Epilog

482 49 83
                                        

-MEMPUNYAI 2449 PERKATAAN.

-SILA TEGUR TAIKPO JIKA ADA.

-AMBIL POPCORN DAN ENJOY KEHANATAN MANUSIA BERNAMA DALILA.

1989.

Ketika itu Sooman masih muda dan kacak eh. Dia baru menjejakkan kaki ke Seoul untuk mencari pengalaman dan disuruh oleh ibubapa untuk melihat dunia luar.

Sebenarnya dia berasal dari keluarga biasa dari Busan. Tukar kerja berkali-kali adalah biasa kerana ekonomi negara tidak menentu ketika itu.

Sooman berjalan dan asyik tengok peta di tangan kerana sedang mencari rumah sewa.

Seorang gadis dengan bunga diselitkan di telinga kanan seperti sedang mencari sesuatu. Sooman ternampak dan terus mendekati dia yang asyik mencari.

"Awak tengah cari sesuatu ke? Saya boleh tolong awak" Sooman senyum supaya gadis itu tidak takut.

"Saya sedang cari sapu tangan saya yang tercicir kat sini. Benda tu penting, nenek saya yang bagi sebelum dia meninggal. Dia ada corak bunga mawar" Balas gadis itu dan Sooman terus cari tanpa sempat dia balas.

"Dah jumpa dah! " Jerit Sooman dan ambil disebalik pokok hiasan. Mungkin dibawa angin natang tu.

Sooman terus beri kepada dia dan si gadis pun tersenyum malu lalu menghulurkan tangan

"Nama saya Lee Minyoo" Dia menunduk dan senyum malu kerana Sooman telah menolong tadi.

"Saya pula Lee Sooman, saya baru datang sini naik bas" Sooman menggaru kepala dan Minyoo senyum malu.

"Ah patutlah tak pernah nampak sebelum ni. Awak nak cari kerja kosong ke? " Minyoo menyelak rambut ke belakang dan Sooman menggangguk laju.

"Kebetulan, kilang tempat saya bekerja sekarang sedang cari pekerja baru. Jawatan kosong untuk kerja pembersihan, sebenarnya saya baru balik dari kelas menjahit. Saya nak dah balik ni" Minyoo baru buka langkah tapi Sooman sempat pegang tangannya.

"Boleh saya berkenalan dengan awak dan nak nombor boleh? Kalau tak boleh, tak apa" Sooman malu ketika meminta dan Minyoo segera keluarkan pen dan nota kecil dari beg tangan.

"Kalau telefon, awak kena cakap sebagai kawan. Takut orang rumah saya marah sebab kami guna beramai-ramai, tempat saya kerja ada dekat dengan kedai kereta" Balas Minyoo lalu meninggalkan Sooman seorang disitu.

Sooman lihat nombor yang diberi dan menjerit macam orang gila. Orang ramai tengok dan dia terus berlari masuk satu bangunan.

Sooman sewa bilik berdekatan tempat kerja dan pada suatu malam. Dia memberanikan diri menelefon Minyoo yang ketika itu sedang seterika baju untuk dipakai esok.

Minyoo letakkan seterika sekejap dan berlari ke ruang tamu kerana terdengar telefon berbunyi.

"Hello, Lee Minyoo disini" Minyoo segera angkat dan Sooman menarik nafas lega.

"Ini Sooman, ingat lagi tak? " Sooman bermain dengan tali telefon dan menunggu balasan.

"Yang tolong carikan sapu tangan saya tu eh? Saya ingat! " Minyoo akhirnya ingat dan Sooman senyum dengan lebar.

"Saya nak ajak berjumpa selepas waktu kerja esok. Dekat pondok pengawal yang tak digunakan tu lagi. Boleh tak?" Sooman lap peluh yang keluar kerana takut akan ditolak.

"Boleh saja tapi untuk apa? Selalunya saya pergi kelas menjahit-- eh esok saya takde kelas. " Balas Minyoo dan Sooman senyum lebar lagi.

"Saya nak jumpa dengan awak, saja-saja je. Nak tahu lebih lagi tentang awak, boleh tak? " Sooman menaruh harapan tinggi dan Minyoo minta beri masa untuk dia berfikir sebentar.

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang