S2 33

411 50 45
                                    

Ya ampun wehhh, aku baru perasan dekat chap 31 ada kesilapan!  Haera isteri Johnny bukan Taeyong, isteri dia Yesung lah! Kenapa takde orang perasan weh?!

Nah, takut ada kesilapan lagi.

Johnny - Haera - Younghee.

Taeil - Junghee - Taehan.

Taeyong - Yesung - Yong.

Renjun - Jihoon - Areum.

Doyoung - Yeri - Donghyeon & Doyeon - Dohee

Yuta - Shannon - ×

"Younghee-ah, daddy dah nak pergi kerja dah ni. Jaga mummy baik-baik dekat rumah ni. " Johnny peluk anak perempuannya sebelum berangkat pergi kerja.

"Daddy janganlah pergi. Younghee nak daddy" Younghee menggeleng beberapa kali.

"You should listen to your father. Cium daddy, dia dah nak pergi kerja tu" Kata Haera dan Younghee mencium pipi Johnny.

Taeyong peluk dengan Yesung lama dan menatap dengan lama.

"Kat sana kerja leklok, jangan tengok perempuan seksi. Saya dapat tahu ada kuali terbang nanti" Yesung membetulkan tadi lehernya dan Taeyong terketawa tengok muka marah isterinya.

"Yelah sayang ku, balik nanti chagi main game pubg dengan sayang. Jaga anak kita dengan baik. Lagi-lagi dalam perut tu" Ujar Taeyong dan membuatkan semua pandang mereka.

"Apa ni! Baru nak rahsiakan hal ni, dah semua orang tahu" Yesung menghentakkan kaki dengan perlahan.

"Yeah! Daddy dapat cucu lagi! Taeyong, kerja baik-baik jangan paksa diri sangat. Kamu nak ke anak dalam perut isteri kamu tu dapat ayah baru? " Kata Sooman dan buat semua orang tergelak dengan kerenahnya.

Shannon dari tadi betulkan tali leher Yuta. Dia dengar apa yang Taeyong cakapkan tadi dan buat dia mahu menangis.

"Issokay, belum rezeki kita lagi nak timang cahaya mata. Jangan sedih-sedih ya? Abang sayang isteri abang" Yuta pujuk dan Shannon sedang berusaha untuk tidak keluarkan air mata.

Yesung dan Taeyong rasa bersalah bila tengok Shannon dengar tentang kehamilan Yesung.

"Jangan risau, sekarang belum masanya kamu berdua nak dapat anak. Mungkin akan datang nanti, jangan sedih ya?" Junghee peluk Shannon membuatkan mereka semua tersentuh.

"Saya tak sedihlah, saya tumpang gembira untuk Kak Yesung dan Bang Taeyong, kebetulan habuk masuk mata saya pula tadi" Shannon lap airmata yang terkeluar sikit. Mereka semua tahu yang dia cuma menipu.

"Mari kita semua berangkat, dah nak pukul berapa dah ni. Nanti orang kata apa pula kalau bos masuk lambat" Doyoung kemaskan baju dan keluar dari rumah.

Semua isteri melambai kepada suami mereka. Selepas itu, mereka mula membuat kerja masing-masing, membasuh baju, kemas bilik, lipat baju. Senang cerita semuanya buat kerja rumah.

Donghyeon masuk kedalam bilik Winwin sambil mendukung Dohee.

"Pakcik! Boleh tak baca buku cerita ni? " Donghyeon duduk di katil dan baringkan Dohee.

"Boleh, buku apa? " Winwin ambil buku dan tengok tajuk. Dia mula baca untuk anak saudaranya. Dohee pula tidur disamping abangnya.

"Pembunuh gantikan dengan jantung rusa sebab tak sampai hati bunuh Snow White dan kemudian.. Tamat! " Winwin menutup muka dan Donghyeon tergaru-garu kepala.

"Kenapa tu? Pakcik ada buat sesuatu ke? " Winwin mula pelik dengan Donghyeon.

"Takdelah, cuma gatal sebab kutu buat. Pakcik, abang nak tanya sesuatu boleh? Harap pakcik tak marah" Donghyeon mengenyit mata.

"Apa dia? Kalau pakcik boleh balas, pakcik akan balas" Winwin membetulkan kedudukan kerana punggung rasa kebas. Donghyeon terfikir sesuatu dan muncul dalam kepala.

"Pakcik Jaehyun dermakan satu buah pinggang dia untuk Pakcik Winwin. Kalau dia kahwin kan, anak dia cuma ada satu buah pinggang je ke? " Soal Donghyeon ingin tahu kerana terpengaruh dengan kawan sekelas.

"Haha, mana ada. Anak dia tetap akan ada dua buah pinggang. Lainlah kalau dia dermakan satu pada orang lain. Pakcik memang tak tipu tahu? " Winwin menggosok rambutnya.

"Ah! Abang ingatkan macam tu. Nasib baik pakcik jelaskan dekat abang. Kalau dah besar nanti, abang nak jadi penderma organ lah! Boleh selamatkan nyawa orang lain macam Pakcik Jaehyun lakukan pada Pakcik Winwin"

Winwin tersenyum melihat anak buahnya. Kecil-kecil lagi dah ada niat yang baik.

"Bagus lah tu, ramai pesakit yang terpaksa tunggu sebab bekalan organ takde. Abang kena cukup umur dan buat kad khas. Abang kena sihat tak boleh sakit-sakit" Winwin cubit pipi Donghyeon kerana terlalu geram dengan pipiya. Temban ikut bapanya.

"Atok kata kena tunggu 18 tahun, kan? Lama lagi lah nak tunggu" Donghyeon menyilangkan tangan dan kaki.

"Ah, abang nak tahu sesuatu tak? Dulu orang selalu ingat kalau bedah buah pinggang. Doktor akan buang yang rosak kemudian ganti yang baru tu? Sebenarnya takde pun, doktor takkan buang yang lama. Organ baru tu akan ganti tugas buah pinggang yang lama tu"

Winwin memberitahu fakta yang tak ramai tahu. Donghyeon tutup mulut dengan tangan kerana terkejut dengan kata-kata Winwin.

"Pakcik ada tiga manakala Pakcik Jaehyun ada satu je? Gempak seh" Donghyeon tepuk tangan seperti anjing laut dan Winwin ambil Dohee di sebelah dengan perlahan kerana takut luka akan sakit semula.

"Adik kamu ni tidur, kenapa bawa dia masuk dalam bilik ni? Dia tak terasa terganggu ke? " Winwin menepuk pehanya supaya tidur lebih nyenyak. Sebenarnya Dohee dah berat sebab dia dah pandai jalan.

"Tadi dia dah terjaga masa abang bawa. Mungkin dengar kita berborak tadi tu yang terus tidur. Tapi mana pakcik Jaehyun?  Tak nampak pun dia kat dalam bilik dari tadi" Donghyeon tengok sekeliling bilik dan Winwin bagi Dohee kepadanya kerana dah terjaga.

"Dia tengah main game kat bilik pakcik kembar kau tu juga. Si Jendul dengan Belacan lah, tak padan dengan sakitnya. " Winwin mengulingkan mata dan silangkan tangan kerana geram.

"Nak cucu (susu)  Dodo nak cucu" Dohee merengek dan perutnya berbunyi. Donghyeon dukung dan bawa keluar dari bilik.

Winwin ambil telefon dan sambung baca Webcomics. Hehehe, ada awek syeksi.

-TBC

aku rasa makin lama cerita ni semakin hambar. Jalan cerita dah makin pelik, dah tak dapat sambutan banyak macam dulu.

 

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now