Taeil mengosok gigi sebelum tidur. Selepas selesai, dia tengok-tengok gigi takut ada sisa cili terlekat.
TOK! TOK!
"Penghantaran piza, Encik Lee Taeil ada? " Seseorang ketuk pintu bilik air bertalu-talu sampai menggangu Taeil.
Taeil keringkan muka guna tuala yang disangkut kat dinding.
"Tok tok! Piza Encik dah sejuk!"
"YOUNGHO!! SABAR JAP BOLEH TAK! " Taeil mendengus geram lalu buka pintu.
Johnny tersenyum kambing sambil mendukung Chenle.
"Apahal kau bawa Chenle masuk bilik kita? Kau nak guna bilik air ke?" Taeil memandang Johnny dari atas bawah dengan muka tak puas hati.
"Takdelah, aku saja je nak menguji keimanan kau. Gila apa delivery piza malam-malam. Ingat creepypasta ke ketuk-ketuk pintu. Aku bawa Chenle masuk bilik sebab nak main dengan dia, bila dah habis aku hantar dia balik bilik mama" Johnny membaringkan Chenle di atas katil dan baring disebelah.
Taeil sepak punggung Johnny sebelum baring kat katil. Dia ambil buku kat atas meja.
"Oi. Kau dah gosok gigi belum? Mommy dah pesan setiap hari sampai berbuih mulut nak cakap"
Johnny letakkan tangan sebagai bantal kepala dan menoleh ke arah Taeil.
"Belum. Tapi nanti aku gosoklah."
"Kau tu tak boleh dipercayai Lee Youngho. Kata nak buat last-last terus 'pengsan'. Lepastu kau suka buat peta dunia kat bantal masa tidur nyenyak. Bau air liur kau tak payah ceritalah. Wangi lagi bau bangkai dari mulut kau" Taeil menyelak helaian buku.
"Jaga kau Taeil. Bila kau tidur nanti aku tenyeh pampers Jisung kat muka kau" Johnny bangun dan dukung Chenle keluar dari bilik.
"KAU BEBETUL BUAT MEMANG TAK WUJUD KEMAAFAN DALAM KAMUS HIDUP AKU!!" Taeil baling buku ke dinding tapi terkena muka balik.
Lee Taeil disahkan pengsan seketika kerana gegaran otak.
++++
"Cuba Jisung ikut mommy cakap. MOMMY" Minyoo mengajar perkataan pertama yang Jisung bakal sebut.
Jisung cuba mengikut gerakkan bibir Minyoo. Tapi terlalu sukar bagi bayi seperti dia.
"Sini dengan saya pula. Ini daddy. Cuba sebut DADDY" Sooman mengambil Jisung dari tangan Minyoo dan baringkan di dada.
"Da.. Da.. "
"Dia bakal sebut ayat pertama dia! " Minyoo teruja melihat Jisung yang masih lagi tersangkut-sangkut nak sebut.
"Daddy. Sebut Daddy lagi!"
"Da.. Da.. Dadda (Daddy) "
"Yeah! Jisung pandai, sini mommy cium pipi"
"Dadda pun boleh lah " Sooman mencium kedua-dua belah pipi Jisung dengan lama.
Jisung ketawa kecil sambil hisap ibu jari tangan.
"Babahuahua! " Jisung bercakap dalam bahasa yang cuma dia sendiri faham.
"Saya rasa dia nak cakap sesuatu lah. Kejap saya ambil kamera nak rakam. " Minyoo bangun dari katil.
Sooman mengangguk dan mengiyakan walaupun dia tak faham apa yang Jisung cakap.
"Ya, ya. Daddy dengar ni"
"Ah um baba uh dada ah"
"Taeil hyung selalu cubit Jisung ya? Nanti daddy babap hyung sebab buat Jisung menangis! " Entah apalah Sooman terjemah cakap Jisung. Tapi Jisung asyik mengadu dekat Sooman je.
"Uh ah umm mo mo da~"
"Iya, Daddy janji akan cubit hyung. Berani dia buat macam tu kat Jisung. " Sooman membuat muka garang dan Jisung masih lagi cakap dengan daddynya.
"Da da da um waa"
"Iya, daddy dengar ni"
"Entah apalah dia borak dengan abang tu" Minyoo merakam sambil ketawa tengok Jisung berborak walaupun tak faham.
"Uh uh uh"
"Jisung nak tidur ya? " Sooman letakkan Jisung ditengah-tengah antara dia dan Minyoo.
Minyoo matikan rakaman dan letak di atas meja.
Jisung mengeliat kerana tak selesa.
"Patut ke saya tukar lampin dia dulu sebelum tidur? " Tanya Sooman yang sedang mendodoikan anak bongsunya.
"Saya baru tukar lampin dia tadi.Takkan dah penuh balik? Eh pakaikan stoking dengan sarung tangan nanti dia kesejukan. " Balas Minyoo yang tengah buka getah rambut.
Sooman angkat semula dan tepuk belakang badan Jisung.
"Saya baru perasan banyak calar kat muka dia. Dia cakar muka sendiri ke? " Soal Sooman.
"Saya tak pun perasan kalau abang tak bagi tahu. Tapi saya rasa mesti dia ada garu. Saya memang ada buka sarung tangan dia sebab panas berapa hari lepas lagipun dia asyik menangis je. "
KNOCK! KNOCK!
"Kejap! " Sooman bangun dan buka pintu.
"Saera, kenapa--"
"RENJUN JENO HAECHAN DEMAM DAN MUNTAH-MUNTAH! "
"APA?!"
-TBC
Aku teringat video masa adik aku baby lagi. Dia cakap apa tah dengan bapa aku. Tapi ayah layan je Am masatu. Kakak aku ada rakam tapi dah hilang dah :'(
![](https://img.wattpad.com/cover/120333211-288-k947270.jpg)
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT