Pt. 22

549 68 46
                                        

Renjun masuk kedalam bilik sambil mengendong Jungwoo. Suis lampu dibuka dan nampaklah dalaman yang dihias dengan warna pink, pink, dan pink. Meja pink, lampu tidur pink,barbie pink segala haram jadah pink.

Oh ya, ada gambar Jin si Pinkeu pinkeu.

"Eonnie memang suka warna merah jambu ke? Untunglah ada bilik sendiri. Jungwoo kena tidur dengan eomma sampai besar baru dapat bilik sendiri" Jungwoo naik ke katil dan melompat-melompat.

Tahulah empuk, jatuh nanti aku tak masuk campur.

Renjun hanya senyum melihatnya bermain dan masuk ke bilik air untuk basuh muka serta gosok gigi dan tukar 'bendera jepun'.

Kaum perempuan, anda tahu apa benda itu.

"Junguwu. Tak gosok gigi ke?" Tanya Renjun dari dalam bilik air.

"Tadi dah gosok sebelum datang sini lagi. Sepatutnya dah tidur pukul 10 tapi semua borak tu membuatkan Jungwoo makin tak boleh tidur"

Jungwoo mengelilingi bilik dan terjumpa barang-barang lama kakaknya. Surat cinta untuk crush tapi tak sempat dibagi dan gambar hari graduan masa tadika, hodoh sungguh muka.

"Jungwoo buat apa dengan barang eonnie tu? "

Suara Renjun membuatkan Jungwoo terus letak semula di tempat asal dan dia menoleh ke belakang--

"ARGHHH!"

"OH SIMON SAYS GO TO SLEEP EH! " Renjun termelatah kerana jeritan Jungwoo yang terkejut dengan.. Mask panda yang dipakai oleh Renjun.

"Apa yang eonnie pakai tu? Kenapa lagi menyeramkan dari muka daddy?" Jungwoo usap dada kerana terlampau takut.

"Ini? Mask lah, bagus untuk kulit nanti jerawat tak muncul"

Renjun menbungkukkan badan menghulurkan tangan kepadanya.

"It's time"

"For what? "

"Sleep"

++++

Xiaojun mengiring ke kanan, tak lama kemudian mengiring ke kiri pula. Hendery pukul kepalanya dengan buku yang dibaca tadi kerana buat ruang jadi makin sempit.

"Korang berdua, tidur jelah kat bawah. Nak kata sejuk, aircond semua dah buka. Takkan panas sebab dosa pula? " Ujar Jeno baring di katil sambil main game dengan Haechan.

"Tahulah kita berempat ni kembar. Tapi kenapa daddy suruh tidur kat bilik ni dowh" Xiaojun meluahkan perasaan yang terpendam sejak 40 minit yang lalu.

"Aku pun tak tahu kenapa. Tapi tidur lah jelah kat bawah tu. Ada selimut, bantal, tikar, tilam. Kitaorang tak kejam suruh tidur kat bawah simen semata-mata" Balas Haechan yang baring bersebelahan Jeno.

"Aku takde masalah. Cuma aku tak biasa tak tidur dengan Yangyang. Apa lah dia buat dengan Johnny hyung kat sana tu" Hendery mula berfikir tapi tak lama lepas tu terus 'pengsan'.

"Snow White makan epal beracun yang diberi penyihir Yuta yang--"

"EH SETAN LAH KAU, TAHULAH MASA HALLOWEEN AKU JADI PENYIHIR TU" Yuta pukul bahu Johnny dengan kuat kerana tak puas hati. Johnny pukul Yuta balik dan sambung baca semula.

"Yang menyamar sebagai nenek tua itu. Kemudian dia tidur dan tidak akan bangun melainkan dengan tamparan cinta sejati di pipi. "

Johnny membaca buku pembuai malam untuk Lucas, Kun, Yangyang dan kanak-kanak ribena tak sedar diri Yuta dan Taeil.

"EH. BUKAN KE CIUMAN SEJATI BARU DAPAT BANGUNKAN DIA? " Taeil rampas buku dari tangannya dan baca semula.

"Budak-budak lah biawak. Jangan cemarkan otak-otak anak-anak muda ni" Badannya disepak dan Johnny merampas semula buku.

"Kemudian apa yang terjadi hyung? " Lucas duduk di riba.

"Apa yang terjadi selepas tu? Jap hyung cari" Johnny menyelak helaian buku tapi semua bahagian terakhir telah dikoyakkan.

"Ada makluk dah koyakkan buku ni kah? Jujur dengan aku cepat" Johnny tunjukkan bahagian yang koyak. Taeil teringat sesuatu dan bagitahu kepada Johnny.

"KAU RUPANYAAA!! "

Johnny baling buku tepat ke muka Taeil kerana guna bersihkan tahi kucing.

++++

Dua ekur-- dua manusia berdiri diluar rumah dengan bawa bagasi besar dan tekan loceng tanpa henti sehingga rosak.

"ASSALAMUALAIKUM AHLI RUMAH! BUKA PINTU NI CEPAT!!"

Jaehyun pergi ke pintu utama dan menjengahkan kepala disebalik pintu.

"Waalaikum. Noona dengan Doyoung hyung kenapa tiba-tiba balik ni? Tak maklumkan dulu pun kat kitaorang--"

"AKU DRIVE TANPA HENTI DAN AKU TAK TIDUR LAGI NI! MANA DADDY DENGAN ADIK-ADIK BARU KITA TU?! " Doyoung tolak Jaehyun ke tepi dan tarik bagasi masuk ke dalam rumah.

"Kat dapur tengah makan sama-sama. Kejap, macamana hyung tahu pasal ni? "

"LEE UVEWEVEWE CHENLELE OSSAS BAGITAHU KAT AKU! "

Doyoung letakkan beg di ruang tamu dan terus berlari ke dapur.

Sooman sedang suap Hendery makan, Renjun bersihkan mulut Jungwoo dan semua terus berhenti makan lihat Doyoung di depan mereka.

Taeyong tercekik tulang ikan. Air terkeluar dari hidung Ten. Johnny tertumpahkan kopi panas di kaki Lucas.

"Kenapa tak bagitahu nak balik dulu. Boleh mommy prepare apa-apa untuk anak dan menantu mommy" Minyoo bangun dan peluk Doyoung. Yeri yang berada di sebelah juga dipeluk.

Mata Doyoung fokus ke muka-muka yang dia tak pernah nampak sebelum ini.

Xiaojun yang berada paling duduk dekat pun tak kenal dengannya.

"Ji Ran, Manda. Dia lah satu-satunya anak saya yang kahwin dulu. Yang itu isteri dia, Yeri." Kata Sooman dan kedua-dua isterinya hanya mengangguk faham.

"Siapa orang ni? Rambut dia kembang macam zaman daddy dulu. Kenapa dia serabai macam orang sesat? " Jungwoo ketakutan dan tarik baju Renjun.

"DOYOUNG PERLUKAN PENJELASAN SEKARANG!"

-TBC

aku terpikir, berapa je aku boleh buat ni? Takut nanti hiatus sebab takde idea je.

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang