S2 46

397 52 63
                                        

Shannon matikan jam penggera dan turun dari katil. Dia menggosok mata sebelum kejutkan Yuta untuk bersiap pergi kerja.

"Bang, bangunlah. Dah pukul berapa ni, nanti daddy marah" Shannon menguap sekali lagi dan Yuta tarik selimut selubung satu badan.

"Hari ni cuti, kan Jeno dengan Haechan baru kahwin"

Shannon hanya mengganguk faham dan ambil tuala untuk mandi. Yuta bangun dan ambil telefon di meja tengok waktu kerana malas tengok jam di dinding.

Shannon buka paip dan biarkan dirinya dibasahi air. Shampu di singki diambil dan rambut digosok dengan perlahan.

Yuta main telefon sambil tunggu Shannon habis mandi.

Selepas selesai mandi, Shannon keringkan rambut guna tuala. Dia buka laci dan ambil prenancy test yang berada didalam.

Dia menarik nafas sebelum gunakan kerana doktor cakap mungkin telah berjaya.

"Yang, lamanya mandi. Nak abang masuk mandi sekali tak? " Yuta mengetuk berkali-kali kerana rasa Shannon berada dalam bilik air terlalu lama.

Shannon membuka pintu dan pandang Yuta dengan tajam.

"Kenapa isteri abang monyok ni? Abang ada buat salah ke? " Yuta segera peluk isterinya. Shannon tidak membalas lalu beri prenancy test kepadanya.

Yuta ambil dan tengok kerana pelik dengan Shannon. Yuta pandang isterinya dan benda yang dipegang berkali-kali kerana tidak percaya dengan apa yang dilihat.

"Kita berjaya, abang akan jadi ayah tak lama lagi" Shannon menangis kerana telah lama menunggu.

Yuta senyum dan pandang semula prenancy test di tangan yang muncul dua garis merah.

"Anak papa buat apa tu? Tengah tunggu hari nak jumpa mama dengan papa ke? " Yuta duduk dan pegang perut Shannon serta mengusap dengan perlahan.

"Papa belum mandi, uwek. Busuknya papa ni" Shannon mengesat airmata airmata dan senyum dengan lebar.

"Papa nak pergi mandi lah ni, nanti papa nak bagitahu atok, nenek, pakcik.. Semua lah nak bagitahu tentang baby! " Yuta cium perutnya dan buat Shannon jadi geli.

"Eh papa ni, geli lah tiba-tiba cium perut mama pula. Pergilah mandi kemudian turun bawah pergi sarapan. Saya tunggu abang" Ujar Shannon dan Yuta ambil tuala dan masuk bilik air.

"Saya tak payah kahwin satu lagi kan! " Yuta menjerit dari dalam bilik air.

"Tak payah! " Shannon menggeleng kepala dan turun tangga dengan berhati-hati.

Jeno dan Siyeun keluar dari bilik dengan mata lebam. Mereka tarik kerusi dan duduk sementara tunggu yang lain turun untuk makan bersama-sama.

Hyejin tolak kerusi roda Haechan dan alihkan kerusi ke tempat supaya ada ruang untuk Haechan.

Johnny turun sambil dukung Younghee dan berpegangan tangan dengan Haera.

Jeno ambil air dan teguk dengan laju kerana haus. Johnny tersenyum-senyum melihat Jeno dan Haechan yang tak cukup tidur.

"Jadi panda semuanya ada lingkaran bawah mata. Macamana dengan 'permainan' semalam?  Siapa yang kalah dulu? " Johnny senyum dan ketawa terbahak-bahak melihat mereka berdua sedang bingung.

Jeno dan Haechan berpandangan sesama sendiri kerana tak faham apa yang dikatakan oleh Johnny.

Taeil hempuk kepala Johnny dari belakang kerana mengacau adik-adik yang baru kahwin. Haera tidak terkecuali, dia tarik telinga suaminya kerana nakal.

"Kau faham tak yang hyung cakap? " Haechan tarik baju Jeno dengan perlahan. Jeno hanya mengangkat bahu sebagai tanda dia juga tidak faham.

Siyeun dan Hyejin berbisik dan kemudian mereka mendiamkan diri kerana faham apa yang dikatakan.

Jeno berfikir sekali lagi dan akhirnya dapat tangkap apa yang Johnny cakap. Dia berbisik pada Haechan dan mereka berdua menjeling Johnny dengan tajam.

"Hyung ni tak senonoh lah! Macam mana Kak Haera boleh suka dengan hyung ni! " Haechan angkat tangan acah mahu pukul Johnny.

"Tulah kan, kak rasa macam nak letak racun dalam minuman atau makanan dia je" Haera pandang Johnny di sebelah yang terkejut kerana kata-kata yang keluar dari mulutnya.

"Kalau saya mati, macam mana dengan Younghee! Dia perlukan ayah " Johnny menyilangkan tangan dan mencebik bibir kononnnya merajuk dengan Haera.

"Satu dua tiga kucing berlari, saya boleh cari suami baru" Haera ambil air dan suapkan kepada Younghee.

Johnny pandang Haera dengan tak percaya dan alihkan muka kerana tak mahu lihat muka dia. Kononnya merajuk lah tu.

Jisung mengunyah makanan dengan laju dan ambil telefon dari poket seluar kerana asyik berbunyi tanpa henti.

"Hello, kenapa Jihoon hyung?" Jisung buka pembesar suara supaya mereka semua yang berada di dapur boleh dengar.

"Renjun dah bersalin pukul 6 pagi tadi, syukur anak-anak sihat dan tiada masalah. Kalau boleh melawat lah dia tu, sekarang dia tengah tidur sebab penat " Jihoon kepitkan telefon diantara bahu dan kepala. Dia pandang Renjun yang sedang nyenyak tidur.

"Syukur alhamdullilah dia dan anak-anak selamat. " Ujar Yeri dan pandang Doyoung disebelah.
"Siapa nama diorang? Ke belum ada lagi? " Jisung bertanya dan mereka semua juga dekatkan diri dengan telefon.

"Si abang Hwang Hyeonjun, adik pula Hwang Hyeonmin. Renjun yang pilih nama mereka. Nak harapkan saya ni, entah apa-apa yang saya letak nanti" Jihoon duduk kerusi kerana Renjun telah bangun dan minta air.

"Jihoon, Renjun tarik rambut tak? Katakan ya!" Johnny menyibuk dan dapat penampar manja dari Taeyong.

"Johnny hyung ke ni? Takdelah, satu tangan dia pegang tangan saya, satu lagi cengkam cadar katil."

"Abang telefon siapa tu?" Renjun tarik tangan Jihoon. Jihoon jauhkan telefon sekejap dan balas.

"Adik-beradik awak lah. Mereka kena tahu yang awak dah bersalin"

Renjun mengangguk faham dan pandang sebelah kerana katil anaknya tiada.

"Bang, mana Hyeonjun dan Hyeonmin? "

Sekali lagi Jihoon beri perhatian kepadanya.

"Mereka dekat bilik bayi, nanti abang bawa masuk ya? " Jihoon pegang telefon kerana lupa yang dia telefon orang.

"Hyung kena matikan panggilan ni. Renjun dah bangun. Bye! "

"Bye! " Mereka semua membalas serentak dan makan sarapan kerana semua telah turun.

Jihoon keluar dari bilik dan ambil anak kembarnya dari bilik bayi.

Renjun berhati-hati mendukung mereka berdua dan tatap muka mereka yang sedang tidur.

"Mereka kembar seiras, abang pakaikan benang warna berlainan supaya senang nak cam. Yang biru Hyeonmin, yang kuning pula Hyeonjun" Ujar Jihoon sambil tunjuk dengan tangan.

"Areum mana? Dia belum tengok adik-adik dia lagi" Renjun beri Hyeonjun kepada Jihoon kerana dia tidak boleh dukung dua orang dalam satu masa.

"Abang hantar dekat mama, nanti bila dah masuk waktu melawat. Abang bawa dia dengan mama" Ujar Jihoon sambil menepuk badan Hyeonjun supaya tidur lena.

"Harap-harap dia tak macam nenek dia. Kuat membebel" Renjun ketawa bila teringat semula tentang Areum.

"Harap-harap macam tu lah" Balas Jihoon dan letakkan dalam katil khas semula.

-TBC




[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang