Taeil mendukung Taehan dan bawa berjalan satu hospital. Junghee tidur di wad kerana penat.
Taeil tidak berhenti mencium pipi anaknya yang kemerahan seperti ceri tomato. Semoga Ten tidak muncul nyanyi lagu tingtangting.
Semua yang ternampak mereka mesti dekati Taeil dan membelai rambut Taehan.
"Anak appa kacak, Taehan comel~" Taeil membetulkan kain yang membaluti tubuh Taehan. Mereka berdua masuk semula kedalam wad, Junghee masih lagi tidur tapi Renjun telah datang bersama Jungwoo dan adik-adik yang lain.
"Comelnya baby! Nama dia siapa hyung?" Soal Lucas sambil bermain dengan jari jemari anak saudaranya.
"Lee Taehan, nama moyang Junghee noona sebenarnya. Tapi dia tak ingat ahli keluarga dia" Balas Taeil dan perhatikan adik-adik bermain dengan Taehan.
Taehan menguap dan membuatkan mereka semua jerit kerana kecomelannya.
"Sayang, Taehan mana? " Junghee terbangun dan memegang kepala kerana pening.
Dia ternampak Renjun dan yang lain-lain sedang bermain dengannya.
"Nak minum air? Nak makan sesuatu tak? Abang boleh belikan dekat kantin hospital" Taeil bertanya dan Junghee menggeleng kepada, dia sekadar meminta air kosong untuk basahkan tekak yang kering.
Renjun tangkap gambar dan masukkan.dalam group keluarga. Baru semua tahu yang Junghee telah bersalin. Semuanya gara-gara elektrik dimatikan sebab nak buat pembaikan, bateri masing-masing dah 1%. Renjun saja yang masih penuh sebab dia matikan telefon dan pergi ke rumah yang lain untuk bermain dengan Jungwoo.
Renjun datang ke hospital untuk melawat tapi tak sangka pula yang kakak ipar dia dah bersalin.
"Renjun, datang dengan siapa? Kau culik budak-budak ni semua daddy,eomma dengan ummi tahu tak?" Soal Junghee tanpa henti."Saya datang dengan kereta,bawa sendiri. Lesen dah dapat pagi tadi, tu yang pergi rumah kedua kemudian bawa mereka semua melawat noona. Diorang kata bosan duduk kat rumah, katanya macam terperangkap dekat penjara" Balas Renjun sambil meng'flip' rambut ke belakang. Ikat lah kak oi!
Seseorang membuka pintu dan ternyata adalah Youngho serta Haera dan Younghee pandai bercakap sikit.
Sebenarnya mereka semua melawat beramai-ramai. Nasiblah Taeil ambil bilik besar sebab dia tahu akan ramai yang melawat isteri dan anaknya.
"Ini sepupu baru kamu" Johnny mendekatkan Younghe dengan Taehan yang pejam mata.
"Bebi! " Ujar Younghee tunjuk jari kepada Taehan yang berada di tangan Taeil.
Taeyong juga dekatkan Yong dengan Taehan.
Mata Yong membulat tengok tengok sepupu baharunya. Taeil tersenyum tengok gelagat anak-anak saudaranya.
"Baby! Baby gerak lah! " Ujar Doyeon dan buat Yeri ketawa, Doyoung duduk di sofa kerana belum pulih sepenuhnya.
"BABI COMEL LAH! " Donghyeon teruja sangat dan salah sebut. Terkejut mereka semua, semuanya perhatikan Yeri dan Doyoung dengan tajam.
Yeri dan Doyoung menggeleng, mereka tidak pernah mencarut depan anak-anak. Mereka beralih ke Jeno dan Haechan pula sebab mereka berdua Raja Segala Carutan. Sebut saja bahasa, mereka berdua tahu. Shibal,lanjiao, kimiwabutadesh, brengsek semuanya Jeno dan Haechan tahu.
Jeno dan Haechan juga tidak mengaku, mereka mencarut di belakang bukan depan-depan.
"Abang salah sebut, maafkan abang" Donghyeon menunduk dan semuanya menarik nafas lega.
Yuta duduk disebelah Taeil dan menyiku tangannya.
"Rambut kau kena tarik tak masa dia bersalin? " Yuta tersenyum-senyum melihat Taeil yang menyampah tengok muka dia.
"Buat apa dia nak tarik rambut aku? Dia bersalin caeser lah. Takde kerja nak tarik rambut aku" Taeil menyilangkan kaki dan tangan.
"Ha,caeser?! Kenapa weh, ada komplikasi dekat kandungan ke? " Yuta menutup mulut yang terbuka besar.
Taeil mengganguk perlahan.
"Taehan songsang, doktor pun terpaksalah bedah takut apa-apa buruk terjadi. Mujur dia selamat dilahirkan pukul 2 pagi tadi" Taeil tengok semua orang yang berkerumun tengok anaknya.
"Sayanglah kau tak dapat rasa kenikmatan rambut ditarik sampai rasa nak botak tu" Yuta menggeleng.
"Ada rezeki lagi nanti aku rasalah pengalaman tu. Tu pun kalau kandungan takde masalah. Kau cakap orang, kau pun belum kahwin lagi. Tinggal kau, Jaehyun, Winwin dengan Ten je yang belum merasa kemanisan berkahwin ni. Renjun tu pun dah boleh kahwin sebab dia dah masuk umur dewasa" Balas Taeil dan buat Yuta terfikir sesuatu.
"Aku sebenarnya tersuka seorang ni kat tempat kerja. Nama dia kalau tak silap aku, Shannon Lee"
"Oh, yang budak pratikal tu eh? Kenal sangat weh dengan budak nerd tu. Sehari kalau tak kena buli tak sah. Kalau nampak aku je baru diorang duduk kat tempat masing-masing" Balas Taeil.
"Lah yeke? Kesian dekat budak tu. Kau pun tak buat apa-apa tindakan ke? "
"Aku ugut nak report dekat daddy bagi rakaman cctv tunjukkan kegiatan tak bermoral diorang. Dah lama diorang tak membuli. Insaf rupanya" Taeil tersenyum padahal dia dah lama mengadu, tunggu masa yang sesuai untuk buang semuanya.
"Shannon tu 19 tahun. Aku pula dah berapa, aku suka dekat dia dan nak luahkan perasan tapi takut Ten cop aku sebagai pedofil pula. Cuma sebab Doyeon cium bibir aku je" Yuta memegang bibir dan teringat kisah lalu.
"Bak kata seorang artis ni, cinta tak mengenal usia. Kau tengok Johnny tu, Johnny tu tua macam moyang tapi Haera tetap suka juga"
"Woi, kutuk aku ke? "
"Takde! "
Yuta mengangguk setuju dengan cakap Taeil.
"Aku nasihatkan kau luahkan je dekat dia. Kalau dia cakap, awak terlalu baik untuk saya. Kau cakap je yang kau pernah bunuh dengan rogol orang. Nak sangat lelaki jahat kan----"
"Uweek! "
Semua menoleh ke arah empunya suara. Yeri pegang tekaknya kerana loya.
Mereka mengalihkan pandangan ke Doyoung pula. Muka Doyoung pula berpeluh-peluh dengan kuat.
"Ap-apa?" Doyoung mengelap leher dan muka dengan tisu.
"DOYOUNG!!"
"YEAH! DONGHYEON DAN DOYEON AKAN DAPAT ADIK! " Winwin menyampuk.
"DIAMLAH! " Jaehyun tampar muka Winwin dengan kuat.
"DOYOUNG! APA KAMU BUAT DEKAT YERI SAMPAI UWEK UWEK NI?! "
-TBC
aku tahu ramai yang nak tahu yang seterusnya. Lek, aku manusia bukan robot. Aku akan sentiasa update tu pun kalau ada idea. Kalau tak, idea tersekat di skala enam.
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT