Renjun menyikat rambut dan tengok cincin di jari manis. Dia tidak lekang senyum dari tadi.
"Sudahlah tu noona, dari tadi dok sikat rambut tengok cincin je kerjanya. " Jeno duduk di katil.
Renjun berhenti mengelamun dan ikat rambut panjangnya.
"Kenapa masuk dalam bilik. Ada hal nak cakap dengan aku? Maaflah sebab tak belikan rumpai laut tadi EHH-- Kenapa ni? "
Jeno tidak membalas dan peluk Renjun dari belakang. Dia menangis dengan teresak-esak.
"Kenapa ni? Cakap dengan aku sikit" Renjun membalas pelukan dan tepuk belakang badannya supaya bertenang.
"Aku tak sangka noona dah nak kahwin. Aku tak sanggup berpisah dengan kau. Aku tahu aku jantan, aku tak boleh menangis tapi aku tak dapat tahan bila dia melamar tadi" Jeno makin kuat menangis, Renjun terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Jeno.
Dia tak sangka yang Jeno begitu sayangkan dia sehingga tak sanggup mahu berpisah.
"Aku perempuan, bila dah kahwin nanti aku kena ikut suami. Kau pun akan berkahwin juga suatu hari nanti kalau berkesempatan, dahlah jangan menangis lagi. Noona sayang kau" Renjun menyeka airmatanya yang keluar.
Haechan masuk ke dalam bilik Renjun dengan mata bengkak kerana menangis. Dia serta-merta memeluk Renjun dan Jeno.
"Kenapa pula yang lagi seorang ni. Tak sanggup berpisah dengan aku juga ke? " Renjun tepuk belakang badannya dan Haechan mengganguk perlahan.
"Aku dari tadi nak tahan menangis. Tapi tak boleh, aku menangis dekat tandas tapi Mark hyung ketuk sebab nak pakai. Aku memang taknak berpisah dengan noona, kita dari kecil dah terbiasa sama-sama. Tidur sama-sama, makan sama-sama, pergi sekolah pun sama. Bila aku tahu yang kau dah nak kahwin ni, aku memang tak boleh tahan sedih langsung" Ujar Haechan dengan sedih.
Renjun meleraikan pelukan dan menangis teresak-teresak kerana terharu dan sedih.
"Aku bukannya tak balik terus bila kahwin nanti. Nanti aku melawat korang lah" Renjun cubit pipi mereka berdua.
"Aku takut kalau dia akan sakitkan kau. Aku harap yang dia lelaki yang baik tanpa ada agenda tersembunyi" Jeno mengesat sisa airmata yang tinggal.
"Jangan risaulah, nak aku cium pipi tak? " Renjun membuatkan mereka kembali senyum.
"Mestilah nak! "
"Okay, bonus kat leher Haechan yum yum"
"NOONA! "
++++
Segala persiapan telah siap dan berjalan dengan berjalan lancar seperti dirancang. Kad jemputan belum lagi siap dan akan dihantar kepada tetamu yang dijemput.
Renjun telah membeli barang-barangan akan dipakai pada hari bahagia.
Dia berlatih dengan adik-beradiknya. Dari masuk ke dalam gereja dan lain-lain bahagian.
"Jeno, aku tak pasti aku boleh berjalan dengan natang ni" Renjun cuba berjalan dengan kasut tumit tinggi dan terpeleset banyak kali kerana tidak biasa.
"Noona pasti boleh sebelum hari itu akan tiba! " Jeno pegang tangan kanan manakala Haechan pegang tangan kiri kerana takut Renjun akan jatuh lagi.
"Kaki aku sakit pakai kasut ni" Renjun cuba berjalan dengan perlahan dan berjaya sebelum terjatuh lagi. Nasib baik Johnny sempat sambut sebab dia berada di depan dan berlakon sebagai paderi.
"Noona, kita berhenti sekejap" Ujar Jisung dan berikan air kepada Renjun.
Jeno buka kasut di kakinya dan tolong urut untuk dihilangkan rasa sakit. Haechan mengurut kedua-dua bahu Renjun.
"Noona okay tak? Kat mana lagi rasa sakit? " Haechan mengurut dengan lebih kuat. Renjun menggeleng dan suruh dia sambung mengurut.
Doyoung datang sambil mendukung anaknya yang baru lahir. Dia perempuan, namanya Ariana Lee Dohee.
Nampaknya kromosom xx lebih banyak dari xy 😂
"Tak sangka lah yang Renjun nak kahwin. Dulu suka membuli orang je kerjanya" Doyoung datang lebih dekat. Renjun bangun dan ambil Dohee darinya.
"Comelnya anak buah makcik sorang ni. Muka dia ikut eomma dia" Renjun mencium pipinya, nasib baik dia tak pakai gincu.
"Ambillah, nanti kau pula yang mengandung takdelah kekok nak pegang baby" Doyoung menurunkan suhu penghawa dingin.
"Ish, orang kahwin pun belum. Masih lagi tengah buat persiapan" Renjun mencebik dan sambung bermain dengan Dohee.
Dohee buka dan senyum bila makciknya agah dan bermain dengan dia.
Sooman membuka pintu selepas balik dari kedai dan Doyeon serta abangnya meluru pergi ke arah Renjun.
Renjun serahkan Dohee kepada Donghyeon dan sambung berlatih.
"Dohee-ah~ sini jom dengan oppa" Donghyeon mencium mukanya dan Dohee menunjuk riak tidak selesa.
"Bagi dekat Doyeon pula, adik~ eonnie sayang Dohee" Doyeon dukung dan Dohee menunjukkan riak tidak selesa juga. Dohee menangis dan membuat mereka berdua cemas.
Yeri keluar dari dapur sambil mengoncangkan botol susu.
"Alolo, lapar rupanya anak dara eomma ni" Yeri ambil dari Doyeon dan menyusukan.
Renjun pakai mahkota dan veil di kepala dengan bantuan Winwin supaya tidak lari dari tempat asal bila berjalan.
"Noona, kenapa tak pakai gaun yang noona tempah? " Soal Chenle setelah meneguk air.
"Itu pakai masa kahwin lah, sekarang kita pakai baju biasa" Renjun pakai kasut tumit tinggi dan berjalan dengan bantuan Jaehyun pula.
"Hati-hati Renjun! " Jaehyun takut dia akan terjatuh lagi.
"Renjun tengah berhati-hati lah sekarang ni. Jaehyun oppa jangan risau sangat" Renjun berjalan dengan perlahan mengalahkan siput khinzir.
-TBC
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT