Pt. 16

719 81 65
                                        

Doyoung asyik mundar-mandir di hadapan bilik ayahnya tanpa henti.

"Patut ke aku bagitahu dia? Atau tak?  Patut ke? "

Doyoung menarik nafas terlebih dahulu. Pintu diketuk sebelum masuk ke dalam. Sooman membuka cermin mata sedikit.

"Doyoung, kenapa masuk bilik ni? Selalunya tak macam ni pun" Sooman sambung membaca surat khabar. Banyak berita-berita tergempak dikeluarkan oleh Dispatcial News.

Seoul: Seorang artis bernama Jeon Legend dikatakan bercinta dengan artis perempuan hanya kerana memakai baju yang sama. Apa kejadahkah ini semua?

Jeju: Identiti Haechan NTC 271 terbongkar! Dia adalah anak kandung Beyonce yang tertukar ketika lahir di hospital. Zoom out zoom it lah jadinya.

Malaysia: FANMEET DEAN DIBATALKAN HAHA PADAN MUKA!

"Doyoung nak cakap sesuatu boleh tak? Doyoung sebenarnya ada teman wanita... Dan, kami merancang nak berkahwin"

"Hah? Bila korang kenal? Dah berapa lama hubungan korang? Jangan baru jumpa terus nak kahwin, itu menggatal namanya"
Sooman letakkan suratkhabar disebelah. Doyoung pula makin kuat berpeluh-peluh.

"Hampir empat tahun. Dia kawan kat kolej dulu, dia sebaya tarikh lahir pun sama" Balas Doyoung dengan tangan menggeletar.

"Daddy bukannya nak halang Doyoung kahwin. Hyungdeul kamu pun belum kahwin juga kan? Kamu nak langgar bendul ke? " Soal Sooman yang mahu dapatkan kepastian dari Doyoung. Doyoung mengganguk perlahan.

*Langgar bendul adalah adik kahwin dulu sebelum abang/kakak. Orang pun ada panggil sebagai tak ikut adat.

"Doyoung janji akan jaga dia sebagaimana mak bapa dia jaga dia macam berlian. Taeil hyung dengan lain-lain tu memang tak laku pun, tolonglah bagi keizinan kepada anak daddy yang ni. Please~"

"Kamu dah bagitahu mommy? Dah berjumpa dengan ahli keluarga dia? Dia orang apa? Agama apa? Ada yang tak boleh makan apa-apa tak? " Soal Sooman bertubi-tubi.

"Kalau Doyoung bagitahu. Daddy jangan marah tau?.. "

"Buat apa daddy nak marah? Kalau Doyoung dah berkenan, apa salahnya? Raksasa, unikorn semuanya sama"

"Dia.. Islam.. Orang melayu mix jawa korea cina.. Dia anak tunggal dan dah takde mak cuma tinggal bapa je..."

"Lah. Bukan apa nak takut sangat? Sebab kena convert agama dia? "

"So daddy izinkan ni? Doyoung taknak berpisah dengan dia. Dulu masa mula-mula kenal dia pun, dia ada cakap jangan jumpa dia lagi sebab kami berlainan agama. Takut menjadi penghalang tapi Doyoung study betul-betul sebab nak kahwin dengan dia" Ujar Doyoung dengan laju.

"Macam ni lah, kamu bawa ahli keluarga dia datang jumpa daddy dengan mommy. Kita bincang pasal tarikh nikah, majlis resepsi, duit hantaran nak bagi berapa. Lagi satu, nama perempuan yang Doyoung berkenan tu siapa? "

"Yeri. Itu nama panggilan dia"

"Okay, nanti daddy cakap dengan mommy"

++++

"Awak, betul ke yang keluarga awak tak kisah dengan saya?" Ujar Yeri dalam kereta dan menatap wajah Doyoung dengan sayu.

Doyoung mengganguk, dia pegang pergelangan tangan Yeri yang ditutupi lengan panjang.

Kena jaga mahh.

"Saya akan convert islam, lepastu kita kahwin."

"Awak tahu tak akan berlaku banyak perubahan kalau kita berkahwin? "

"Habis tu awak nak kehilangan saya? Saya pun tak nak kehilangan awak. " Balas Doyoung. Dan drama mereka ditengok oleh ayah Yeri. Iaitu Manny yang duduk di kerusi belakang.

"Dulu ada audition drama tak pergi. Aku dah suruh pergi pun taknak pergi, sekarang berdrama depan aku pula. Kau nak anak aku ke tak? Kalau tidak, aku cari orang lain" Manny makan kacang di belakang.

++++

"Daddy, kenalkan ini Yeri dan ayah dia. " Doyoung kenalkan kepada Sooman dan Minyoo.

Kemudian mereka berdua bersalaman.

Yeri cubit pipi Jaemin yang berada di pangkuan Minyoo.

"Comelnya awak, nama siapa? "

"Nama dia Jaemin. Maaflah, dia malu sikit dengan orang luar" Balas Minyoo. Jaemin benamkan muka di ketiak Minyoo.

"Hyung, Hansol nak dukung! " Hansol keluar dari bilik Saera dan pergi ke Doyoung.

"Aigoo, Hansol dah berat lah" Doyoung dukung dan letak di peha.

"Hansol! Kenapa lari--- annyeonghaseyo" Saera tunduk hormat selepas ternampak Yeri dan ayahnya.

"Ha, ini isteri saya yang kedua. Saera namanya" Ujar Sooman dan suruh duduk dengan Minyoo di sebelah.

"Saya bukan mak Doyoung" Balas Saera dengan suara perlahan.

"Minyoo pun tak kisah" Balas Sooman.

"Boleh kita berbincang tentang anak-anak kita? " Manny mulakan perbualan.

"Silakan, silakan" Ujar Minyoo.

"Yeri ni satu-satunya anak saya. Mak dia pun meninggal masa melahirkan dia. Kalau boleh saya nak buat besar-besaran tapi sebagai ayahnya. Saya kena hormat permintaannya nak buat sederhana je"

"Aigoo, uri bunny akan kahwin" Saera jadi teruja dan Doyoung tutup muka kerana malu.

"Tapi ada satu masalah, rumah kami cuma apartment je. Tak cukup besar untuk---"

"Takpe, buat kat rumah kami. Akad nikah pula? Kat rumah atau masjid? Kalau boleh buat kat rumah sebab kat sini besar. Ramai orang boleh tengok, adik beradik Doyoung pun sama" Tanya Sooman kepada Manny.

Manny pula berfikir sejenak sebelum buat keputusan.

"Kita buat kat rumah Tuan boleh tak? Tak payah susah-susah nak berangkat lagi" Balas Manny dan kedua-dua bakal pengantin mengganguk setuju kerana jimatkan masa.

"Boleh, boleh. Tak payah panggil tuan. Kita ni bakal besan kan? Panggil Sooman jelah" Sooman tepuk bahu Manny.

"Bukan apa, pangkat awak lagi tinggi. Malu lah kalau tak panggil nama hormat" Manny tersenyum malu-malu.

"Baba-- eh pakcik. Kami tak hiraukan status pangkat. Semua manusia sama " Balas Doyoung.

Setelah berbincang dengan lama. Akhirnya, kedua belah pihak bersetuju dan tarikh bernikah telah ditetapkan.

Doyoung dan Yeri tersenyum nakal.

"Sabar dulu, jangan gelojoh sangat" Manny hanya dapat geleng-geleng kepala.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang