S2 23

409 47 24
                                    

Winwin telah ditahan selama seminggu, dia tiada selera makan dan badannya sangat kurus.

Saera masuk kedalam bilik yang menempatkan anaknya. Hati Saera pilu dan hiba setiap kali melihat anak yang disayangi sekarang terlantar dan kurus.

Bunyi mesin nadi
(electrocardiograph) yang sentiasa berbunyi memenuhi bilik. Nasal cannula wayar yang bersambung di hidung Winwin membuatkan Saera tidak kuat tapi dia harus tabah.

(hambik kau aku bubuh gambar)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(hambik kau aku bubuh gambar)

Dia perlahan-lahan menoleh ke arah ibunya yang kini duduk disampingnya. Saera membelai rambutnya dengan perlahan-lahan dan menghadiahkan ciuman di dahi.

Winwin tersenyum dan cuba berkata sesuatu.

"Ma, Winwin dah tak lama lagi ke? " Bibirnya merekah kerana kurang minum air. Saera terkejut dengan soalan yang diajukan oleh Winwin.

"Kenapa kamu cakap macam tu?  Kamu akan sihat tak lama lagi cuma lambat lagi. Doktor kata kamu masih ada peluang" Saera menitiskan airmata dan genggam tangannya dengan erat.

"Doktor kata tiada penderma yang sesuai untuk Winwin. Winwin takut tak sempat menjalani pembedahan tu. Ma, boleh tak maafkan Winwin?  "

"Mama dah lama maafkan anak-anak mama. Sucheong jangan putus asa ya?  Mama tahu anak mama kuat" Saera pegang mukanya yang kurus. Sekali lagi dia sedih melihat keadaan Winwin.

Ibu mana yang tak sayang anak bukan? 

"Mama, mana semua? Sucheong rindu diorang semua. Sucheong rindu rumah, rindu mommy, rindu Donghyeon dan Doyeon, rindu Renjun. Semuanya rindu"

"Mereka tak kuat nak tengok keadaan Sucheong macam ni. Budak-budak tak boleh masuk. " Saera ambil tisu dalam beg dan lap airmata yang keluar.

Winwin mengangguk faham, dia sekarang masuk hospital. Dia juga takut yang dia bawa penyakit kepada semua ahli keluarganya.

Saera keluar dari bilik dan menghubungi anak-anak yang lain supaya melawat kerana Winwin terlalu rindu dengan mereka semua.

Seminggu anaknya masuk hospital, begitu juga dengan Saera yang berendam airmata selama seminggu. Sooman kerap bertanya jika ada penderma yang bersuaian tapi jawapan yang diterima hanyalah 'Tiada'

Mereka semua masuk dalam bilik dan Winwin tersenyum lebar. Yang datang hanyalah Taeil, Taeyong, Johnny, Renjun, Mark, Ten, Jaehyun dan Doyoung.

Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk. Jeno, Chenle, Haechan,Jaemin serta Hansol tidak kuat untuk pergi ke hospital. Walaupun mereka hanya melihat gambar yang dihantar oleh Saera. Tapi ianya cukup membuatkan hati mereka berempat berkecai.

Yuta masih tidak tahu lagi kerana sekarang dia masih lagi sedang berbulan madu. Sooman berpesan supaya jangan beritahu kerana takut akan menganggu percutian mereka berdua.

Winwin cuba bangun kerana dia penat asyik berbaring sepanjang hari. Dia mahu duduk walaupun badan dia tidak berapa kuat.

"Oppa macamana hari ni, dah makan belum?" Renjun memulakan borak.

"Dah makan tapi sikit. Areum macamana? Baik tak dia kat rumah tu?" Winwin dapat duduk kerana bantuan Johnny dan Taeil.

"Baik sangat dekat rumah, dia tadi tanya "ne acik win (mana pakcik winwin?)" dari tadi, Renjun cakap yang oppa kena tahan dekat hospital dan dia tak tanya lagi" Renjun cuba menahan sebak. Winwin pegang tangan adik perempuannya.

"Renjun, kenapa Renjun makin cantik? " Winwin membuatkan Renjun malu dan mereka semua tergelak.

"Nak bodek lerr tu" Ujar Taeyong dengan nada bergurau.

"Ala, biasalah. Tapi Renjun tak cantik pun. Oppa semakin hari semakin kacak Renjun tengok" Renjun mencubit pipinya kerana geram.

"Terima kasih sebab puji oppa kacak" Winwin tersenyum lebar namun senyumannya mula pudar ketika perasaan ramai yang tiada.

"Mana yang lain, diorang tak datang ke? " Winwin pegang tangan Jaehyun disebelah. Mereka semua mengganguk perlahan.

Sekali lagi Winwin faham yang mereka tak mahu berjumpa kerana tak sanggup.

"Winwin, badan kau sakit tak? Nak aku urutkan? " Johnny tawarkan tapi Winwin menggeleng.

"Maaf ya, masa melawat dah nak habis ni. Minta jasa baik anda semua untuk keluar dengan keluar" Seorang jururawat wanita ketuk dan buka pintu.

Mereka semua memeluk Winwin sebelum balik ke rumah. Renjun peluknya tapi terasa lebih lama.

"Jangan lupa datang melawat lagi tahu?" Bisik Winwin di telinganya.

Mereka melambai-lambai dan Winwin membalas. Selepas mereka semua pulang, Winwin baring dan menutup kedua-dua matanya dengan rapat dan berharap.

Berharap esok ada keajaiban untuknya.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now