S2 40

419 53 27
                                    

Saera peluk serta tenangkan Haechan dan Jeno yang menangis tanpa henti kerana dibelasah. Yuta dan Minyoo sapu ubat di muka mereka untuk hilangkan lebam dan kurangkan rasa sakit.

"Teruk sangat korang belasah adik korang ni! Jeno cuma tersalah cakap dan Haechan terlampau takut sampai telefon polis je! " Ujar Minyoo sambil sapu ubat luka di muka Haechan.

Taeil, Taeyong dan Johnny melutut dan menunduk berkali-kali sebagai permohonan maaf hampir 20 minit.

Sooman hanya memeluk badan kerana kejadian yang berlaku pada mereka. Baginya tidak lah teruk mana, bukannya Jeno dan Haechan sorokkan dadah di rumah mereka.

"Tak perlu belasah adik-adik kamu sampai hampir putus nafas diorang. Cukuplah marah sebagai pengajaran, dahlah mereka dah nak kahwin. Trauma tak pasal-pasal daddy yang susah kena hantar pergi jumpa doktor dekat hospital" Sooman menggeleng tengok tiga anaknya yang melutut hingga kebas kaki dan dua anak lagi yang menangis tanpa henti.

"Hae-haechan me-minta mm-maaf sse-sebab buat korang marah. Haechannie janji tak buat lagi" Haechan angkat tangan dan bersumpah takkan lakukan lagi. Jeno juga lakukan perkara yang sama dan meminta maaf pada semua orang.

Johnny bangun dan pegang tangan Haechan kerana telah terlalu kasar padanya.

"Hyung minta maaf sebab tak dapat kawal marah tadi. Hyungdeul dah melampau" Johnny peluk Haechan yang tersedu-sedu kerana menangis tanpa henti.

"Haechan maafkan, lagipun ada elok juga korang belasah tadi. Biar jadi pengajaran supaya tak berlaku lagi. " Haechan membalas pelukannya dan lap hingus di baju Johnny.

"Kitaorang minta maaf kat Jeno juga tau? " Taeil dan Taeyong pergi ke arahnya. Jeno mengganguk perlahan.

"Sekarang semuanya dah selesai. Kes ditutup, marilah kita tidur dan mimpi yang indah-indah belaka. Jangan mimpikan gochung sudah" Chenle menguap dan tarik Jisung masuk dalam bilik.

Haera tarik telinga Johnny supaya masuk bilik semula kerana telah buat Younghee terbangun.

Yesung pasang muka marah dan Taeyong serta-merta masuk bilik semula. Junghee picit hidung Taeil dan semuanya masuk bilik kecuali Haechan, Jeno dan Saera yang duduk di ruang tamu.

"Jom, mama temankan tidur dalam bilik kamu berdua" Saera mengecup dahi Jeno dan Haechan serta berpegangan tangan semasa melangkah tangga.

"Habistu Hansol tidur seorang diri ke? Berani betul mama tinggalkan dia" Jeno menoleh ke arah bilik Saera yang berada di tingkap bawah.

"Daddy adalah, hari ni giliran dia tidur dengan mama. Esok mommy pula" Saera pulas tombol pintu dan tutup pintu semula.

Jeno dan Haechan kemaskan bilik dulu barulah katil. Saera baring ditengah manakala Jeno di kiri dan Haechan di belah kanan.

"Nanti kamu berdua dah berpisah bilik dan tidur ada peneman di sebelah. Mama nak tidur dengan kamu sebelum kamu berdua berkahwin" Dia tarik selimut supaya tidak kesejukan, kata-kata yang keluar membuatkan dua jejaka yang tak berapa comel itu sebak.

"Dahlah, kita tidur, esok kena bangun awal" Jeno ambil remote penghawa dingin dan naikkan suhu supaya mereka tidur dengan nyenyak.

++++

Renjun ketawa sampai terkeluar airmata ketika Jisung menelefon tentang kejadian tadi malam sehingga perut sakit sambil menunggu nombor giliran untuk buat periksa kandungan.

"Betul noona! Sampai menangis Jeno hyung ngan Haechan hyung kena belasah! "

"Aduh, si Jeno pun satu. Yang dia sebut romen tu dah kenapa? Memang patutlah Haechan telefon polis! " Renjun gelak dengan kuat dan tak berhenti sehingga menimbulkan reaksi kurang senang orang awam. Jihoon datang dan beri air mineral yang dibeli di kedai diluar.

"Okay lah, abang ipar kau dah balik dari kedai. Bye! "

"Goodbye! Kirim salam kat babies! "

Renjun matikan panggilan dan minum air yang diberi tadi. Jihoon urut bahunya kerana dia tahu Renjun sedang tidak sedap badan.

Tak sedap letaklah garam. K, hambar.

"Siapa yang telefon tadi? Awak ketawa tak ingat dunia sampai orang pandang serong tadi tahu tak?" Ujar Jihoon sambil mengurut bahu Renjun lagi.

"Ala, si Jisung cerita tentang hal rumah tadi. Lawak sangat tadi" Ujar Renjun dan letakkan telefon dalam beg. Jihoon mengganguk faham dan sambung urut Renjun.

"LEE RENJUN. SILA MASUK BILIK NOMBOR 7 "

"Ha, panggil pun nama kita. Ingatkan sampai kiamat pun takkan panggil" Renjun bangun dengan susah payah kerana perut makin membesar. Nasib baik Jihoon pegang tangannya dan bawakan beg.

Dia pergi bilik yang disebut dan terlanggar seseorang.

"Eh sorry sorry bang! " Renjun menunduk dan perasan mukanya.

"Renjun! Tak sangka boleh terserempak dekat sini" Yuta tersenyum lebar melihat perut Renjun makin besar dan jangan dilupakan pipi Renjun yang semakin tembam kerana mencekik (makan) tak ingat dunia.

"Yuta oppa, buat apa kat sini? Renjun nak checkup perut ni hah" Renjun mahu tayang perut tapi Shannon ada dan sedang tersenyum tawar.

Yuta datang ke Renjun dan membisikkan ke telinga sesuatu kerana tak mahu orang lain tahu.
"Nak tanya tentang produser IVF. Jangan bagitahu orang lain" Yuta senyum dan tarik tangan Shannon pergi.

Renjun hanya senyum kekok dan melambai-lambai kepada mereka sebelum masuk bilik.

"Pipi puan dah makin tembam tu. Mesti selera makan dah datang balik" Seorang jururawat senyum dan tengok buku rekod kesihatan. Di bajunya tertulis nama Hong Yira.

"Setiap malam selongkar peti ais nak makan coklat dengan aiskrim. Mana tak naik pipi tu mengalahkan doh piza" Ujar Jihoon dan membuatkan Yira ketawa.

Renjun baring di atas katil dan baju diangkat sedikit sehingga menampakkan perut. Cecair gel khas diletakkan dan mula imbas (scan) kandungan. Transducer digerakkan perlahan mengeliling perut.

Jihoon dan Renjun tengok monitor tanpa berkelip mata. Kelihatan dua janin sedang bergerak aktif.

"Diorang gerak semua, kandungan macam tiada apa-apa. " Yira gerakkan transducer lagi. Jihoon pegang tangan Renjun kerana terlalu gembira.

Areum dihantar pada mak Jihoon iaitu Mama Jisung!

"Dah boleh tahu jantina belum? Dulu pergi kata 70% lelaki" Renjun terlalu teruja mengandung kali kedua.

"Hmm, awak akan ada dua hero!" Ujar Yira dengan kuat dan membuatkan mereka hampir menitiskan airmata.

Dari dulu lagi Renjun mahukan sepasang anak lelaki dan satu anak perempuan. Sekarang impiannya tercapai.

Dia turunkan baju dan turun katil dengan susah payah kerana dia tiba-tiba rasa pening.

-TBC

Baik pula aku ni, bagi chapter panjang.










[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now