Renjun keluar dari bilik dan senyum kerana Siyeun dan bayinya tidak apa-apa. Taeil pula rasa mahu pecahkan telefon kerana tiada line untuk hubungi ambulans kerana menara pencawang terganggu dengan hujan lebat.
Jeno keluar dari bilik dan buka pintu dengan luas menampakkan Siyeun sedang dukung Juno.
Haechan keluar dari bilik dan memberitahu mereka sesuatu.
"Hyejin nak bersalin juga malam ni! " Ujar Haechan dan mata mereka terbeliak. Siyeun yang berada dalam bilik juga terdengar.
Mereka semua terus berbalah kerana siapa mahu jadi bidan Hyejin. Haechan menggaru kepala kerana pening sedangkan isteri dia dalam bilik seorang diri menahan sakit.
"Winwin, kamu belajar perubatan. Takkan kamu tak boleh tolong dia? " Ujar Saera dan Winwin menggeleng kepala tidak boleh kerana tidak berani.
"Saya boleh tolong dia" Haera mengangkat tangan perlahan dan semua pandang dia. Johnny pandang isterinya tidak percaya.
"Saya sebenarnya belajar perubatan dan bakal doktor tapi saya tak bekerja dekat hospital" Haera menelan airliur dan mereka menarik nafas lega.
Haechan dan Haera terus masuk bilik. Lampu suluh diletakkan pada tempat yang sesuai, kain diletakkan untuk tutup kaki Hyejin yang terdedah.
Hyejin gigit tangan Haechan dan juga tarik rambutnya. Nampaknya ada pewaris legasi tarik rambut.
"SAKIT BUDU! INI SEMUA SALAH KAU!" Hyejin memaki hamun Haechan tanpa henti. Haera suruh kerahkan tenaga lagi.
"Awak maki dan pukul jelah saya sekarang, saya tak marah langsung " Haechan hanya pasrah diri kena belasah dan rambut ditarik.
"UWAK UWEKK! " Haera beri kepada Haechan bayi lelaki yang telah selamat dilahirkan. Haechan menangis dan beri kepada Hyejin untuk dilihat.
Dia juga menangis kerana terlalu gembira, rasa sakit telah dilupakan selepas tengok muka bayi mereka.
"Nama dia Lee Gyeom, sedapkan?" Ujar Haechan dan Hyejin mengganguk setuju.
Jeno dan Haechan keluar dari bilik sambil mendukung anak masing-masing untuk dilihat ahli keluarga yang lain.
Ambulans telah datang dan bawa mereka berempat pergi ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
++++
Berapa tahun telah berlalu dan banyak yang berubah. Mereka semua semakin tua lagi-lagi Johnny.
Aku suka betul kutuk si Youngho ni. Entah apa masalah aku dengan dia.
Lek, aku gurau.
Yuta ambil tangga dari stor dan bawa masuk bilik untuk bersihkan bilik yang banyak habuk.
Yuta panjat dan bulu ayam(?) diambil untuk bersihkan album gambar lama di atas almari. Semasa dia bersihkan, ada satu bingkai gambar jatuh dan pecah.
Yuta lantas turun untuk bersihkan serpihan kaca daripada dipijak orang. Dia cuba alihkan dan jari telunjuk terluka dan darah tidak mahu berhenti.
Dia baru perasan gambar yang jatuh itu adalah gambar ketika perkahwinan dia dan Shannon.
Yuta ambil dan bersihkan dari serpihan kaca. Gambar itu ditatap dengan lama dan letak didada kerana terlalu rindu.
"Papa rindukan mendiang mama ke? " Alessia yang telah berusia 5 masuk kedalam bilik dan Yuta mengangguk perlahan.
"Sedar tak sedar dah besar dah anak papa ni. Kenapa tak ikut yang lain tengah buat persiapan majlis harijadi Younghee dan Yong? " Yuta suruh dia jangan pergi ke depan kerana kaca yang belum disapu.
"Semua Alessia dah buat, tolong atok dengan nenek pun dah" Alessia mencebik bibir kerana merajuk.
"Nanti papa datang selepas sapu kaca ni. Bahaya kalau orang pijak" Ujar Yuta dan dia mengangguk dan bermain patung dengan Areum di ruang tamu.
"Awak duduk dulu, kesian saya tengok awak berdiri tadi" Ten ambilkan kerusi untuk isterinya yang sedang sarat mengandung.
"Pho! (ayah)" Seorang gadis berlari ke arah Ten dan peluknya.
"Sara, jangan kacau pho. Dia penat sebab susun arang nak bakar ayam tadi" Ujar isteri Ten atau lebih dikenali sebagai M to the I to the INT to the TY!
Mintty Minah Kepochi Kerap Kerap! Ingat lagi beliau? Dia adalah kawan dan musuh Ten semasa sekolah dan jadi suami isteri yang sah.
"Alah biarlah dia nak manja-manja dengan saya. Sarasorn, pergi ambilkan air untuk pho dan mae (mak) ya? " Ten mengosok rambut gadis umur belasan itu dan dia mengganguk.
"Dia tu anak saya, saya takut awak akan manjakan dia walaupun cuma anak tiri" Ujar Mintty dengan perlahan kerana bimbang."Jangan risau, dia pun nak merasa kasih sayang ayah juga. Dah bapa kandung dia mati sebab mabuk, saya yang kena sayang dia" Balas Ten dan letakkan tangan pada perut Mintty.
"Awak ingat tak masa kita bergaduh dulu, siap buat ikrar takkan suka sama suka, kalau tersuka nak lompat kat air terjun. Tapi tengoklah sekarang, kita berdua dah 'terjun' dalam hati" Mintty ketawa bila teringat kisah lama.
"Haah, saya teringat pula yang kita gaduh dalam bas nak pergi zoo tu. Aduh, tak matang betul perangai masa tu" Ten juga tiba-tiba teringat masa dulu.
Mereka berdua sambung borak dan hanya hiraukan bunyi bising berdekatan.
Jaehyun letak telefon di monopod dan asyik dimarahi kerana sudut tak cantiklah, kabur lah.
"Awak ni, saya letak okay je" Balas Jaehyun kepada isterinya, iaitu Jang Mara, dia berkahwin dengan kawan sekerja.
"Angle ni jahanam, jahanam YOU KNOW!! " Mara asyik marah dari tadi dan Jaehyun terpaksa redho dapat isteri yang cerewet dan banyak bebel.
Mungkin masa mak dia mengandung asyik marah je. Tu yang diberi nama Jang(an) Mara 😂
Manakala Winwin pula menari dengan pilihan hatinya iaitu Dong Yujun. Jaehyun dan Winwin berkahwin serentak, mereka jumpa isteri masing-masing di kedai buku.
Jaehyun masih lagi berdua dengan isterinya. Manakala Winwin pula, bakal menjadi ayah kerana ada satu kehidupan mula membesar di rahim Yujun.
"BUAT SEDIKIT HIDUNG! (make same nose (noise haha))" Johnny sebagai DJ dan asyik mainkan lagu remix, kepala asyik digoyangkan sehingga bunyi asyik keluar. Sakit leher dan pening kepala? Tidak wujud dalam kamus hidupnya.
Lagu tak padan dengan majlis harijadi kanak-kanak, sepatutnya lagu Bayi Jerung Doo Doo.
Haera, dimanakah kau oi? Oh, dia tengah gali tanah kubur untuk tanam Johnny bila-bila masa.
Yuta keluar dari rumah sambil berpegangan tangan dengan Alessia. Mereka semua sudah menunggu diluar kerana mahu ambil gambar bersama-sama.
Jaehyun tidak habis-habis betulkan kamera dan Taeyong tolong kemudian berjaya dalam sekali cubaan.
Taeyong pandang muka Jaehyun dengan ketat dan tampar muka dia tanpa ada perasaan. Sebenarnya, Manda dan Ji Ran juga dijemput untuk meriahkan suasana.
Taeil letakkan Hansung di bahu, Taeyong lupa dukung Taehyeong di belakang badan. Mereka semua buat gaya masing masing dan punat kamera ditekan.
KACHAKK!
-THE END-
terima kasih untuk support selama ni dan aku hargai sangat-sangat. Mulai 1 Januari, data aku habis dan aku jarang topup. Tu pun kalau bernasib baik dapat 30 hengget.
Maaf kalau ada buat salah dan kesilapan tapi tak perasan. Minta maaf juga sebab letak
part bersalin terlalu banyak.
Aku tahu ramai yang tak suka.Aku harap kita boleh jumpa di fanfic lain lagi (aku tak janji, jangan menaruh harapan tinggi)
BYE BYE! 😘😘
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT