Selepas selesai majlis pengebumian, Yuta lebih suka menyendiri dalam bilik dan kunci pintu sehingga menimbulkan kerisauan ahli keluarganya.
Dia juga belum makan sejak semalam. Taeil mengetuk pintu dan bawa bubur untuk dia makan.
"Yuta, makanlah sikit. Nanti perut kau masuk angin ke apa, susahlah kitaorang. Kesian anak kau--"
"AKU NAK BERSEORANGAN DIRI! AKU TAKDE ANAK. DIA DAH BUNUH ISTERI AKU! " Yuta menutup kedua-dua telinga dan menangis dengan lama.
"Dia tak berdosa pun, dia tak bunuh Shannon" Taeil mengetuk pintu lagi.
"KAU DIAM! KAU TAK TAHU APA AKU RASA SEKARANG NI"
Taeil sudah mati akal dan letakkan semangkuk bubur didepan pintu dengan harapan. Kalau Yuta lapar, dia boleh makan makanan yang dibagi.
Jaehyun berdiri didepan Taeil. Dia pandang bubur yang diletakkan di bawah.
"Yuta hyung tak mahu makan? " Soal Jaehyun dan Taeil mengganguk perlahan.
Yuta meringkuk di penjuru bilik dan lihat gambar perkahwinan mereka yang diletakkan di atas meja. Didalam, mereka berdua tersenyum girang dan bahagia.
Yuta ambil dan mengusap gambar itu perlahan-lahan. Setitis airmata kena gambar yang dipegang.
Yuta mencium gambar itu lalu letakkan di dada. Dia tidak mahu berhenti menangis.
"Abang nak ikut sayang, abang taknak duduk kat sini lagi. " Yuta letakkan gambar itu dibawah dan pandang langsir jernih dan kecil yang menutup tingkap dari cahaya matahari terus masuk. Dia teringat tentang pisau kecil yang disimpan didalam laci jika berlaku sesuatu.
Yuta bangun dan buka langsir itu kemudian ambil kerusi untuk senang mencapai ketinggian kipas di atas siling.
Dia ikat langsir itu dengan ketat dan turun semula untuk ambil pisau yang disimpan dalam laci.
Yuta pegang dan mula kelar tangan sendiri. Erangan kesakitan kedengaran dan dia baling pisau itu ke lantai.
Dia tersenyum puas melihat tangan yang berlumuran darah. Dia naik kerusi dan sarungkan leher dengan langsir yang telah dijadikan tali gantung.
"Sayang tunggu abang ya? " Dia sengaja jatuhkan kerusi.
Jisung yang kebetulan lalu biliknya sambil makan aiskrim terdengar bunyi jatuh dari dalam bilik.
Dia terus tendang pintu kerana rasa sesuatu telah berlaku. Jisung terus pegang badan Yuta daripada terapung kerana badannya tidak mencecah lantai.
" HYUNG! " Jisung menjerit dengan kuat kerana tidak tahan tampung berat badan Yuta.Johnny dan Taeyong terus masuk dan potong tali gantung. Mereka turunkan Yuta dan mereka periksa keadaannya. Tiada bunyi nafas keluar dari mulutnya.
"Satu dua tiga" Johnny membuat cpr manakala Taeyong beri bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut.
Saya memang tiada masa bergurau dalam hal ni ya?
"Dia bernafas balik tapi lemah" Ujar Taeyong yang periksa degupan jantungnya.
"Kita bawa pergi hospital. Letakkan dia kat belakang aku" Arah Johnny dan mereka mengikuti. Jisung turut ikut sebagai peneman.
Jisung masuk kedalam kereta terlebih dahulu dan kepala Yuta diletakkan di peha Jisung.
"Jisung, pastikan dia selamat" Ujar Johnny yang membawa kereta manakala Taeyong duduk disebelah.
"O-okay " Jisung tengok Yuta kerana takut nafasnya berhenti tiba-tiba.

ANDA SEDANG MEMBACA
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT