S2 29

405 47 71
                                    

"Selamat datang ke Marrybrown-- eih KFC. Mahu pesan apa? " Lelaki bernametag Ong itu senyum dan pukul mulut kerana tersilap cakap. Maklumlah, baru tukar kerja.

Sooman ambil cermin mata dan tengok pesanan di dinding. Sooman menoleh ke arah anak-anaknya yang telah duduk.

"Kamu semua nak makan apa? Daddy tak tahu pilih yang mana"
Sooman masih lagi tengok dengan teliti. Saera tepuk bahunya dan pilih yang dia nak.

"Apa-apa je, kami tak kisah" Ujar Winwin dan seorang kanak-kanak perempuan datang kepada mereka kerana tertarik dengan gelang hospital yang dipakainya.

"Abang, adik nak tengok gelang yang abang pakai tu boleh? " Budak itu bermain dengan rambutnya yang panjang.

"Ini bukan gelang mainan lah, abang baru keluar hospital. Abang tak potong lagi gelang nama ni" Winwin tunjuk pergelangan tangannya tapi budak itu pegang dan main.

"Adik, mana ibu dan ayah adik? Kenapa sorang-sorang kat sini? Bahaya tau jalan-jalan tanpa pengawasan, nasib kitaorang bukan orang jahat" Jaehyun merendahkan diri dan mengusap-usap rambutnya dengan perlahan.

"Mae (ibu) pergi tandas dan suruh tunggu sekejap. Pho (ayah) pula dah lama mati sebab mabuk"

Jaehyun hanya mengganguk. Dia faham apa yang dikatakan disebabkan berkat Ten selalu paksa dia tengok drama thailand.
"SARA! Mae suruh tunggu dalam tandas tadi. Kenapa lari? Bahaya tau jalan seorang diri! "

Ten yang tengah main telefon terus mendongakkan kepala kerana dia rasa dia kenal suara itu.

Ibu kepada budak perempuan tadi adalah Mintty Minah Kepochi Kerap Kerap. Kawan dan musuh lama Ten ketika sekolah dulu.

"Lah, anak kau ke? Bahaya betul. Nasib aku tak culik anak kau" Ten cuba senyum kepadanya tapi kekok kerana dah lama tak berjumpa sejak tamat sekolah tinggi.

"Nasib baik ada korang haha, kau dah kahwin betul? Tengok ni mesti belum" Mintty senyuman kekok dan gosok rambut Sara.

"Nama anak kau siapa? Dia comel tapi tak macam kau" Ten tukar topik dan senyum sinis, dah lama tak bermusuhan dengannya.

"Ah, nama dia panjang sikit. Kesian bakal menantu aku nanti, nama dia Sarasorn Lisa Mintty Thanaporn Bwuwakul. Haha"

Ten hanya tersenyum mendengar namanya, mujur dia tak kahwin dengan perempuan didepannya.

"Eh, aku dah lambat ni. Nanti terlepas wayang nak tengok Aquaman. Bye bye musuh lama!" Mintty tarik tangan anaknya dan sempat beri flyingkiss. Ten mengulingkan mata kerana menyampah.

"Selamat tinggal abang-abang handsome yang pakai gelang putih tu! " Sara melambai dan keluar dari restoran.

Sooman datang ke mereka dengan menjinjing beberapa pesanan yang banyak. Saera pun tolong angkat yang lain.

"Kenapa daddy order banyak sangat ni? Kami bukannya pelahap" Ten tolong pegang separuh.

"Daddy kena belikan untuk yang dekat rumah juga. Bukannya untuk yang sini je. Nasib baik mama ingatkan untuk beli banyak" Ujar Sooman dan melangkah keluar.

"Bonet muat ke? Sebab banyak sangat ni" Mark mengeluh kerana mahu makan banyak dan tak mahu berkongsi.

"Muat je, barang-barang Jaehyun dengan Winwin cuma baju je. Diaorang bukannya bawa almari,tv,peti ais nak pindah terus" Sooman membuka bonet dan susun supaya muat.

Jaehyun dan Winwin masuk dalam kereta dan berborak tentang hal kerja yang dah lama tinggalkan. Mereka takut menyusahkan yang lain walaupun mereka masuk hospital.

"Aku takut lah bila masuk kerja balik. Orang akan kata kita manja " Ujar Jaehyun dan Winwin mengganguk faham.

"Tulah kan, walaupun daddy bagi cuti selama mana kita nak. Tapi aku rasa macam terus nak masuk kerja esok. Kadang orang tak faham yang kita ni sakit" Winwin menyilangkan tangan dan hiraukan bunyi bising diluar kereta.

"Aku menyampah sia orang kata daddy manjakan kita sebab anak dia. Sebab tu boleh terus dapat pangkat tinggi, palehotak dia. Aku pun kena interview macam dia. Bila rajin bekerja, barulah dapat pangkat tinggi-tinggi macam abang kita. Dia yang pemalas nak salahkan orang " Jaehyun meluahkan perasaan yang dah lama terpendam.

Winwin mengganguk faham kerana dia juga pernah alami perkara yang sama.

"Aku faham perasaan kau, daddy pernah kata. Cakap dengan dia kalau ada orang kutuk atau gunakan kita untuk buat kerja dia sedangkan.

Aku nak mengadu memang tak sampai hati, aku fikir yang diaorang pun ada tanggungan walaupun goyang kaki je kerjanya. Borak dengan pakwe awek semua tak ingat dunia. Sebab aku jenis macam ni lah diorang berani pijak kepala-- bukan bebetul eh?"

Winwin juga luahkan yang terpendam. Dia jenis bukan cakap depan-depan. Dia lagi suka cakap belakang.

Jaehyun mahu cakap sesuatu tapi terganggu dengan bunyi di luar.

"DADDY DAH CAKAP BOLEH MUAT! KAMU TAKNAK PERCAYA!"

"Ala, daddy ni. Ten dah minta maaf pun, janganlah marah" Ten menunduk dan Saera hanya mampu leraikan mereka.

"Awak, janganlah marah budak Youngheum ni. Biasalah yang muda nak menang je. Awak tu dah tua kena jaga kesihatan juga" Saera pening dengan suami dan anak tirinya.

"Dahlah, kita balik sekarang ni. Kesian yang kat dalam tu. Dah jadi cacing kepanasan sampai meraver mungkin" Kata Sooman, dia maksudkan Jaehyun dan Winwin adalah cacing kepanasan tersebut.

Mereka semua balik dan Winwin nyanyi lagu yang dibuka oleh kedai-kedai tepi jalan.

" It's over it's over tonight "

"Neol ireoke! " Jaehyun menyambung.

"Kureokae malhaebwa! Rumor rumor rumor, gossip gossip! Rumor rumor rumor" Winwin menyanyi lagu yang keluar di radio pula dan mereka hanya biarkan.

#Winwinneedmorelines #Tiberr

"Jarang dengar Winwin menyanyi, sedap pula suara dia ni. Boleh masuk ujibakat kalau diadakan" Ujar Saera yang duduk didepan.

Muka Winwin terus berubah merah seperti ditampar berjuta-juta kali.

"Takdelah, suara Sucheong macam kambing tercekik rumput. Mana ada sedap" Winwin memberitahu dengan jujur yang suaranya bukan tidak terlalu sedap.

"Sebenarnya semua orang boleh nyanyi tapi sedap atau tidak je. " Sooman membalas dan pusing stereng masuk kedalam kawasan perumahan orang kaya.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now