Pt. 13

765 87 44
                                    

"Mama~" Chenle membuka pintu bilik wad sambil mendukung adik bayi. Dia datang ke katil dan bagi kepada Saera.

Hansol mula menangis dan Saera terus cemas.

"Aigoo, jangan menangis sayang. Mama taktahu Hansol nak apa. Hansol nak susu mama tak? "

Chenle alihkan pandangan ke tempat lain. Manakala Saera mula menyusukan Hansol.

"Lapar ya sayang? Mama baru dapat bagi susu kat sayang sekarang ni" Selepas selesai, Saera tepuk badan Hansol dengan perlahan.

"Dia comel kan? Tapi tak tahu ikut muka siapa" Chenle membelai-belai pipinya yang lembut.

"Mama pun tak tahu. Terima kasih sebab bagi nama untuk dia. Mama suka nama yang Chenle bagi tu" Saera bagi Hansol kepada Chenle.

"Sama-sama. Chenle pun dapat sebab tiba-tiba melintas kat dalam kepala. Diorang dengan daddy pergi makan kat kantin. Diorang kata nak datang lepas habis makan" Chenle membuat muka hodoh ketika dukung adik bayi.

Baru je sebut, mereka semua masuk dalam bilik Saera dan buat bising.

"Jangan buat bising, mama dengan adik nak berehat" Sooman duduk disebelah Saera pula.

"Apa pula abang ni, Hansol tengah celik tu. Biarlah, kalau dia tidur baru marah. Kesian diorang kena marah sebab excited sangat" Saera pukul tangan Sooman.

"Jangan berkerumun. Adik nanti tak selesa sebab ramai sangat duduk dekat" Minyoo mencekak pinggang.

Chenle duduk di sofa sambil pangku Hansol dikaki. Semuanya nak duduk dekat sampai tolak-menolak.

"Jangan gaduh, tengok sama-sama" Tak dipastikan suara Minyoo atau Saera sebab terlalu bingit macam pasar.

"Tengok muka Hansol. Mesti dia fikir siapa lah korang ni semua" Ujar Taeil yang duduk di belah kiri Chenle.

"Mula-mula memanglah dia pelik. Nanti lama-lama dia boleh biasakan diri dengan ahli keluarga dia" Ujar Renjun.

Saera menggeleng kepala tengok anak-anak dan Sooman rapatkan kerusi dengan katil.

"Saya nak cakap sikit boleh tak?... Doktor kata yang awak dah tak boleh mengandung lagi. Dia suruh berhenti mengandung kalau tidak, awak akan ada banyak masalah kesihatan" Sooman pegang tangan Saera dengan erat.

Saera mengganguk faham dengan kata-kata Sooman.

"Saya dah tak kisah boleh mengandung lagi atau tidak. Saya baru bersalin dan cukuplah dengan ni. Chenle dan Jisung pun gembira dengan kehadiran Hansol disisi"

Minyoo pula kena marah budak-budak kalau bising sangat.

"Hansol sayang~ Sini hyung cium awak" Jisung dekatkan badan dan cium dahi adik.

"Biar hyung dukung dia pula" Taeil ambil dari Chenle dan pegang kepalanya dengan hati-hati.

"Omelnya, kiyeowo!" Ujar Ten dengan suara yang sengaja dikecilkan.

"Bagi dekat mama, korang semua kena balik sebab dah nak malam dah. Melawat ada had masa tau" Ujar Saera.

Taeil terus serahkan Hansol dan keluar dari bilik. Yang lain pun ikut keluar bilik sebab taknak mengganggu mamanya susukan adik. Biasalah bayi baru lahir, kuat minum susu.

"Abang pergi dulu, jaga diri baik-baik. Nanti kalau takde apa-apa abang datang jaga awak" Sooman mengecup dahi Saera dan keluar dari bilik. Tinggallah Saera berseorangan dengan Hansol yang didukung.

++++

"Aku suka gila main dengan Hansol. Comel kan adik baru kita? " Yuta pukul badan Jaehyun disebelah kerana terlalu gembira.

"Kalau gembira sangat pun janganlah pukul orang. Sakit tahu tak" Jaehyun pukul Yuta balik tapi dengan perlahan.

"Korang dah bersihkan rumah belum? Esok mama nak balik dah. Jangan tunjukkan malas tu sangat dekat orang. Siapa lah nak jadikan suami kalau gini perangainya. Muka ada pun takde gunanya" Ujar Sooman supaya anak-anaknya sentap.

Semuanya kecuali Renjun terasa ditembak dengan panah dengar cakap Sooman yang terlalu sentap.

Renjun pun 'flip' rambut ke belakang sebab terlalu bangga tak disebut.

"Lee Renjun, kamu pun sama sama pemalas dengan oppa-oppa kamu" Sooman menjeling anak perempuan tunggalnya dengan terlalu tajam.

"HAHAHAHAHA" Semuanya ketawakan Renjun.

Renjun bangun dari kerusi dan pintu bilik dihempas dengan kuat sampai bergegar.

"Eh, panas buntut pula perempuan ni" Kata Winwin dengan kuat dan Renjun tekap kedua-dua telinga guna bantal.

"Apahal dengan minah tu? Kitaorang kena ketawakan boleh pulak. Bila dia kena nak marah pula" Johnny pun selamba kutuk Renjun dan yang lain mengganguk setuju.

Sooman dan Minyoo tak ambil peduli dan masuk dalam bilik tinggalkan mereka bertigabelas yang tengah membawang yang makin lama makin rancak.

"Period mungkin si Renjun tu" Taeyong pula makin menambah-nambah.

"Period tak period. Kalau dah perempuan namanya. Asyik monyok dengan marah jelah kerjanya." Doyoung menyilangkan kaki seperti seorang diva.

"Kenapa hyung cakap macamtu? Terasa hati noona kalau terdengar. Kan daddy ada ajar jangan sakitkan hati perempuan" Chenle membantah.

"Noona macam tu mesti ada sebab. Jangan suka gosip tentang noona boleh tak? Jisung sayang dengan noona walaupun dia asyik marah-marah. Jisung pun tahu perempuan kadang hormon tak stabil"

Mereka semua terdiam dan mula memikirkan kata-kata Chenle serta Jisung.

"Jom Jisung, kita tidur sekarang. Esok nak bawa barang mama pula" Chenle tarik tangan Jisung masuk dalam bilik.

++++

Saera keluar dari kereta dengan berhati-hati sambil mendukung Hansol. Jisung, Chenle dan Sooman angkat barang-barang masuk dalam rumah.

"Hati-hati mama, jalan perlahan nanti takut jahitan terbuka" Ujar Chenle yang prihatin dengan keadaan Saera.

"Mama tengah hati-hati lah ni. Kamu berdua pun sama, berat barang tu semua" Balas Saera dan pulas tombol pintu.

"Selamat pulang mama dan selamat datang ke rumah ni adik Hansol! " Renjun datang kepada Saera dan cium Hansol berkali-berkali.

"Injun, nak dukung adik tak?" Tanya Saera. Renjun cepat-cepat mengganguk dan Saera bagi kepadanya.

"Oh,oh. Tutup mulut nanti ada benda masuk" Renjun tutup mulut Hansol yang sedang menguap.

-TBC

aku masih tak boleh move on yang Hansol keluar smrookies dan SM. Sebab tu aku jadikan dia sebahagian daripada Keluarga Lee.

Aku terlalu rindu kat dia 〒▽〒
Aku tak panggil dia Hansol. Tapi Hasnol sebab ada majalah malaysia salah tulis Hansol Toppdogg jadi Hasnol.

Hansol hanya untuk Vernon U_U



















[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now