"Gelek gelek telur pecah sejibik--"
"SEBIJI BUKAN SEJIBIK! AKU DEBIK KEPALA KAU KARANG! " Chenle angkat tangan mahu tampar Jisung."Maaflah, jangan marah Jisung sampai begitu. Nanti cepat tua" Ujar Jisung lalu menunduk.
"Aku marah tak marah memang dah tua pun. Kau jangan nak menjawab cakap orang tua" Balas Chenle dengan panjangan tajam.
"Sedar pun dah tua, tak reti-reti kahwin pula" Jisung menjawab dan kemudian Chenle mahu belasah Jisung tapi dihalang oleh Jeno.
"Korang ni dah besar cubalah matang sikit. Pasal main pun nak gaduh " Jeno menggeleng kepala tengok mereka berdua.
"Takdelah hyung, kitaorang main-main je sebab bosan" Balas Chenle sambil menggaru kepala.
"Ish ish, korang ni. Takde kerja nak dibuat, tolonglah mama sapu sampah ada juga kerja yang dibuat" Ujar Jeno.
"Kitaorang dah tolong mama dan mommy tadi. Hyung? " Jisung mengangkat muka.
"Hyung kemas bilik lah. Kan hyung dan Siyeun noona bakal jadi ibubapa" Balas Jeno lalu keluar dari bilik mereka.
Chenle siku tangan Jisung dan berpandangan sesama sendiri.
"Tiba-tiba masuk bilik kita, dah kenapa dengan dia tu? " Soal Chenle dan bangun untuk tutup pintu.
"Mungkin dia ingat kita nak bergaduh tadi. Itu sebabnya dia masuk. Jom main gelek telur balik" Balas Jisung dan naik ke katil semula.
Chenle mengganguk kemudian duduk di katil. Jisung letakkan tangan terlebih dahulu barulah Chenle.
"Gelek gelek telur pecah seji-biji plop!!"
"KAU KATA SEJIBIK LAGI! " Chenle menarik muka dan buat Jisung menggaru kepala.
"TAPI JISUNG DAH TUKAR KAN? " Jisung mencebik bibir kerana tak puas hati.
Chenle diam dan sambung main semula sehingga mereka berdua kalah. Jeritan sehingga rumah bergegar tu perkara biasa.
++++
"Keluarkan semua yang abang boleh. Jangan ditahan, keluarkan semua" Hyejin tepuk badan Haechan supaya dapat keluarkan semua isi dalam perut.
"Tak boleh keluar lagi, seksa rasanya. " Haechan menggeleng kepala dan sandar pada dinding kemudian tutup mata.
Air liur yang keluar dilap dengan tangan dan kepala paip dibuka untuk basuh tangan. Haechan rasa loya semula dan muntah di mangkuk tandas, tapi yang keluar kali ni hanyalah air.
Hyejin tepuk badan Haechan dengan perlahan tapi dia menggeleng kerana tidak mampu muntah lagi.
"Awak makan apa sampai muntah teruk ni! Cakap dengan saya cepat! " Hyejin pegang kedua bahu Haechan dan tampar pipinya dengan perlahan supaya mabuk cepat hilang.
"Saya makan yang awak masak tadi lah. Minum air milo yang Winwin bancuhkan, tak tahulah dia letak apa kat dalam tu. Ketum, dadah, ganja apa kita tahu" Haechan tutup mulut lagi kerana loya datang semula. Hyejin mengurut badannya dan bawa keluar dari tandas lalu baringkan di katil.
"Yang, abang pening lah" Haechan merengek dan Hyejin ambil minyak angin dari meja.
"Aduh, muda-muda dah asyik sakit je. Awak ni tak pandai jaga kesihatan ke? " Soal Hyejin lalu sapu minyak di belakang badan Haechan.
"Isteriku yang tercinta, saya ni jarang sakit. Kali ni saya muntah-muntah tak tahu sebab, janganlah marah-marahkan saya. Urut lah badan saya tu" Balas Haechan dan Hyejin mendengus geram, minyak panas sengaja dituang banyak ke badan Haechan.
Hyejin urut badannya dengan kasar serta ganas dan minyak panas mula beri kesan. Haechan cengkam cadar katil kerana mula rasa sakit dan membuatkan Hyejin tersenyum puas.
"Awak ni sengaja nak bunuh saya ke macam mana? AH STOP!" Haechan mula menangis dan barulah Hyejin berhenti. Baju yang Haechan yang naik diturunkan semula.
"Saja nak seksa awak dulu, dahlah. Saya nak tengok tv" Hyejin duduk di lantai dan buka tv. Haechan turun dari katil dan mendekatinya perlahan-lahan.
"Awak marahkan saya ke? Maaflah kalau abang buat awak sedih" Haechan letakkan kepala dibahunya. Hyejin yang sedang tukar siaran hanya membiarkan perlakuan Haechan dan diam.
"Saya tak marah abang, cuma tiba-tiba emosi saya ni tiba-tiba berubah lah. Saya pun tak tahu kenapa dengan diri saya kebelakangan ni" Balas Hyejin dan Haechan peluknya dengan erat.
"Alah, biasalah perempuan. Emosi kadang tak tentu, abang pun ada adik-beradik perempuan" Ujar Haechan dan tengok kartun yang ditayangkan di tv.
"Bang, abang nak anak tak? " Soal Hyejin tiba-tiba dan air liur Haechan tersembur keluar dan hampir terkena serangan jantung.
"Orang bodoh je yang taknakkan anak. Kenapa awak tiba-tiba tanya hal ni? Awak teringin nak ada anak ke? " Haechan membelai rambutnya dengan perlahan.
Hyejin pegang tangan Haechan dan mengganguk perlahan.
"Awak pasti ke yang awak dah sedia jadi ibu? Bukan senang kalau dah ada komitmen ni" Haechan senyum dan mengganguk sebagai tanda tidak perlu terburu-buru.
"Sedia atau tidak, kita tetap kena lalui sebab dah diamanahkan! Saya memang teringin sangat. Harap awak tak marah dengan saya" Hyejin menunduk dan Haechan tersenyum sekali lagi.
Haechan tarik tangan suruh dia duduk di katil semula. Pintu sengaja dikunci, tingkap dan langsir juga ditutup.
++++
Jeno dan Siyeun tidak berhenti senyum dari tadi. Gambar yang mereka dapat semasa di klinik tadi diusap-usap banyak kali.
"Terima kasih sayang, abang sayang awak" Jeno mencium dahinya dan tiba-tiba rasa sebak.
Siyeun pelik dan cuba pujuk dia yang kini mata semakin memerah menahan sedih."Kenapa, saya ada buat salah ke sampai abang nak menangis ni? " Siyeun pegang mukanya dan Jeno menggeleng kepala sebagai tidak.
"Tak, abang rasa gembira sangat sekarang ni sebab ada awak disisi dan bakal anak kita yang bakal lahir" Jeno sedaya upaya cuba tahan.
"Lah, sebab tu je ke? Saya yang mengandung awak yang kena effect bawang kena potong" Siyeun gelak tengok Jeno yang cuba tahan airmata daripada keluar.
"Awak nak anak perempuan atau lelaki ? Abang tak kisah asalkan dia baik dan hormat orang tua" Jeno letakkan tangan di perut Siyeun dan buat dia rasa tak selesa.
"Saya pun tak kisah juga tapi saya rasa tak sedap badan pula" Siyeun baring di katil dan asyik tukar posisi kerana tidak selesa.
Jeno baring di atas katil dan dekatkan diri dengan Siyeun yang cuba menahan sakit.
"Baby, kesian dengan eomma. Dia menangis sebab sakit tu" Jeno mengusap perut Siyeun dan sakit perut mula berkurangan.
"Baby dengar cakap appa lah! Anak baik" Balas Siyeun dan turut mengusap perut. Gambar ultrasound tadi diambil dan mereka tengok lagi tanpa berkelip mata.
Janin mula berbentuk, tangan dan kaki mula kelihatan. Jeno pandang isterinya dan hadiahkan ciuman di pipi.
Muka Siyeun serta-merah merah seperti ketam rebus kerana dicium tadi.
-TBC
AKU TAHU CHAP KALI NI TERLALU CHEESY DAN BUAT SEMUT DATANG TEMPAT KORANG. MAAFKAN AKUUUU
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT