takpe, awak pergilah hospital dengan Sooman. Biar saya jaga budak-budak. Nanti saya minta tolong dekat anak-anak teruna tu tolong kemas rumah ke apa. " Minyoo memeluk Saera sebelum pergi.
"Jom gerak sekarang, enjin dah start! " Panggil Sooman dari luar.
"Chenle tidur kat bilik. Nanti kalau dia terbangun cari-cari saya satu rumah. Terus bancuh susu" Saera tarik tangan si kembar tiga dan masuk kedalam kereta.++++
Matahari mula muncul dan ramai manusia bangun dari tidur. Tak kecuali juga dengan keluarga Lee.
Minyoo bangun dari tidur dan memulakan aktiviti harian.
"Taeil, Youngho. Bangun sekarang dan kejutkan adik-adik yang lain lepastu pergi mandi dan turun bawah sarapan sama-sama" Minyoo ketuk-ketuk pintu beberapa kali sebelum pergi bilik lain.
"Jaehyun sayang. Meh bangun jum pergi tadika. Mommy hantar nanti" Minyoo goncang badan Jaehyun dengan perlahan. Selepas kejutkan Jaehyun, Minyoo beralih ke pula katil Winwin yang masih lagi tidur.
"Mommy.. Mama mana..." Jaehyun yang masih mamai gosok mata dan menguap banyak kali.
"Mama dengan daddy takde. Diorang kat hospital sebab adik-adik kamu demam. " Balas Minyoo sambil mengejutkan Winwin dari tidur.
Winwin pula masih tak bangun-bangun sampaikan Minyoo terpaksa angkat masuk bilik air.
Jaehyun yang masih mengantuk hanya mengganguk faham dan masuk kedalam bilik air mandi dengan Winwin.
"Kau pasti nak ketuk kuali ni? " Tanya Taeil kepada Johnny.
Johnny mengangguk yakin dan masuk kedalam bilik .
"BANGUN BANGUN! WOI BANGUN AHLI NERAKA SEMUA!"
Doyoung, Taeyong dan Ten terus terbangun dari tidur.Ten mengecilkan mata.
"Binawe punya abang" Bisik hati Ten.
"KORANG PAHAL DOWH BUAT BISING-BISING PAGI NI. INGAT MARCHING BAND PERSEMBAHAN HARI GURU KE BIAWAK! " Taeyong membaling bantal kepada Johnny tapi dia sempat mengelak.
"BANGUN SEMUA SEBELUM JOHNNY YANG SHEKSHI INI SERET ANDA KE BILIK AIR" Johnny pukul kuali tanpa henti.
"BERHENTILAH! NANTI CHENLE DENGAN JISUNG TERBANGUN MACAM MANA? " Doyoung mencapai kamus yang dibaca tadi malam dan baling ke Johnny.
Johnny yang kusyuk pukul kuali tak perasan akan serangan Doyoung."YA TUHAN" Johnny terbaring dan kepalanya jadi pening lalat.
"Youngho, kau okay? " Taeil tarik tangannya dan Johnny duduk sekejap hilangkan pening.
"Korang semua jangan lupa bangun tau?" Johnny bangun dengan terhuyung-hayang
BUK!
Johnny terlanggar pintu kerana terlampau pening.
"AKU OKAY! JANGAN LUPA
MAN-- BUKK-- ""YOUNGHO! JANGANLAH MABUK KETUM SANGAT SAMPAI ASYIK TERLANGGAR PINTU JE! " Taeil ikut dari belakang kerana risau dengan keadaan Johnny.
Manakala Doyoung, Taeyong serta Ten berpandangan sesama sendiri.
"Terima kasih aku ucapkan kat kau. Kalau tidak, memang keluar berita kes orang jatuh dari tingkat 2" Taeyong tepuk tangan begitu juga Ten.
"Aku buat camtu sebab annoying gila dengan si Youngho tu. Dahlah bilik mama dengan mommy sebelah-sebelah je. Kalau adik-adik terbangun macamana? Tak ke naya nak tidurkan balik " Doyoung bangun dan ambil tuala dalam almari.
"Eh by the way en, Dodo. Kau layak dapat panggilan Doyoung Kamus Bin Ninggal" Balas Ten dan Taeyong mengganguk setuju.
"Dahlah, aku nak siap nanti Mommy mengamuk. Aku taknak dengar orang marah di pagi yang mulia ini" Taeyong bangun dari katil dan begitu juga dengan Ten yang terus kemas katil selepas bangun.-TBC
Secara tiba-tiba aku rindu dekat Podol. Aku suka bhai tgk video Adib Kamus pembunuh yang terlepas dari penjara tu 😂
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT