"Daddy nak pergi mana?"
Langkah Sooman,bumi, jantung, lagu Jampi bagai terhenti. Jaehyun datang dekat Sooman sambil menjilat lolipop.
"Daddy kata nak pergi taman hari ni, jomlah" Jaehyun tarik-tarik seluar Sooman sehingga hampir terlondeh.
"Janganlah tarik seluar daddy lagi."
"Kita nak pergi sekarang ke? " Ujar Jaehyun yang sedang teruja.
Sooman melutut dan pegang kedua-kedua tangan Jaehyun."Maafkan daddy tapi hari ni memang tak boleh lagipun dah nak hujan dah ni. Tengok langit sekarang ni, awan pun biru-kebiruan. Daddy janji akan bawa Jaehyun dan yang lain main kat taman bila ada masa. Arraseo anak daddy?" Sooman mengecup dahi Jaehyun sebelum keluar berjumpa seseorang.
"Daddy jahat!! " Jaehyun terduduk dan menangis sehingga Minyoo yang berada diruang tamu terpaksa pujuk.
"Jaehyun, jangan macamni, kalau kita pergi nanti basah. Duduklah kat rumah dengan adik-beradik kamu" Minyoo mendukung Jaehyun.
"Daddy jahat! Dd-dia tipu Jaehyun! Huwarghh mommy! Nak pergi main! Nak pergi main kat taman! " Jaehyun meronta-ronta minta dilepaskan.
"Jangan macamtu, daddy kan sibuk sekarang ni. Dia pergi kerja lah sekarang ni. Apa kata Jaehyun main dengan adik-adik? Atau pergi belajar dengan abang-abang? Nak main dengan Jisung? Mommy bagi izin lagipun dia tengah celik sekarang ni" Minyoo menurunkan badannya dan Jaehyun cepat-cepat lari sambil hentak kaki.
"Mommy jahat! Daddy jahat! Ruby pun jahat semuanya jahat! " Jaehyun mengelap airmata yang bercucuran.
"Jaehyun nak pergi mana tu? " Minyoo mengejar.
"Eh, anak mama kenapa menangis-nangis ni? Daddy buat eh?" Jaehyun terlanggar Saera yang baru keluar dari dapur.
Jaehyun mengangkat muka dan mengangguk kepala.
"Daddy kan pergi kerja sekarang ni. Takmo lah menangis, dah tak handsome dah anak mama ni" Saera membengkokkan badan supaya dapat sama dengan ketinggian Jaehyun.
"Mommy jahat,daddy pun jahat! Diorang tak bagi Jaehyun pergi main kat taman. Diorang kata sebab hujan, Jaehyun tak kira! " Jaehyun menghentakkan kaki lebih kuat.
"WOI RUMAHH BERGEGARRR! "
"KAKI KINGKONG MANA TERLANGGAR RUMAH NI! "
"RUMAH BERGEGAR SIA!! "
"MALAIKAT LALU!! "
"AKU TERSADUNG MEJA!!!"
"ASTAGAAAAAA!!! "
Saera membelai muka Jaehyun yang teramat-amat putih. Macam hantu tepung gomak.
"Lee Yoon Oh. Jangan kata macam tu, tak baik tau. Daddy dengan mommy tahu apa yang terbaik. Memang daddy kata nak nak pergi taman tapi tengoklah cuaca sekarang. Hujan bukan? Sekarang pergi minta maaf kat mommy. Dia pun mak Jaehyun"
Jaehyun menjuih bibir dan mengeleng tidak mahu.
"Lee Yoon Oh. Jangan macam tu. Nanti mama suruh Taeil hyung rotan! Jaehyun takut dengan hyung sebab dia garang kan? "
Jaehyun berfikir sejenak dan pergi ke Minyoo.
"Mommy, Jaehyun minta maaf sebab marah-marah tadi. " Jaehyun memeluk Minyoo dari belakang.
"Mommy dah maafkan, sekarang jadi budak baik tau? Cium pipi" Minyoo tunjuk kedua belah pipi.
Jaehyun terus cium pipinya.
"Hah, macamtu lah. Jom tengok TV"
"Jom! " Jaehyun tarik tangan Saera dan Minyoo.
++++
"Anjing laut tu dia tepuk tangan!"
"Dolphin tu dia asyik gerak sampai air terkena muka Ten dengan kawan-kawan! "
"Ada angsa kejar tapi nasib baik Ten dapat lari tadi! "
"Singa tu gemuk sangat sampai tak boleh bangun! "
"Gajah tu pandai melukis! "
"Yelah Ten, cerita cerita juga. Jangan sampai tersembur kat orang" Sooman menggeleng dan sambung makan.
Winwin yang duduk didepan Ten terpaksa redha muka terkena air liur Ten yang rancak cerita dari tadi.
"Alolo cian biskut Winwin ni. " Yuta ambil tisu dan muka Winwin dengan perlahan.
"Eh Ten. Ikan lumba-lumba tu gelak tak tadi? " Doyoung mengangkat kening.
"KAU PAHAL SIAA, NAK MENGUNYIT KE APAA! " Ten cubit tangan Doyoung dengan kuat sampai merah.
"Ahh appoo!! "
"Depan rezeki tak elok gaduh-gaduh. Ten, kamu untung lahir millennial. Kalau lahir zaman daddy dulu. Mulut tu dah kena cili" Sooman menjeling tajam kepada Ten dan juga Doyoung.
Senak perut terus kedua-duanya.
Taeil mengangkat tangan sebagai tanda dah habis makan.
"Taeil rasa, Taeil tahu kenapa Doyoung tanya pasal ikan lumba-lumba tu. Sebab bila Chenle ketawa bunyinya macam tu"
"Mama, masa mengandungkan Lele. Mama makan apa?" Tanya si Renjun.
"Mama makan makanan biasalah. Takde mengidam-mengidam tu semua. Cuma mama suka tengok dan baca tentang haiwan" Balas Saera sambil memegang botol susu Chenle sebab tangannya masih tak pandai pegang.
"Nah, itu jawabannya! " Taeyong tepuk tangan sampai terkejut semua orang.
"Ten, best ke pergi zoo? Uhuk---"
"Doyoung! Dah berapa kali dah cakap jangan cakap masa mulut penuh! " Taeil bagi air kepada Doyoung.
"Aku excited dengar cerita Ten!" Doyoung mengelap mulut.
"Lepas makan, basuh pinggan sendiri dan jangan lupa gosok gigi sebelum tidur. Jangan lupa tidur awal esok sekolah." Minyoo menjeling.
"ALAAHHHH"
-TBC
DOUBLE!
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
Fiksi PenggemarSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT