Pt. 21

574 74 55
                                    

"AUCH AUCH SLOW LAH SIKIT JOHNNY! MAKIN BENGKAK MUKA DADDY NANTI"

Johnny tolong letakkan beg ais di muka Sooman untuk kurangkan lebam. Tapi dengar rungutan Sooman membuatkan dia makin nak tambah lagi sakit tu.

"Hiks hiks, sampai hati abang tipu kami selama ni. Apa yang kurang dekat kami sampai abang buat macamni? Tak fikir ke perasaan Kak Minyoo dan saya? Anak-anak pun mesti sedih juga" Saera menyeka airmata yang asyik keluar. Payung yang dipegang dicampak ke tepi.

"Mama tak boleh menangis je, nanti asma mama datang balik" Ten tolong menenangkan Saera disebelah.

"Bang, saya ingat abang dah bagitahu madu-madu lain. Saya dan Manda kecewa dengan abang. Anak-anak kita baru berjumpa buat kali pertama" Ji Ran hanya mampu menggeleng kepala kerana tidak mahu terlalu marah atas faktor kesihatan.

"Bagaimana hendak saya menahan diri dari marah? Terang benderang lagi menerangkan lalu terterangkan maka diterangkan bahawa itu satu penipuan yang amat besar" Manda meletakkan tangan di kepala.

"Taeil rasa terkejut bila nampak Eomma Manda, Ummi Ji Ran datang tadi. Tak sangka ada adik-adik lagi" Taeil menyampuk dan dapat tamparan percuma dari Johnny.

"Mu boleh tak diam?" Johnny bercakap perlahan.

"Takmo, mu lah diam"

"Sebagai isteri pertama, saya dah biasa hidup bermadu. Abang pun berkahwin dengan Saera tak sorok-sorok dengan saya. Tapi Manda Dan Ji Ran sampai kahwin dekat Thailand. Apa ni?  Pasal anak-anak saya takkan salahkan mereka dan saya akan cuba terima sebagaimana saya terima anak Saera"

"Saya pun akan terima anak Manda dan Ji Ran sebagai anak saya." Saera bersetuju dengan Minyoo.

"Minyoo dan Saera duduk di sini. Manakala Manda dan Ji Ran duduk di rumah lain. Abang akan bergilir-gilir datang dan tidur kat sini. Hari minggu abang akan bawa anak main-main kat taman atau jalan makan angin, bukan makan angin pam kereta"

Semua setuju dengan kata-kata Sooman. Dan Taeyong tiba-tiba mencelah.

"Malam ni juga kita kenalkan budak-budak antara satu sama lain. Biar diorang kenal ni siapa, siapa siapa, dan siapa"

"Anak-anak, datang kat sini meh" Panggil Sooman dan semua datang macam penguin. Jalan terkedek-kedek.

"Daddy nak kenalkan korang dengan adik-adik. Ini namanya Kun, Lucas, Xiaojun, Yangyang, Hendery dan yang akhir, Jungwoo si anak dara"

Selepas habis cakap Sooman, Renjun datang kepada Jungwoo.

Renjun mengesat airmata yang keluar kerana terlalu gembira lalu mendukung Jungwoo.

"Annyeong, nama eonnie Renjun. Panggil Renjun eonnie atau Injun eonnie" Renjun mencubit pipi Jungwoo yang terlalu tembam.

"Nama kita Jungwoo" Balasnya sambil main dengan rambut. Hidung Jungwoo dicubit banyak kali sehingga merah kerana Renjun geram dengan kecomelannya.

"Lucas, Mark dengan kamu sebaya tapi dia adik. Kamu abang" Sooman tepuk bahu dan suruh datang dekat dengan yang lain.

"Muka dia macam seorang pelakon aksi yang kita selalu tengok kat TV tu lah daddy! " Mark takjub dengan Lucas dan tengok mukanya tanpa henti.

"Mark, boleh tak jangan tengok muka kita? Saya tak selesa lah" Lucas mengerutkan dahi dan Mark masih lagi teliti muka Lucas.

"Nama penuh kau Lee Kunyit ke? Atau Lee Kunci? " Taeil cucuk-cucuk badan Kun dan Kun menggeleng kepala.

"Nama penuh saya Lee Jeon Kun. Bukan Lee Kunci atau Lee Kunyit. Eomma yang bagi nama tu, hyung boleh panggil saya Kun je. Itu yang paling pendek"

Jeno dan Haechan duduk didepan Xiaojun, Hendery serta Yangyang. Mereka berdua berbisik sesama sendiri sebelum Jeno tanya soalan kepada mereka bertiga.

"Korang bertiga kembar eh? Mana satu abang mana satu adik? "

Yangyang menggeleng tetapi Xiaojun dan Hendery mengangguk.

"Kami berdua kembar tak seiras. Yangyang lahir masa umur kami setahun." Hendery membalas dan Jeno hanya menggangguk faham.

"Kitaorang kembar tiga, yang sulung perempuan tengah dukung Jungwoo, Jeno kedua dan akhirnya hyung lahir. Kitaorang dilahirkan secara pembedahan" Haechan membuatkan mata mereka terbeliak.

"Gila lah hyung" Mulut Yangyang melopong.

"Tengok muka kitaorang ni menipu orang ke? HUARHH-- Takde kan? " Jeno menguap secara tiba-tiba.

Ten pula tenung dan perhatikan muka Lucas selepas Mark.

"Aku rasa macam pernah nampak tapi dimana ya? " Ten berjalan sekeliling dan buat Lucas jadi tak selesa.

"Muka dia kan macam pelakon tu! " Mark menjerit dan mentol lampu muncul di atas kepada Ten.

"Haahlah! Hmm, masa eomma mengandung dulu, dia ada banyak tengok filem aksi Hongkong ke?"

Lucas menggeleng.

"Betul ni? Hang tak tipu?"

"Buat apa saya nak tipu haha" Muka Lucas berpeluh dengan banyak.

"Amboi, seronoknya main dengan adik perempuan" Tegur Saera.

Renjun mencium muka Jungwoo tanpa henti dan tinggalkan kesan gincu.

"Mama. Boleh Renjun tidur dengan adik malam ni? "

Saera menggaru kepala. Manda benarkan tapi dengan keizinan Saera.

"Ya, mama izinkan tapi jaga elok-elok jangan buli. Nanti eomma marah tau" Ujar Saera tapi tak hiraukan Renjun.

Dia terus angkat Jungwoo masuk bilik.

Sooman melihat jam.

"Dah tengah malam ni. Kalau nak hantar balik nanti bahaya sebab jalan gelap. Boleh tak kalau tidur kat sini?"

"Manda tak kisah pun tapi ada bilik lagi ke?"

" Kat atas ada dua bilik untuk tetamu. Pasal budak-budak pula, saya rasa patut tidur dengan adik-beradik dia" Minyoo tunjuk bilik dan semua pandang ke situ.

"Semua, setuju tak dengan cadangan mommy?" Tanya Ji Ran.

Geleng tidak, angguk pun lagilah tidak. Hanya bunyi cengkerik yang kesunyian.

"Anggap semua setuju. Kita bahagikan sekarang".

-TBC

Aku tak sanggup tengok komen, so aku sambung balik. Mujur ada idea. Kalau tidak memang pening lah jadinya.































[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now