S2 14

414 50 45
                                    

Renjun keluar dari bilik air dan keringkan rambut. Jihoon baring di katil sambil bermain dengan telefon.

"Awak.."

"Apa dia sayang? " Jihoon balas tetapi tidak pandang wajah Renjun.

"Jom"

"Jom apa?"

"Jomlah, awak macam tak tahu pula"

"Sekarang ke? Biar betul? " Jihoon pandang wajah Renjun dengan tidak percaya.

"Yelah, jom. Diorang dah tunggu kat luar. Kita kan nak buka hadiah yang tetamu bagi" Renjun sangkut tuala dan keluar dari bilik. Jihoon terasa tertipu dan keluar dari permainan dan mengikuti Renjun dari belakang.

"Pengantin baru! Silakan duduk" Taeyong bagi kerusi dan duduk diatas lantai.

"Kami duduk di bawah sajalah. Kami nak buka hadiah sekarang ni" Ujar Jihoon dan Taeyong hanya pasrah. Tempat duduknya telah dirampas oleh Xiaojun.

"Amboi Renjun, mandi semua ni. Dah tak sabar ke? Haha ADUHH!" Taeil pegang kepala kerana dihempuk dengan Junghee dari belakang.

"Takdelah, panas pakai gaun tadi. Mandi jelah lagipun badan rasa gatal dari tadi" Renjun membalas dan mengerakkan tangan Jihoon.

"Kita buka yang paling besar tu nak? " Renjun menunjuk pada hadiah berbungkus kertas warna merah jambu. Jihoon bangun dan ambil.

"Nampak je berat, tapi ringan je sebenarnya" Ujar Jihoon dan letakkan tepat di tengah-tengah supaya semua boleh tengok.

Renjun ambil pisau dan potong dengan perlahan-lahan. Dia dah biasa buka bungkusan album dan barang-barang lain. Memang dah biasalah.

"Tempat letak beras lah! " Ujar Hendery.

"Wow, mereka hadiahkan keperluan lah" Renjun membelek dan ketawa.

"Yang, buka lah lagi" Jihoon letakkan hadiah lagi dan Renjun potong lagi dengan berhati-hati.

"SERBUK KUNYIT! "

"SABUN MANDI LAH! "

"TEKO UNTUK MINUM PETANG!"
"BAJU UNTUK PASANGAN COUPLE! "

"Ada orang bagi gari lah" Jihoon tutup muka kerana malu dan bagi kepada Sooman.

"Daddy ada kawan, dia kerja sebagai polis. Mesti dia yang bagi ni supaya Renjun boleh ikat Jihoon tak boleh lari pergi mana-mana" Sooman pulangkan kepada Jihoon.

"Nampaknya mereka semua memang bagi benda yang menyenangkan harian" Renjun meregangkan badan dan ubah kedudukan kerana kebas.

"Banyak lagi hadiah, kita buka malam ni juga" Jihoon membuka satu persatu kotak hadiah.

"Kenapa Jisung boleh rasakan sesuatu ni? Jisung rasa Jihoon hyung dapat pinggan kaca lah"

Jihoon buka dan tekaan Jisung benar belaka.

"Daebak! " Hanya itu yang boleh diungkapkan oleh mereka.

"Kalau pinggan ni kena simpan dalam bilik kebal. Nanti budak-budak main pecah" Ujar Winwin.
Mereka membuka hadiah terakhir dan ianya adalah bingkai gambar yang dibeli di Mr.DIY xD xD.

Yuta dan beberapa yang lain sudah menguap dan asyik terpejamkan mata. Sooman dan Minyoo suruh mereka semua masuk bilik masing-masing.

Saera dan Hansol tidur bersama-sama. Begitu juga dengan Minyoo yang tidur dengan Jaemin. Renjun dan Jihoon bersihkan segala sampah yang dihasilkan semasa buka hadiah.

Renjun masuk kedalam bilik kerana terlampau mengantuk. Sooman bawa Jihoon ke dapur dan berborak sebentar.

"Jihoon, daddy nak cakap sesuatu boleh? " Sooman pandangnya dengan tajam dan garang.

"Bb-boleh je, apa dia daddy? " Jihoon menelan air liur.

"Kalau suatu hari kamu dah tak suka dengan Renjun dan takde lagi hati dengan dia. Jangan beritahu pada dia, hantar dia balik ke rumah ni semula. " Kata-kata Sooman membuatkan Jihoon pelik dan hairan.

"Apa ni daddy?, saya memang sayang dekat dia. Kenapa pula cakap macamtu? Takkan percaya pada saya pula? " Jihoon menghela nafas.

"Daddy bukannya tak percaya dengan kamu. Tapi tak ramai lelaki yang baik. Daddy takut kamu akan sakitkan hati dia walaupun bukan sekarang waktunya"

"Daddy, saya janji akan jaga dia macamana daddy dan mama jaga dia seperti minyak ditantang penuh"

Sooman mengangguk perlahan.

"Baguslah kamu kata macam tu, daddy dah lepaskan dia untuk bersama kamu. Jangan sakitkan hati dia, daddy cuma ada dua anak perempuan. Daddy cuma minta satu je" Sooman pergi dan masuk bilik Saera.

Jihoon minum air di dapur dan masuk kedalam bilik. Renjun telah lama tidur kerana mereka berborak dengan lama.

Jihoon baring disebelah dan selimut ditarik. Rambut Renjun dibelai-belai dengan perlahan.

"I love you.. "

++++

Manda terbangun kerana terdengar bunyi tangisan. Dia mengosok mata dan rupanya Jungwoo yang menangis.

"Jungwoo, kenapa menangis ni?"

"Jungwoo sakit perut dengan gatal" Jungwoo menangis tapi perlahan kerana tidak mahu menganggu yang lain tidur.

Manda selongkar beg dan bagi ubat sakit perut. Dia buka botol air dan beri kepada Jungwoo untuk minum.

"Terima kasih, eomma" Jungwoo tarik selimut dan sambung tidur semula. Kun pula yang terbangun sebab nak kencing.

Pagi menjelma dan semua penghuni bangun. Saera dan Minyoo membuat sarapan bersama-sama Manda dan Ji Ran.
Setelah siap, semua memenuhi meja dan makan seperti ikan piranha. Renjun suap Jihoon dan membuatkan yang lain iri.

Johnny suap Haera, Taeil suap Junghee, Taeyong suap Yesung, Doyoung suap Yeri.

Yang belum kahwin lagi? Makan seorang diri jelah. Sooman pun tak terkecuali suap keempat-empat isterinya.

Ten makan sambil buat bunyi mahu tahan menangis. Yuta suap Ten dan dia makan.

"Kami duduk dekat sini seminggu. Selepas tu kami akan berbulan madu di istanbul." Ujar Jihoon.

"Baguslah tu, bagus juga kamu berdua pergi berbulan madu. Ambil masa berdua-duan sebelum ada orang ketiga" Ujar Sooman dan membuatkan semua mata membulat.

"Maksud daddy bila mereka ada anak, bukannya perampas orang ketiga tu" Balas Sooman dan semua menarik nafas lega.

Selepas habis makan, semuanya beratur untuk basuh pinggan kerana diperhatikan oleh Sooman sambil pegang rotan.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now